'Jaya Negara' Yang Ditembak Mati Adalah Penganut Ajaran 'Mahathirisme'.

Sebenarnya saya tidak mahu menulis tentang lelaki misteri mengaku
sebagai 'Jaya Negara'(Khalil Afandi Hamid) yang ditembak mati oleh pihak
polis. Beliau dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke
hospital setelah ditembak di bahagian tangan dan ari-arinya. Banyak
teka-teki bermain di minda tentang lelaki misteri ini dan punca
kematiannya jika melihat kepada foto di atas, adakah kecederaan yang
dialami boleh membawa kepada kematian melainkan peluru yang dilepaskan
memang peluru beracun. Apa pun ajal/maut seseorang adalah ketentuan dari
Allah s.w.t. jika diingini, digigit semut pun boleh meninggal.
Saya pun tidak tahu tentang kaitannya dengan 'Iman Mahadi' seperti
dihebohkan oleh media massa kerana dari artikel yang ditulis oleh si
mati (Jaya negara) didalam blognya sebelum blog itu dighaibkan oleh
tangan-tangan yang ghaib. Tuduhan yang berat dilemparkan oleh media dan
blogger-blogger pencacai ialah si mati adalah seorang blogger pro PR
walau pun beliau baru berblog pada 2012 dan menulis beberapa artikel
yang entah apa dibebelkannya. Para pencacai-pencacai Umno ingin
mengaitkannya dengan PAS kerana isu yang mereka mainkan ialah isu agama
dan senang-senang memberi gelaran 'Iman Mahadi' kepada simati tanpa
meneliti apa yang di tulisnya.
Yang pasti si mati bukannya pro PR tetapi beliau adalah penganut ajaran
sesat 'Mahathirisme' kerana semua pemimpin PAS dan wali-wali Allah
dihentam tetapi beliau teramat menyanjungi Mahathir sebagai manusia
paling mulia. Beliau dengan angkuh dan sombong mempersendakan 'Wali
Songo' malah mempermain-mainkan tentang Nabi Isa a.s. sebagai anak
tuhan. Apakah agama sebenarnya si mati jika bait-bait perkataannya
saling tidak tumpah dengan apa yang di perkatakan oleh Mahathir. Hanya
ajaran sesat 'Mahathirisme' sahaja yang berani mempermain-mainkan
ajaran Islam tanpa ada tindakan dari 'Kerajaan Islam Umno'.
Beliau menyokong idea Mahathir agar al-Quran ditafsirkan semula walau
pun beliau silap menulis dengan mengatakan yang Mahathir mencadangkan
dialih kedalam banyak bahasa. Walau tidak sempat menyalin apa yang di
tulisnya tetapi saya sempat membaca hampir kesemua artikel yang beliau
tulis. Dari pengamatan saya, apa yang beliau tulis menunjukkan ada
sesuatu yang tidak kena dengan pemikirannya tentang Islam sama
sepertimana pemahaman Mahathir tentang Islam.