Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, November 12, 2016

DS Najib Janji Kerajaan Bekerjasama Dengan Badan Penyiasat Luar Dalam Kes Skandal 1MDB.

 SUMBER

AG Apandi Tolak Beri Bantuan Kepada Swiss Isu Skandal 1MDB - Swiss AG Calling Najib's Bluff 


Anda ingat lagi janji Najib ketika ditanya wartawan asing semasa lawatan beliau ke Jerman hujung bulan September lalu ? Najib janji kerajaan akan beri kerjasama dengan badan penyiasat luar dalam kes skandal 1MDB. 

Ramai kita yang tak berapa nak percaya kata2 Najib waktu itu sebab bab kencing merata, Najib dah tak kira tempat. Dah takde perasaan malu lagi dah.

Tidak lama selepas kenyataan itu, AG Swiss segera keluarkan kenyataan mahu minta bantuan AG Malaysia untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan mereka dalam skandal 1MDB.

Ternyata sangkaan kita benar ..... semalam AG Swiss memberitahu Financial Times UK bahawa AG Apandi telah menolak untuk berikan sebarang maklumat atas alasan -

FT memetik pejabat peguam negara sebagai berkata, "peguam negara berpendapat bahawa permintaan ini boleh menimbulkan prejudis berlaku perkara jenayah di Malaysia," dan menambah, "tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Swiss".



Komen saya dalam FB semalam -

Asal berkaitan 1mdb, semuanya sekarang menggunakan alasan subjudis dan terbaru prejudis ! Cakap jerlah yang kerajaan tidak mahu sesiapa pun tahu apa2 mengenai 1mdb... kan senang. 

AG Swiss nak siasat, minta bantuan info dari AG kita sebab 1mdb itu pusatnya di sini. AG tak mahu bantu sebab takut menimbulkan prejudis berlaku jenayah di Malaysia ! ??

Apa ni ???? Tidakkah penolakan AG itu sendiri yang menimbulkan prejudis yang kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan kesalahan jenayah yang dilakukan PM kita ?

Tak bolehkah kedua AG Malaysia dan Swiss bekerja sama dalam.mencari kebenaran disebalik skandal 1mdb ini ? 

Masa DOJ tidak minta bantuan secara resmi, itu dijadikan point utama memperlekehkan dakwaan doj. Sekarang bila minta bantuan secara resmi, AG kita tolak ... apakah alasan prejudis juga akan diberikan kepada DOJ sekiranya mereka minta bantuan dulu ? 

Nampak jelas disini yang kata2 Najib ketika melawat german baru ni yang kerajaan kita akan berikan kerjasama penuh kepada sebarang siasatan pihak luar hanyalah RETORIK semata2 !

Kuat kencing Najib ni .....

Oya, kenapa berita ini kena pihak luar yang dedahkan ? Kenapa bukan AG sendiri yang maklumkan di sini ?

                                                        *************************

Prejudis ? Mengikut pemahaman saya, prejudis di atas membawa maksud memberi gambaran atau persepsi awal yang salah ... so maknanya AG kita takut jika kita bantu AG Swiss dalam siasatan mereka ke atas skandal 1MDB, ia seolah2 beri persepsi bahawa wujud jenayah 1MDB.

Subjudis la.... kini prejudis pula .... cakap sajalah yang kerajaan TAKUT cerita sebenar mengenai skandal 1MDB akan terdedah dan ini bakal memudaratkan Najib atau MO1 !

Sebelum ini macai2 menyalak mempertikaikan tindakan DOJ yang menyiasat tanpa menghubungi kerajaan atau 1MDB ..... sekarang kita boleh soal balik - Apakah kerajaan atau 1MDB akan beri kerjasama penuh dalam siasatan DOJ kalau dulu mereka minta bantuan ?

Kes melibatkan MO1 atau Najib, permohonan harus melalui kerajaan yang dipimpin oleh Najib, begitu juga 1MDB yang dikuasai oleh Najib .... so tidaklah menghairankan kenapa DOJ pun malas nak bersusah payah minta bantuan melalui saluran itu.

Apakah reaksi AG Swiss bila permohonan mereka ditolak oleh AG Apandi ?

“Keputusan negatif Malaysia tidak mempunyai kesan langsung untuk prosiding jenayah yang sedang berlangsung di Switzerland.

“OAG akan meneruskan siasatannya dengan bekerjasama dengan negara-negara lain yang terlibat dalam kes ini,” kata OAG kepada Malaysiakini.


Kenapa hati saya berdetik mengatakan yang AG Swiss sebenarnya sudah jangkakan penolakan itu ? Depa saja nak menyakat Najib, nak test janji yang Najib berikan beberapa sebelum permohonan itu dikemukakan dulu.

AG Apandi bantu atau tidak, tidak mempunyai kesan langsung !

Omputeh kata, they just calling the bluff. Mereka tahu Najib tidak ikhlas pun so mereka mahu buktikan ketidakikhlasan Najib itu dimata dunia. Ternyata memang Najib tidak ikhlas pun ....

                             **********************
Perkembangan terbaru kes di Singapura yang membabitkan penggubahan wang haram dana milik 1MDB menyaksikan satu kenyataan ( DALAM MAHKAMAH ! ) yang pastinya buat Najib berpeluh ...




Investigations confirmed that the Good Star Account was opened sometime in June 2009, and Jho Low was recorded as its beneficial owner throughout from the date of account opening to its closure in September 2013.

Siasatan mengesahkan bahawa akaun Goodstar dibuka pada bulan Jun 2009 dan rekod menunjukkan nama Jho Low sebagai pemilik sepanjang masa akaun dibuka sehingga akaun ditutup pada bulan September 2013.

                           ********************** 

Satu lagi status FB saya semalam ingin dikongsikan  -

Bayangkan satu senario ini ....

Anda ada dalam bank rm100k. Ramai bila dah umur pencen dan layak keluarkan kwsp akan punya wang 100k dalam akaun bank... so tak sukar nak bayangkan.

Satu hari ketika seronok melayari internet membaca laporan portal2 berita, anda terkejut dengan paparan berita yang menjadi viral - Pegawai bank ABC dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan penggubahan wang haram membabitkan beberapa akaun di bank ABC. .. 

Anda dah mula cuak sebab akaun anda adalah di ABC Bank..baca lagi .... disenaraikan pemilik2 akaun terbabit dan TU DIA .... nama anda tersenarai !

Pendek kata - akaun anda yang ada rm100k terlibat dalam penggubahan wang haram ! OMG ...

Ramailah rakan2 yang call bertanyakan hal ini dan anda hanya mampu menjawab - Mana ada ! Duit aku 100k selamat je dalam akaun. 

Selama seminggu kes itu berlangsung dan nama anda disebut2 dalam prosiding sebagai pemilik dana akaun yang telah dimoney launderingkan. Makin ramai rakan2 anda bertanyakan hal itu ..... betul ke ? Anda tetap menjawab - Mana ada ! Duit aku selamat dalam akaun la.

Anak2 pun turut bertanya .. tapi sebab respek pada ayah, mereka akur dalam cuak. Tanya lebih2 karang, nama kena potong dari wasiat.

Selepas seminggu prosiding, pegawai bank itu mengaku bersalah atas tuduhan penggubahan wang haram membabitkan beberapa akaun termasuk akaun anda.

Soalan saya - Benarkah akaun anda masih punya amaun 100k itu ?

Mana mungkin berlaku kes penggubahan wang haram siap sipelaku mengaku bersalah lagi tanpa membabitkan barang kes ? Barang kes adalah duit dalam akaun anda.

Tapi anda tetap mengatakan duit itu masih ada dalam akaun !

Benarkah ada ? 

So.. siapa yang menipu ? Anda yang berkeras kata duit tak terusik tanpa mahu menunjukkan penyata bank ATAU mahkamah dan ini meliputi hakim, para peguam kedua pihak, saksi2, pesalah dan semua yang terlibat dalam prosiding ?

Saya percaya semua orang akan kata anda menipu termasuk diri anda sendiri .... kan ? 

KLiK

 

KENYATAAN RASMI PPBM MENGENAI LARANGAN PENGGUNAAN PERKATAAN 'BERSATU' BAGI MERUJUK PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA.



Parti Pribumi BERSATU Malaysia
·
KENYATAAN RASMI PPBM MENGENAI LARANGAN PENGGUNAAN PERKATAAN 'BERSATU' BAGI MERUJUK PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1.Parti Pribumi Bersatu Malaysia telahpun menerima sepucuk surat peringatan yang bersifat amaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengenai penggunaan perkataan 'Bersatu' bagi merujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
2. Surat yang bertarikh 9 November 2016 ini mengingatkan dan memberi amaran kepada PPBM supaya tidak lagi menggunakan nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.
3.Antara lain surat tersebut memberi amaran bahawa 'sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan pihak PPBM masih lagi menggunakan nama atau panggilan BERSATU dalam apa keadaan sekalipun, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap PPBM termasuklah tindakan yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran PPBM'.
4. PPBM memandang serius akan perkara ini kerana pasti ramai yang akan kecewa dengan larangan ini . Kita memahami perasaan ahli-ahli parti dan orang ramai yang sudah sebati dengan perkataan BERSATU bagi merujuk PPBM.
5.Namun demikian kita perlu akur dengan peringatan tersebut kerana pasti kita tidak mahu isu ini akan menganggu gugat semua penat lelah yang telah dan sedang dilakukan oleh semua pihak untuk menguatkan parti.
6. Justeru adalah dinasihatkan supaya nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatannya PPBM hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi parti.
Sekian. Terima kasih.
BERSATU BERAMANAH BERMARUAH.
DATUK DR SHARUDDIN BIN MD SALLEH
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Friday, November 11, 2016

MLA atau Bantuan Perundangan Bersama DiTolak Oleh Peguam Negara Tentang 1MDB. Sudah Pasti 1MDB Suci!!

Kali ini macai dan pendedak Najib Razak tentu tambah pening kepala kerana sementara perbicaraan di Singapura mula mendedahkan banyak perkara...

pejabat Peguam Negara Malaysia pula dilaporkan menolak bantuan kerjasama MLA yang dipohon oleh pihak berkuasa Switzerland untuk meneruskan penyiasatan mereka berkaitan 1MDB.

Ini adalah penolakan kali kedua oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia yang diketuai oleh Apandi Ali terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland. 

Penolakan itu didedahkan oleh Peguam Negar Switzerland, Michael Lauber kepada Financial Times.

MLA atau Bantuan Perundangan Bersama adalah kerjasama antara negara untuk mendapatkan maklumat dan dokumen tertentu berkaitan sesuatu kes yang sedang disiasat. Dalam kes 1MDB, penyiasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland adalah berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram bernilai berbilion-bilion ringgit.

Sebelum ini, Apandi Ali pernah menolak dua kali permohonan MLA yang dipinta oleh SPRM ketika diketuai oleh Abu Kassim untuk menyiasat Najib berkaitan 1MDB, SRC International dan wang RM2,600 juta yang diterimanya, sebaliknya mengarahkan penyiasatan ditutup.

MLA yang dipohon oleh Switzerland ini juga ditolak sebanyak dua kali oleh Peguam Negara kita.

Bermakna, menolak MLA bukan perkara luar biasa bagi Apandi.

Bagaimanapun Lauber berkata, penolakan MLA itu tidak menjejaskan penyiasatan mereka dan akan berusaha mendapatkan maklumat melalui negara-negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain negara Eropah yang sudah bekerjasama baik dengan mereka selama ini.

Apa yang pasti, prosiding jenayah kami untuk mengekalkan intergriti sistem kewangan Swiss akan tetap diteruskan, tambah beliau lagi.

Tidakkah semua ini sebenarnya memalu dan menghodohkan lagi wajah negara kita di mata dunia?

Sudahlah kita tidak melakukan penyiasatan dengan sempurna dan cuba tutup sana tutup sini berkaitan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama enggan pula memberi kerjasama yang dipinta oleh negara lain.



K'tangan Awam Mesti Sokong K'jaan Memerintah

Khaled: K'tangan awam mesti sokong k'jaan memerintah:
Dengan memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan aspirasinya, kata MB Johor itu.
  

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan bahawa setiap kakitangan awam perlu menyokong kerajaan yang memerintah dengan memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan aspirasinya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Johor 2016 di Johor Bahru hari ini, Mohamed Khaled berkata amalan serta pendirian seperti itu adalah biasa dan telah terpakai di mana-mana tempat.

"Saya percaya amalan dan pendirian yang terpakai di mana-mana ialah kakitangan pentadbir perlu menyokong kerajaan yang memerintah, itu sahaja. Noktah!," kata beliau sebagai mengulas isu sama ada terdapat ataupun tidak kakitangan kerajaan negeri ini terlibat dengan parti-parti politik baru, yang diwujudkan baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata sekiranya terdapat penglibatan daripada mana-mana kakitangan pentabdir termasuk anggota majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka individu itu telah menyalahi amalan.

"Nanti kita tengoklah (bagaimana bentuk tindakan) tetapi amalannya ialah kakitangan kerajaan mesti menyokong dan memberikan kerjasama dalam menjayakan asprirasi kerajaan yang memerintah," katanya yang merupakan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.
 
11 Nov 2016
Bagi memastikan UMNO terus revelan sebagai pembela nasib rakyat, UMNO Johor akan membawa pelbagai isu berkaitan kehidupan rakyat akar umbi, ke perhimpunan agung parti itu, hujung bulan ini.

Perkara itu diputuskan pada Konvensyen UMNO negeri itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor ini yang menutup konvensyen berkenaan menjelaskan antara isu yang hangat didebatkan termasuk di media sosial ialah kenaikan harga minyak masak.

Konvensyen dua hari ini bertemakan UMNO Memacu Melayu Maju.

Sementara itu, menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Md Jais Sarday, kerajaan negeri memang ada menerima 'permintaan' daripada seorang anggota majlis PBT untuk melepaskan jawatan, baru-baru ini.

Namun, Jais enggan mengulaskan sebab di sebalik perletakan jawatan tersebut walaupun dipercayai kerana menyertai parti politik baru.

"Dia minta untuk lepaskan jawatan jadi kita terimalah dan ia berlaku baru-baru ini," katanya.
- Bernama

Thursday, November 10, 2016

Kes BSI @1MDB Singapura

'Bekas pegawai BSI terima maklumat terus dari Jho Low':
'Saya difahamkan masa telah tiba untuk 'perang dalaman' Malaysia dan negara-negara lain sedang menunggu kesudahannya.'

Tuesday, November 8, 2016

Barang Mahal (Rakyat Sengsara)

                           

JAWAPAN MANTAP DARIPADA KERAJAAN TENTANG 1MDB. PEMBANGKANG BOLEH TUTUP MULUT SELEPAS INI.

                          
Susulan soalan mengenai kewajaran kerajaan menubuhkan syarikat pelaburan negara, 1MDB, oleh ahli Parlimen BN-Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani tampai menjawab isu itu.

Dewan Rakyat malam tadi kecoh ketika Johari menjelaskan rasional penubuhan 1MDB, walaupun Husni tidak hadir.

Semasa perbahasan malam tadi, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) secara terbuka mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk hadir dan menjawab soalan-soalan mengenai 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterimanya.

"Mana PM? Mengapa dia bersembunyi di sana (kamar Speaker)? "soal Gobind meminta penjelasan.

Gobind ingin tahu status siasatan polis ke atas 1MDB, serta kepada siapa Najib memulangkan wang AS$620 juta daripada AS$681 juta yang didakwa diterimanya sebagai derma.

Namun, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani gagal menjawab soalan berhubung siasatan itu, dan berkata ia masih dalam siasatan, sementara beliau tidak menyentuh soalan mengenai sumbangan ‘derma’ berkenaan.

Terdahulu, Najib hadir di Parlimen malam tadi tetapi tidak mengikuti penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan atau Bajet 2017 dan meninggalkan dewan sebelum pengundian dijalankan.

Najib tiba ketika Johari mengakhiri perbahasan peringkat dasar, pada kira-kira 8.40 malam tadi.

Beliau dilihat melalui pintu utama yang menuju ke Parlimen tetapi tidak berada di Dewan Rakyat.

Adalah dipercayai bahawa beliau sebaliknya menuju ke kamar Speaker.

Tidak lama kemudian, Najib kelihatan bergegas meninggalkan Parlimen.

Pada ketika itu, Johari baru mengakhiri ucapan penggulungannya dan ini disusuli dengan undian belah bahagian atau secara blok.

Bajet kemudiannya diluluskan pada peringkat jawatankuasa, dengan 117 undi menyokong dan 70 undi menentang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata 11 ahli parlimen tidak mengundi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menggulung perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi teruk diasak ahli parlimen pembangkang yang mahu tahu mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak muncul bagai menjawab pelbagai perkara yang dibangkitkan, terutama isu skandal 1MDB.

Suasana dalam dewan menjadi kecoh, apabila beberapa anggota dewan bangun serentak bertanyakan mengenai isu berkenaan selepas Johari hanya menjawab: "Polis sedang menyiasat."

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang turut bertanyakan sama ada ahli parlimen Pagoh, Tambun dan Semporna pecah rahsia Kabinet ketika membahaskan usul berkenaan sebelum ini.

Monday, November 7, 2016

Dapat AS$4 juta hasil perjanjian berkaitan 1MDB@ Perbicaraan 1MDB Singapura

Beliau adalah saksi pendakwaan kedua untuk memberi keterangan.




Sogokan itu bagi peranan Goh sebagai rakan kongsi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei. 
Seorang saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah Singapura
bahawa beliau menerima sogokan lebih AS$4 juta kerana peranannya sebagai
rakan kongsi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei berkaitan urusan dengan
1MDB, lapor Straits Times Singapura hari ini.


Bekas pegawai kanan firma, NTUC, Samuel Goh Sze-Wei, ketika
pemeriksaan balas oleh peguam Yeo, Philip Fong, berkata beliau menerima
separuh daripada AS$1.795 juta yang dibuat sepanjang dua tahun oleh
Bridgerock Investment, sebuah syarikat Yeo.


Ketika memberi keterangan pada hari kelima perbicaraan Yeo, Goh, 41,
yang kini menganggur, berkata beliau juga menerima lebih AS$ 2.25 juta
daripada perjanjian lain yang melibatkan Aabar Investments PJS, pemegang
saham utama Falcon Bank.



Falcon Bank adalah bank kedua yang ditutup oleh Money Authority of Singapore, selepas BSI.


Yeo berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan proses keadilan kerana
didakwa menggesa saksi berbohong kepada polis ketika beliau dibebaskan
atas jaminan, selepas polis menahannya pada 17 Mac.


Sunday, November 6, 2016

TEMUBUAL EKSKLUSIF METRO AHAD BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGENAI PANDANGAN DAN IDEA BAGINDA DALAM MELONJAKKAN KEMBALI MUTU SUKAN BOLA SEPAK


 
Metro Ahad (MA): Apa pandangan Tunku mengenai bola sepak negara?

Tunku: Sudah banyak yang diperkatakan mengenai bola sepak kita. Tapi yang pasti selepas melihat dan bercakap dengan orang ramai, saya sedar satu-satunya cara bola sepak kita maju bukannya dengan bergantung kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) semata-mata, pihak persatuan negeri dan kelab mesti memainkan peranan masing-masing.
Masalah dihadapi ketika ini, kebanyakan yang ada dalam persatuan tidak tahu apa mereka buat sehingga ada yang mengambil kesempatan menggunakan bola sepak untuk kepentingan politik. Itu tidak sihat untuk sukan.

Lagi satu, saya lihat kelab di Malaysia tidak ada perancangan jangka panjang. Cuba beritahu saya satu kelab yang mempunyai perancangan 10 tahun. Tidak ada. Semuanya mempunyai rancangan secara tahunan. Setakat ini tiada kelab yang ada hala tuju. Apa yang mereka tahu, setiap tahun hanya menjanjikan piala kepada penyokong.

MA: Adakah itu antara punca kenapa bola sepak kita tidak maju?

Tunku: Ya, tapi orang kata itu salah FAM. Sebenarnya bukan salah FAM. Saya tak salahkan FAM. Saya salahkan ahli gabungan. Mereka tidak tahu kenapa mereka ada di situ. Mereka berada di situ bukan kerana cintakan bola sepak, sebab itu masalah ini timbul.
Dari apa yang saya lihat kebanyakan mereka mempunyai kekurangan pengetahuan mengenai cara mengendalikan pasukan bola sepak. Mereka hanya melihat 11 pemain dan membeli empat import dan kemudian bersaing setiap tahun. Sepatutnya mereka melihatnya lebih daripada itu, sebagai perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan untuk kelab.
 
Satu lagi masalah membabitkan pasukan adalah hak penyiaran televisyen. Banyak kali saya cakap hak itu sepatutnya menjadi tulang belakang kelab, tapi FAM ambil wang itu. Mereka ambil 40 peratus dan meninggalkan kami dengan 20 peratus. Macam mana nak hidup. Sebab itu kelab seperti Kelantan, ATM, malah Selangor juga tahun ini berdepan masalah. 

Jadi untuk mengatasi masalah itu, saya suka jika dapat berkongsi idea dengan mereka. Kena ada banyak mesyuarat dalam kalangan ahli gabungan supaya bola sepak kita lebih maju. Lihat Thailand, mereka beroperasi dengan kos dua kali lebih sikit daripada kita tapi masih boleh bermain baik di peringkat kelab dan nasional.
Selain itu, timbul masalah apabila orang dalam kelab gagal beri keyakinan kepada penaja. Sepatutnya, anda kena tahu apa anda cakap, kena telus supaya mereka tahu wang itu digunakan mengikut saluran yang betul.

Kalau penaja tiada keyakinan dengan mereka yang ada dalam kelab, siapa yang mahu melabur. Sebab itu, pada hari saya tiada dalam Johor DT (Johor Darul Ta’zim), saya fikir kami akan kehilangan separuh daripada wang kami. Saya 100 peratus pasti tiada orang yang akan yakin untuk melabur dalam kelab kami.
 
MA: Apakah masalah terbesar dalam bola sepak negara yang membuatkan Tunku rasa mengganggu kelancaran liga?

Tunku: Rasuah. Jika anda tidak boleh bersihkan masalah ini 100 peratus, sudah mencukupi dengan 50 peratus dulu untuk melihat perubahan. Anda akan lihat ada kelainan dari segi bagaimana liga dijalankan. Bagaimana profesionalnya pasukan yang bertanding dan juga pasukan kebangsaan. Tapi, ia tidak berlaku pada masa ini kerana struktur pengurusan kita sudah mengalami rasuah. Dulu FAM terima RM21 juta daripada Astro untuk mengendalikan liga. Hari ini FAM dapat RM71 juta daripada MP Silva. Daripada jumlah itu RM24 juta untuk mengendalikan liga. Maknanya RM1 juta diberikan kepada setiap pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana. Itu salah. Sepatutnya, RM3 juta untuk Liga Super dan RM1 juta untuk Liga Perdana. Dengan duit itu sekurang-kurangnya mereka boleh bersaing macam mana liga di England dan Jerman.
 
Saya tanya Kevin Ramalingam (Ketua Pegawai Ekseekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) apa anda buat dengan baki RM30 juta itu? Beliau kata FAM ambil. Ada lebih RM30 juta yang tidak diberikan kepada pasukan, tapi ada orang lain angkut. Mana perginya? Hanya tuhan yang tahu.
 
MA: Selain daripada rasuah apa yang membunuh bola sepak Malaysia?

Tunku: Pilih kasih dan tidak boleh terima kenyataan. Itu yang membunuh bola sepak kita. Sebagai contoh, pemain saya Fadhli Shas yang tidak boleh bermain pasukan utama kerana kurang beraksi baik, malah tidak ada dalam senarai pemain simpanan, tapi dapat panggilan pasukan kebangsaan untuk Piala Suzuki oleh Datuk Ong Kim Swee. Kenapa? Anda patut nilai pemain daripada prestasi bukan kerana sukakan dia. Ada banyak pemain pertahanan lain, tapi kenapa pilih daripada Selangor, Johor DT dan Kedah? Masih ada pemain lain dari Felda United dan T-Team yang bermain baik. Kenapa asyik pilih yang sama? Sebab itu saya tidak boleh bekerjasama dengan Kim Swee. Saya tidak faham apa yang berlaku. Saya ada penyerang Darren Lok yang akan berada dalam pasukan utama tahun depan. Kim Swee ambil dia dan letakkan di bahagian tengah sedangkan dia penyerang. Amirulhadi Zainal, pemain tengah bertahan saya, Kim Swee mainkan dia penyerang. Bagi saya, semua itu pelik.
 
MA: Jika begitu, pada pandangan Tunku siapa yang patut jadi jurulatih Malaysia?

Tunku: Bojan Hodak sepatutnya mendapat tugas itu, tapi mereka tidak mahu dia. Bojan mungkin boleh jadi jurulatih yang sesuai.
 
MA: Tunku ada formula untuk meningkatkan mutu bola sepak kita?

Tunku: Saya memang ada formula. Jika mereka ikut, saya jamin kita akan lihat ada perubahan. Pertama, selesaikan masalah hak penyiaran, saya mahu saksikan itu dulu. Saya mahu lihat semua persatuan dapat duit mereka. Kedua, semua orang kena ada program akar umbi. Ketiga, tak ada lagi pasukan lambat bayar gaji. Kalau selepas beberapa bulan tak boleh bayar gaji mesti kena terima hukuman yang sepatutnya. Tiada layanan istimewa. 
 
Selain itu, saya tidak mahu pengadil berada di bawah FAM. Pengadil kena ada badan bebas. Jika kita buat itu, kita OK. Itu saja yang saya minta. Bukan saya minta gunung pun. Tak ada minta duit pun. 

Akhir sekali, saya mahu semua mesyuarat FAM buat mesti dibuat di setiap negeri, bukan lagi di wisma FAM. Kita kena pergi semua negeri. Lepas itu, tolong pasukan kebangsaan. Dengan benda sikit-sikit kita buat inilah akan bantu pasukan kebangsaan. Saya mahu lihat peningkatan persembahan. Tapi kena kerja bersama-sama. Jangan ada ego. Sesetengah orang tak mahu dengar kerana cemburu saya menang trofi. Anda sepatutnya tak dengar saya jika saya bersalah. Bukan fikir dengan emosi tapi otak.

MA: Justeru, untuk jangka panjang apa yang FAM dan persatuan negeri patut fokus?
 
Tunku: FAM kena pastikan liga berjalan lancar tanpa membebankan pasukan dan kedua, mereka kena fokus persembahan pasukan kebangsaan. itu saja. Tapi, sekarang mereka tidak minta ahli gabungan buat apa-apa terutama di peringkat akar umbi. Jadi mereka duduk saja. Semua cakap NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) ada. Jadi tak payah buat apa-apa untuk pembangunan remaja. Persatuan negeri dan kelab kena pastikan ada, kalau tidak, tak boleh beraksi Liga Malaysia. Itu yang berlaku di Thailand, Filipina dan Indonesia. Tapi kita di sini tak ada. Semua tidur.

MA: Jadi, pada pandangan Tunku apakah keutamaan yang patut diberikan sekarang?
 
Tunku: Keutamaan sekarang bukan hanya meningkatkan tahap permainan bola sepak Malaysia di peringkat negeri atau kelab, tapi pasukan negara. Saya mahu melihat keputusan dalam beberapa tahun ini. Keputusan itu tidak akan datang mudah dan akan menjadi lebih mencabar kerana anda tidak boleh mendapatkannya dengan segera. Untuk melakukannya, kita memerlukan kepakaran luar. Kita tidak boleh bodoh sombong. Kita kena belajar dari mereka dan insya-Allah satu hari kita boleh saksikan keputusan.

MA: Mungkin kita gagal menyerlah kerana kehadiran pemain asing? Adakah kita terlalu bergantung kepada mereka?
 
Tunku: Jika kita lihat Jepun atau Thailand, mereka juga ada pemain asing. Tapi bagi saya peningkatan bukan datangnya daripada pemain asing. Sebaliknya standard akademi yang membabitkan pemain berusia 8 tahun sehingga pasukan utama. Ada juga kelab Jepun yang tak ada pemain import. Mereka boleh ada empat import, tapi ada yang tak beli. Tapi mereka ada pemain tempatan yang baik, jadi bagi mereka, buat apa pemain import. Itu mentaliti orang Jepun. Kita punya mentality tak bayar gaji 20 pemain tempatan tak apa asalkan boleh bayar empat pemain import. Matilah anak tempatan. Hilang moral bola sepak dan akhirnya berlaku rasuah.

MA: Tunku begitu mengambil berat mengenai perjalanan bola sepak di negara ini. Tunku bukan seorang yang pentingkan diri?
Tunku: Memang betul. Jika saya pentingkan diri sendiri saya boleh berdiam diri. Kenapa? Supaya pesaing saya akan menjadi lemah setiap tahun dan bola sepak negara tidak meningkat dan saya akan menjadi orang paling berjaya dan dominan di negara ini. Tapi saya tak pentingkan diri. Sebab itu ia dipanggil pertandingan. Saya seorang gentleman. Kami bersaing. Tapi saya mahu menyaksikan persaingan yang sihat. Persaingan itu perlu dilakukan dengan cara yang betul. Jika saya tidak pedulikan bola sepak kita, terutama pasukan kebangsaan kenapa saya mahu bersuara. Saya boleh saja berdiam diri. Saya sudah mendapat pengiktirafan seluruh dunia. Pasukan saya begitu terkenal dan kami buat duit. Kami melakukan perkara yang betul dan rakyat Johor gembira. Apa lagi yang saya mahu.tapi kenapa saya bersuara? Kerana saya mahukan pasukan kebangsaan bermain baik. Saya kecewa melihat pasukan kebangsaan asyik kalah. Ini kerana banyak benda tidak dilakukan dengan betul.

MA: Bolehkah pasukan lain meniru Johor DT dari segi kejayaan?
 
Tiru kami? Susah, tapi mereka boleh cuba. Cuba untuk lebih baik daripada kami. Apa yang lebih penting cuba untuk mendidik bukan hanya pemain tapi juga peminat. Mainkan lebih peranan untuk rapatkan diri dengan penyokong anda. Di Johor DT, kami mempunyai persefahaman yang kelab itu milik penyokong. Sebab itu kami mendapat sokongan besar kerana penyokong beranggapan mereka adalah sebahagian daripada kejayaan kami. Tapi saya lihat persatuan lain ada macam sikit renggang antara penyokong dengan kelab. Cuba rapatkan saf dengan penyokong.

MA: Ada orang meraikan kekalahan Johor DT dalam Piala AFC sehingga keluar kenyataan Tunku mengenai Mat Cangkul. Adakah itu satu tamparan buat Tunku?
 
Tunku: Memang akan ada orang sebegitu. Mereka suka jika kami kalah. Jika cemburu kerana kejayaan kami, itu OK. Tiada apa yang buruk. Tapi bagi saya sepatutnya, letakkan tenaga itu untuk memperbaiki diri sendiri. Untuk kejayaan dalam hidup kena fokus diri dan bukan mengharapkan dan berdoa orang lain untuk gagal. Itu moto saya.

MA: Tunku dipilih menghadiri Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia Di Sepanyol, bulan lalu, kerana sumbangan terhadap bola sepak. Apa yang Tunku peroleh daripada forum itu?
 
Tunku: Ya, saya menerima pengiktirafan yang membanggakan. Sebagai orang muda dari Asia Tenggara, saya bangga kerana dapat bertemu orang yang hebat dalam dunia bola sepak dunia di situ. Kami berkongsi idea dan pandangan mengenai bagaimana sukan itu harus maju dan inovatif. Dari situ saya sedar yang mereka sebenarnya berada jauh di depan dan kita sangat ketinggalan.

MA: Tunku melawat banyak kelab ketika berada di Sepanyol. Kelab mana yang Tunku paling terpikat?

Tunku: Bagi saya semua kelab itu ada kebaikan. Barcelona ada program akar umbi yang saya suka. Madrid pula saya suka kerana statusnya selaku kelab yang ada kelas tersendiri berbanding orang lain. Saya juga suka Valencia kerana mereka mungkin tak ada banyak duit untuk pemain terkemuka, tapi fokus terhadap program akar umbi untuk menghasilkan pemain baik. Semua ada kelebihan. Jadi saya ambil yang terbaik untuk dibawa ke sini.

MA: Tunku dulu minat Manchester United. Tapi sekarang tak sokong lagi. Kenapa dan kelab mana yang Tunku jika diberi peluang?
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-0/s480x480/14713545_710986449064657_7396232823252235254_n.jpg?oh=e29b16d8a48bc3295606eac3777866fa&oe=58CC43DC
Tunku: Kelab Inggeris sangat besar dan terkenal. Tapi selepas sudah jatuh cinta dan kenal bola serta pengetahuan saya yang lebih mendalam mengenai bola sepak, saya tidak lagi melihat bola seperti sebelum ini.

Dulu saya melihat Manchester United sebagai satu-satunya kelab yang saya suka. Tapi sekarang selepas apa yang berlaku saya tidak boleh tengok walaupun satu perlawanan United. Lebih banyak saya faham mengenai bola sepak, semakin hilang rasa cinta saya terhadap United. Sekarang saya lebih menghargai struktur, perancangan, perniagaan bola sepak, pembelian pemain serta falsafah permainan.

Tapi jika saya perlu pilih, ia adalah Barcelona. Saya sukakan bola sepak, mentaliti, pembangunan, dan bagaimana mereka mempunyai struktur kekeluargaan. Kenapa saya fokus kelab La Liga? Sejak kebelakangan ini, kelab Sepanyol adalah juara Liga Juara-Juara dan Piala UEFA. Bermakna cara mereka itu betul. Saya banyak belajar daripada mereka.

Di England, mereka hanya bisnes tanpa akar umbi. Mereka hanya pentingkan duit. Beli pemain tapi tak main bola sepak menarik. Kompetitif mungkin tapi kualiti tidak ada. Saya lebih suka La Liga dan Bundesliga. Bola sepak Itali saya tak suka kerana stadium tidak penuh tapi pengetahuan mereka mengenai bola sepak, saya kagum.

MA: Bagaimana pula hubungan Tunku dengan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah?
 
Tunku: Beliau sudah merajuk dengan saya. Beliau kata kenapa saya kritik FAM. Saya kata saya kritik kerana anda tidak melakukan kerja yang baik. Saya bukan biadap, saya bukan nak cabar sesiapa. Saya hanya nak beri pandangan jujur. Cuma masalah saya adalah tidak pandai diplomatik. Saya suka berterus terang. Berterus terang untuk tujuan yang baik. Bukan untuk jatuhkan orang tapi memberi cadangan dan pandangan ikhlas bagaimana hendak lebih baik. Apa yang saya mahukan adalah bekerja sama dan bukannya one man show. Agak mengecewakan apabila ada masalah tapi tiada langkah diambil untuk mengatasinya.

MA: Bagaimana dengan keputusan untuk menjadi presiden FAM. Walaupun sebelum ini pernah berkata tidak berminat, tapi masyarakat bola sepak tetap mahukan Tunku. Adakah Tunku akan berubah fikiran?
 
Tunku: Saya tetap tidak berminat kerana conflict of interest. Saya tahu ramai yang berminat saya ambil alih. Tapi jika saya ambil alih tiada bezanya dengan presiden sebelum ini. Saya akan mempunyai konflik kepentingan. Saya memiliki Johor DT dan jika saya pergi FAM dan esok kami menang liga, apa yang orang akan kata. Jika pengadil beri penalti kepada Johor DT apa orang akan kata. Jadi saya tak nak ambil FAM. Saya hanya mahu ada di FAM sebagai suara yang kita boleh berkongsi pendapat. Mungkin saya boleh mencadangkan FAM keluar undang-undang baharu pertandingan untuk tahun hadapan. Pastikan setiap pasukan perlu ada program akar umbi. Nasihatkan mereka supaya tidak perlu buang duit untuk beli empat pemain import kerana keutamaan adalah pemain tempatan termasuk menjaga kebajikan mereka. Pemain tempatan adalah 80% daripada pasukan. saya nak lihat peningkatan. Jadi meningkatkan prestasi pemain tempatan adalah keutamaan dan kebajikan mereka juga perlu diutamakan. Jangan hanya fokus pemain luar dan mengetepikan pemain tempatan.

MA: Tunku begitu lantang bersuara, tidakkah kelantangan itu mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak?
Tunku: Saya buat yang betul. Lantang untuk siapa, bukan untuk saya. Apa yang saya dapat. Kalau ikut hati, Allah sudah kurniakan saya rezeki dan saya boleh berada di luar negara, tanpa perlu payah risau apa-apa. Tapi saya berjuang untuk bola sepak. Kalau saya tak peduli saya tak ada di sini. Tapi saya sedar orang tidak boleh terima jika kita terus terang.

Saya bukannya suka mengkritik. Saya lakukan ini kerana minat. Selagi mendapat sokongan, saya akan teruskan. Setakat ini saya masih minat bola sepak tetapi jika terlalu banyak benda mengarut, saya akan pergi. Saya pun manusia. Saya ada had. Kesabaran saya pun ada had. Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti, saya tidak lagi berminat dengan semua ini. Fokus benda lain pula. Tapi jika saya tinggalkan sukan bola sepak, saya tahu bola sepak di negara ini akan mati. 

MA: Soalan terakhir. Apa yang Tunku boleh simpulkan daripada pertemuan ini?
Tunku: Saya hendak mereka tahu yang saya bukannya nak jadi wira. Saya hanya ikhlas mahu membantu bola sepak Malaysia dan pasukan kebangsaan. Saya hanya mahu membantu struktur bola sepak kita agar lebih profesional selain ingin melihat peningkatan dari semua segi. Itu saja.
 
Hidup Johor Demi Johor
 

TMJ @ Bangsa Johor Cintakan Perpaduan dan Keamanan. Benci Keganasan

Video itu menunjukkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah semalam.
Saya tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning. Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.
Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
----
I am not taking the sides of the red nor the yellow shirts. I am on the side of the Bangsa Johor's where it symbolizes unity. As unity is the formula of this nation moving forward, not violence and hatred.
Guns don't kill people, people kill people. Violence and hatred is not going to make this nation a better place. Stay positive. Lots of love.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth  



Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah.
Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka di Petaling Jaya semalam.
Satu watak dalam klip video itu memegang cangkul, yang mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Suruhanjaya Air Johor.
Klip itu berakhir dengan Tunku Ismail 'menembak' tujuh lelaki berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.
Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.
Mesej yang disertakan di Facebook tersebut berbunyi: "Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh antara satu sama lain. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,".
 
Dalam protes di Malaysiakini semalam, beberapa anggota pergerakan baju merah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri.
Mereka menunjukkan kehebatan dengan membenarkan diri mereka dipukul berulang kali menggunakan keping kayu.
Malah, salah seorang peserta memecahkan batu blok dengan kepalanya.
Baju merah ditubuhkan bagi menentang gabungan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar  Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang memimpin baju merah berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 19 November ini.


DAP Menyusup Parti Pembangkang, Pecah Belahkan Melayu

Umno: DAP menyusup parti pembangkang, pecah belahkan Melayu: DAP didakwa cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang.

  
Dakwanya, langkah itu sebagai usaha DAP memerintah negara secara senyap dan menjadikan wakil Melayu 'sebagai boneka'.
Jelasnya, strategi DAP kini adalah meletakkan calon mereka dalam PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“DAP akan cuba letak calon Melayu (dalam parti pembangkang) sebagai satu strategi untuk mereka mempunyai kerusi pada jumlah lebih besar dari rakan-rakan mereka.
“PKR, BERSATU dan AMANAH akan jadi junior partner. DAP telah berjaya infiltration (menyusup masuk) terhadap rakan kongsi mereka.
“Mereka telah infiltration dalam PAS dan pecahkan PAS. Mereka telah infiltration, dalam PKR ada DAP dan saya percaya mereka akan infiltration BERSATU kerana ia adalah kaedah politik DAP,” dakwa Annuar.
Annuar berkata demikian dalam sidang media sebelum himpunan penerangan Umno di Bangunan Umno Selangor, Shah Alam.
Beliau turut mendakwa DAP cuba memecahkan masyarakat Cina MCA dan mempengaruhi ahli parti itu untuk menyertai mereka.
Selain itu katanya, DAP cuba memecahkan orang Melayu dengan menjalinkan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Ia katanya, bagi memastikan DAP dapat menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Strategi DAP seterusnya memastikan orang Melayu berpecah. Untuk cara memastikan orang Melayu berpecah DAP terima Tun Mahthir, Anwar dan Mat Sabu walaupun DAP tahu ketiga-tiga individu ini mempunyai DNA yang berbeza dan asas yang berbeza.
“Tapi mereka mahu memastikan mahu menumbangkan BN dan perpecahan dalam orang Melayu. DNA politik itu akan mencorak sistem dan struktur dan impak dalam sistem politik implikasi sangat besar sistem politik dalam negara,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...