GURU BESAR SEKOLAH PRISTANA TANYA, DIMANA PEMIMPIN UMNO BILA DIA TERKENA MACAM NI?
SABARLAH
WAHAI SAUDARA, INI LAH REALITI DAN KEADAAN SEBENAR DI MALAYSIA, SEBELUM
PRU DULU, KITA INGAT PERANGAI JEBON HANYA DIMILIKI OLEH PEMIMPIN PAS
DAN PKR, YANG PAS KAKI HANGGUK KEPALA, YANG PKR SEMUA KAKI LIBERAL
MINDED!
AKU PELIK KENAPA BILA UMNO BERKUASA DAN LEBIHAN KERUSI DARI 78 DULU DAN
SEKARANG 88 KERUSI, MENANG BERGAYA TU, KIRA SEMUA PENGUNDI YANG MENGUNDI
UMNO YAKIN DAN PASTI UMNOLAH PENJAGA TERBAIK MARUAH BANGSA MELAYU DAN
ISLAM. AKU SENYUM BILA BN MEMERINTAH DENGAN GAYA SEORANG JAGUH!! MEREKA
JADI ANGKUH!!
TETAPI BILA DAH BERKUASA, MASING-MASING DAH ADA JAWATAN MENTERI,
MASING-MASING DAH ADA TANGGUNGJAWAB, BUKAN MAIN SOMBONG KORANG YE SAMPAI
KES BESAR YANG MELIBATKAN AGAMA, SEMUANYA MAIN STYLE PLAY SAFE YANG NAK
JAGA HAL DUNIAWI GILA-GILA, MASYAALLAH....
dek kerana kamu difitnah, kamu dicerca dicaci seko dari pemimpin melayu
buat donno, sebab anggap itu salah kamu, so kamu tanggunglah sendiri,
wahh, bukan main gila haram play safe, bukan main eksyen kata ahhh thats
is not my problem!!
ikuti luahan cikgu besar yang teraniaya kerana fitnah dari mak pelajar tak bertamadun!!
LUAHAN HATI GURU BESAR ..
KUALA LUMPUR: "Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang
tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri
Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.
Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus
untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi
perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.
Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di
kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya
dengan tuduhan tidak berasas.
Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan
kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan
mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.
Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam
di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat
pada bulan Ramadan.
Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.
Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti
rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.
Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama
di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir
Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul
11 pagi ini.
Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa
pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak
secara tidak bertamadun.
"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir
berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak
tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.
Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.
Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke
kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan
kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.
"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka
di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya,"
katanya.
Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana
murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata
pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.
Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang
murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik
berkenaan telah dikunci.
Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
ps: terserlah pemimpin kita hanya jaga perut dan kantung tekak mereka sahaja!! huhu
sumber
headbomb
di
10:23:00 PTG
KUALA
LUMPUR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama,
Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan
bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di
sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu. Mohd Nasir Mohd
Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang
menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk
melalui akaun Facebooknya.
"Dua hari lepas, setelah gambar itu
tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang
lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).
"Selain
memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga
mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa
awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat
laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah
itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
Sebelum ini, akhbar
melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin
sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
Timbalan
Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah
itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang
sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
Mengulas
isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu
menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun
lepas itu.
"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa
mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di
sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600
pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang
mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan
terhadap dirinya berhubung isu itu.
Di PETALING JAYA, Pemangku
Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama
dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
dalam menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.
Beliau
berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54
anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas
kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.
Pada
majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada
anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB)
bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA