Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 22, 2019

Sumpah laknat di Malaysia adakah persepsi politik

Sumpah laknat Najib sekadar gambaran persepsi politik:

Paling tidak pun, wacana ilmu berkenaan sumpah wajar dibuka.

 





Diterbitkan  | 
Dikemaskini
Apabila bekas perdana menteri Najib Razak mengambil pendekatan sumpah
laknat yang kononnya dia tidak ada kaitan dengan Altantuya, paling
tidak pun, wacana ilmu berkenaan perkara ini wajar dibuka.



Apatah lagi, sesuatu tindakan sudah pasti punyai implikasinya tersendiri, sama ada baik atau buruk.

Secara
dasarnya, kebanyakkan ulama-ulama fiqh berpendapat bahawa sumpah bukan
suatu amalan yang digalakkan – dikira sebagai hukum makruh.



Ini
berasaskan kepada firman Allah: “Jangahlah kamu jadikan (nama) Allah
dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan
mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (al-Baqarah 2:224)
Demikian juga, bersandarkan kepada penjelasan Allah bahawa yang suka
bersumpah adalah orang-orang munafiq. Firman Allah: “Mereka bersumpah
kepada kamu dengan (nama) Allah untuk mencari keridhaanmu, padahal Allah
dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keridhaannya jika
mereka adalah orang-orang yang mukmin” (Surah al-Taubah 9:62)



Walaubagaimana
pun, apabila dikaitkan sumpah dan laknat, dalam fiqh Islam dibincangkan
perkara ini dalam dua tajuk besar; Pertama, li’an. Kedua, mubahalah.



Apa itu li'an?

Kalimah
li’an bermakna perkataan tertentu yang digunakan oleh orang yang
terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu
kepadanya sebagai berzina.



Dengan perkataan lain, Li’an
bermaksud seseorang suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki
lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi, maka
hendaklah dia berkata, “Aku bersaksi demi Allah, aku berada di pihak
yang benar terhadap dakwaanku bahawa isteriku [sebut nama dan bintinya]
telah berzina”.



Perkataan ini hendaklah diucapkan sebanyak
empat kali. Dan pada kali kelima, dia hendaklah berkata, “Aku dilaknati
Allah sekiranya aku berbohong”. [Al-Fiqh Al-Manhaji : 4/903]



Amalan
li’an ini disandarkan kepada firman Allah: “dan orang-orang Yang
menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang
mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah
pada Syarak) bagi seseorang Yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah
Dengan nama Allah, empat kali,

 Bahawa Sesungguhnya ia dari orang-orang
yang benar dan sumpah Yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat
Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang Yang dusta” (Surah
al-Nur 24:6-7)



Dengan ini difahami bahawa li’an ini berlaku dalam
hal yang melibatkan antara suami dan isteri. Selain dari itu – seperti
isu melibatkan Najib yang bersumpah laknat bahawa dia tidak kenal
Altantuya, tidak timbul isu li’an sama sekali.



Apa itu mubahalah?



Makna mubahalah dari sudut bahasa adalah, “saling laknat melaknati”. (Mukjam Al-Mustalahat wa Al-Alfaz Al-Fiqhiyyah: 3/204).



Adapun
makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, “saling laknat melaknati,
iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta
daripada dua pihak yang saling laknat melaknati” (Tahrir Alfaz At-Tanbih
: 1/247).



Asal amalan mubahalah adalah perdebatan antara Nabi
Muhammad SAW dengan beberapa orang Nasrani dari Najran. Mereka terdiri
daripada 13 orang, yang diketuai oleh seorang yang bernama Al-‘Aqib,
atau dikenali juga sebagai Abdul Masih.



Dalam perdebatan itu,
semua hujah-hujah Nasrani itu dijawab oleh Nabi SAW, tanpa mereka
berjaya membalas lagi. Namun begitu, mereka tetap berkeras juga hendak
berhujjah, walau mereka sudah tidak mempunyai hujjah lagi.



Mengenangkan
sifat begitu, Allah SWT pun menurunkan ayat ke 61, surah ali-Imran yang
bermaksud : “kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad)
mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka
katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta
anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan
kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah
Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah
ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta" (Ibnu Kathir : 2/50]).



Ulama-ulama
Islam menjelaskan bahawa mubahalah, walaupun boleh diamalkan, tetapi
lebih digalakkan agar tidak dilakukannya. Ini kerana, dibimbangi ia
memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat. Dengan sebab itu, para
ilmuwan Islam menekankan beberapa syarat bagi amalan mubahalah. [Syarh
Qasidah : 1/37]



Apatah lagi, mubahalah tidak berlaku dalam urusan
yang melibatkan jenayah. Ia berlaku dalam urusan yang melibatkan
perdebatan ilmu sahaja. Dengan sebab itu, al-Imam Ibn al-Qayyim ada
menjelaskan bahawa mubahalah tidak berlaku kecuali kedua-dua belah pihak
pendebat telah mendatangkan hujjah masing-masing. Hujjah itu pula,
hendaklah hujjah yang nyata dan jelas. [Zad Al-Ma’ad : 3/643]



Dengan itu, amalan sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib tidak bertepatan dengan konsep mubahalah.



Bagaimana pula dengan jenayah?

 

Dalam
kes melibatkan jenayah, sesuatu dakwaan perlu kepada pembuktian.
Sesuatu dakwaan, tidak boleh terus dianggap sebagai benar kecuali perlu
kepada proses pembuktian, seperti siasatan dan proses mahkamah.



Di
pihak yang menafikan pula, semestinya ada hak untuk menafikannya –
melalui bersumpah. Namun, semua proses itu tidak akan berlaku kecuali
dihadiri hakim.





Dengan sebab itu, dalam kes yang
melibatkan Najib yang melakukan sumpah laknat di masjid - walaupun
dihadiri ramai orang, ia bukan sekadar boleh dianggap sebagai amalan
“bid’ah”, tetapi ia tidak memadai.



Ia tidak memberi kesan
pada keputusan di peringkat mahkamah pun. Ia tidak lebih sekadar memberi
gambaran dari sudut persepsi politik sahaja.




WAN JI WAN HUSSIN ialah pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini


Saturday, December 21, 2019

DEEPAK : Bukan Azilah saja bersuara lepas Najib tiada kuasa

Bukan Azilah saja bersuara lepas Najib tiada kuasa - Deepak:

Saudagar permaidani itu berkata sebelum ini, orang-orang berkenaan takut tindak balas Najib Razak dan Rosmah Mansor terhadap diri mereka.



 



Malaysiakini : News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Bagi saudagar permaidani Deepak Jaikishan, akuan berkanun
(SD) yang membabitkan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu
mengandungi kebenaran.

Menurutnya Azilah Hadri bukanlah orang
pertama yang membuat pendedahan mengenai bekas perdana menteri tersebut
selepas pilihan raya umum yang lalu.



Deepak, yang pernah menjadi
rakan rapat Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, berkata sebelum ini,
orang-orang berkenaan takut terhadap tindak balas kepada diri mereka.



Deepak
mengulas dakwaan Najib bahawa SD itu yang menuduhnya mengarahkan
pembunuhan warga Mongolia tersebut merupakan suatu plot politik untuk
mengunci mulutnya.



"Dia
[Azilah] bukan satu-satunya orang yang telah keluar [untuk mendedahkan
isu-isu] selepas Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.



"Ramai
pegawai kanan kerajaan telah memberi keterangan di mahkamah mengenai
penglibatan Najib dalam rasuah, SRC (International) dan (kes) 1MDB.



"Kami
tidak bercakap tentang satu atau dua orang. Ramai yang keluar untuk
mendedahkan maklumat... (termasuk bekas ketua audit negara) Ambrin
Buang," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Ahli
perniagaan tersebut berkata seperti mereka, Azilah yang juga bekas
anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis, sebelum ini tidak berpeluang
untuk mendedahkan kebenaran yang dikatakan itu.



Pada tahun 2015,
Mahkamah Persekutuan mengembalikan semula sabitan kesalahan membunuh dan
hukuman mati terhadap Azilah dan seorang lagi bekas anggota UTK, Sirul
Azhar Umar.



Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia selepas Mahkamah Rayuan membebaskan kedua-dua tertuduh pada 2013.



Minggu lalu, Malaysiakini
melaporkan bahawa Azilah, yang sedang menunggu hukuman mati di penjara
Kajang, telah memfailkan SD berkaitan permohonannya untuk perbicaraan
semula kes dan semakan penghakiman Mahkamah Persekutuan.



"Ketika
Najib menjadi PM dan Azilah dijatuhkan hukuman mati, dia menanggung
akibat perkara ini. Dia tidak boleh menentang PM," kata Deepak.



"Sirul
agak lebih bijak, dia lari ke Australia kerana dia tahu Australia
mempunyai undang-undang tertentu terhadap hukuman mati tetapi dalam kes
Azilah, dia tidak fikir begitu jauh.



"Tetapi sekarang dia perlu
membersihkan namanya. Ia bukan hanya mengenai Azilah melakukan
pembunuhan, tujuh keturunan Azilah berikutnya akan menanggung beban
hebat yang dia telah membunuh seseorang, stigma kepada keluarganya,"
katanya.



'Dia hamil anak Najib'



Deepak juga membuat tuduhan mengejutkan bahawa Najib mengarahkan pembunuhan tersebut kerana Altantuya sedang mengandung anaknya.



Ditanya bagaimana dia tahu mengenai perkara ini, saudagar itu berkata Rosmah telah memaklumkan kepadanya.



Apabila
dimaklumkan bahawa Sirul sebelum ini pernah menyatakan Altantuya tidak
mengandung, manakala Azilah pula tidak menyebutkan hal itu dalam SD,
Deepak membayangkan Sirul tidak boleh dipercayai.



"Sirul telah membuat pelbagai kenyataan kepada perdana menteri yang berbeza, dan pihak yang berlainan yang melobi kepadanya.



"Saya
tidak fikir anda boleh mengambil bulat-bulat seluruh perkataan Sirul.
Anda perlu pergi mencari orang yang konsisten mengenainya, orang yang
tahu ...," katanya.



Ditanya mengapa tuduhan Azilah perlu
dipercayai manakala Deepak mendakwa Sirul pula tidak boleh dipercayai,
saudagar permaidani itu menegaskan bahawa Najib mengarahkan pembunuhan
tersebut kerana Altantuya sedang hamil.

"Mari
kita letakkan segalanya ke tepi. Bolehkah anda memberi saya satu alasan
yang waras kenapa Najib mengarahkan pembunuhan tersebut? "



"Najib
betul, apabila dia berkata 'Saya ada ramai musuh politik, mengapa saya
tidak membunuh mereka'. Mereka tidak mengandung anaknya. Semudah itu
saja," tambahnya.



Deepak juga mendakwa bahawa Najib mengarahkan pembunuhan itu kerana Rosmah.



"Rosmah membuat kekecohan di dalam rumah apabila dia tahu mengenai Altantuya.

"Saya
fikir ia tiga atau empat hari sebelum pembunuhan itu yang dia dapat
tahu hubungan Altantuya dengan Najib dan bahawasanya terdapat seorang
anak," dakwanya.



Najib: Ini semua karut



Dalam penjelasan segera kepada Malaysiakini, bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan dakwaan Deepak sebagai "karut."



"Adakah
anda menjangkakan orang ini cuma akan membocorkan 'sedikit maklumat
itu' hanya sekarang selepas lebih dari 13 tahun dan bertahun-tahun
setelah dia menulis pelbagai buku?" Soal bekas perdana menteri.



Najib
telah berulang kali mempertahankan beliau tidak pernah bertemu dengan
Altantuya. Walau bagaimanapun, Azilah dalam SD yang dibuatnya mendakwa
bekas perdana menteri dan rakan rapatnya bertemu Altantuya di London.



Siang tadi, Najib melakukan sumpah laknat iaitu sumpah memohon kepada Allah untuk mengutuk orang yang salah.



Ini
dibuat beliau untuk menafikan tuduhan dalam SD Azilah dan menegaskan
semula kenyataan bahawa dirinya tidak pernah bertemu warga Mongolia itu.



Bagaimanapun, Deepak menganggap tindakan sumpah laknat itu sekadar cubaan untuk melakukan manipulasi.



"Saya
terperanjat kerana dia [Najib] berkata dia tidak pernah melakukannya
dan dia akan dilaknat jika dia berbohong. Tetapi dia sudah pun
terlaknat, dia tidak boleh dilaknat lagi.



"Dia telah dilaknat yang
paling teruk sekali oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Bukankah jelas
kepadanya bahawa dia tidak perlu dilaknat lagi?



"Dia telah sampai ke satu tahap bahawa dia mahu datang ke masjid, ke rumah tuhan, dan menipu ...

"Hanya
kerana dia mahu sejarah membuktikan dia tidak bersalah, dengan harapan
bahawa suatu hari, parti dan rakyatnya akan berkuasa (semula). Terdapat
cukup bukti untuk mengenakan pertuduhan terhadapnya, dia mesti dikenakan
tuduhan," katanya.



'Saya derita kerana perbuatannya'



Deepak juga mendakwa menimbulkan isu ini untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan.

"Saya
telah berjanji tidak kira apa sekali pun, walaupun Najib memusnahkan
saya, saya akan pastikan dia akan mendapat keadilannya, kita hampir
mencapainya," katanya.



Ditanya apa yang telah berubah berbanding
pada waktu dia dikatakan memainkan peranan penting dalam konspirasi yang
didakwa untuk menutup pembunuhan tersebut, Deepak menjawab: "Saya sudah
banyak menderita kerana perbuatan saya."



"Sebelum kes Altantuya,
saya sudah pun senang, perniagaan saya bagus. Tetapi kerana kes
Altantuya semuanya menjadi buruk, sebahagian daripada sumpahan laknat
itu terkena saya juga.



"Saya tahu satu atau dua individu, saya
tidak mahu sebut nama mereka, tetapi mereka dalam keadaan sugul kerana
terlibat dalam hal Altantuya.



"Seorang sangat sakit. Hal Altantuya
ini perlu diselesaikan. Kita perlu memberi keadilan kepadanya. Ini
kerana anak itu, anak itu tidak bersalah, "katanya.



Sebelum ini,
Deepak berkata Najib dan Rosmah terlibat dengannya untuk meyakinkan
penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam ketika itu untuk
menarik balik SD dibuatnya yang mengatakan bekas perdana menteri itu
mempunyai hubungan dengan Altantuya.



Related Reports







Monday, December 16, 2019

Najib: Cerita baru ini buka jalan untuk PH penjarakan saya

Najib: Cerita baru ini buka jalan untuk PH penjarakan saya:



Kata bekas PM itu, PH yang fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal, terpaksa mengeluarkan konspirasi dan fitnah bagi mendiamkannya.




BERITA 
 
News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
Bekas perdana menteri, Najib Razak menyifatkan tuduhan terbaru
yang mengaitkannya dengan pembuhan Altantuya Shaariibuu sebagai usaha
kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyumbatnya ke penjara.

Kata Najib, PH yang fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal, terpaksa mengeluarkan konspirasi dan fitnah itu bagi mendiamkannya.

"Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.

"Saya
juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan
PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes
pembunuhan tak membenarkan jaminan.
Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu.


Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang
memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.

Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah.

Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas.

Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut.

22 Feb 2019: 'Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi'
https://www.malaysiakini.com/news/465213

Seorang lagi pegawai polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam ke ini pun pernah bersumpah bahawa saya tidak terlibat.

Jan 30, 2016
Sirul ‘bersumpah’ Najib tak terlibat pembunuhan Altantuya
https://youtu.be/Yi-AyO1S5h4

Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula.

Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.

Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati.

Peguam bela sekian lama dia juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya :


16 Dec 2019: "When contacted, Azilah’s lawyer Hazman Ahmad told FMT
that he had no role in the preparation of the statutory declaration
cited by Malaysiakini, adding that they last met “two or three years
ago”.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/rubbish-says-najib-on-…/


Kalau nak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan
hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa
bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?

Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?


Secara logik, jika saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu
begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang
wanita yang sedang mengugut US$500,000 dari seorang kenalan saya,
kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa saya
lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?

Tak dijelaskan juga kenapa perisik Rusia perlu ugut dibayar US$500,000.


Saya diberitahu bahawa perbicaraan kes 1MDB dan SRC saya tidak memberi
impak yang diinginkan oleh PH manakala usaha cybertrooper serta
propaganda mereka juga jauh ketinggalan.

Apa yang saya tulis
dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang saya
ucap dalam ceramah-ceramah saya amat sukar untuk dibalas atau disangkal
oleh PH.

Ada penganalis yang berpendapat juga bahawa fakta-fakta
yang saya keluarkan merupakan antara senjata paling tajam yang
menyumbang kepada kekalahan teruk PH di PRK Tanjung Piai.

19 Nov 2019: "PH hilang fokus, ditenggelami populariti 'bossku'"
https://www.sinarharian.com.my/…/PH-hilang-fokus-ditenggela…

PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal.

Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.


Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada
kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes
pembunuhan tak membenarkan jaminan.

Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri


Terdahulu, Najib menafikan dakwaan bekas anggota pasukan Unit
Tindakan Khas (UTK) polis Azilah Hadri bahawa beliau mengarahkan
pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada Malaysiakini,
bekas perdana menteri juga mempersoalkan mengapa maklumat itu hanya
timbul lebih daripada 10 tahun selepas pembunuhan warga Mongolia itu
pada tahun 2006.


Ini semata-mata rekaan, kata Najib


Najib
mendakwa bahawa ini mungkin komplot oleh pentadbiran Pakatan Harapan
untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kelemahan
pentadbirannya.

"Ini semata-mata rekaan oleh mereka yang terdesak untuk mengelakkan diri daripada tali gantung.

"Kenapa
maklumat ini tidak keluar sebelum ini, tetapi hanya sekarang selepas
lebih satu dekad selepas kematiannya dan hanya selepas 19 bulan PH
berkuasa?" soalnya.

"Saya percaya ini adalah perjanjian antara
kerajaan PH Harapan dan Azilah, yang menjanjikan hukuman mati itu akan
dimansuhkan atau ditangguhkan sebagai balasan. Ini adalah percubaan
untuk mengalih perhatian dan menyerang saya," katanya.

Sementara
itu Najib berkata, kes pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dulu
dan telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun da
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan telah
memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.

Katanya, pihak polis juga mengesahkan bahawa tiada bukti untuk kaitkannya dengan kes tersebut.

"Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula.

"Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.

"Ada
akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan
hukuman mati. Peguam bela sekian lama dia juga terkejut dengan akuan
bersumpah 'tertiba' dari anak guamnya," kata Najib lagi.

Malaysiakini dalam laporan ekslusif
hari ini memetik pengakuan berkanun Azilah, yang sedang menunggu
hukuman gantung mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada
Najib (ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri atau TPM) dan
rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.



Dalam
pengakuan julung-julung kalinya itu, Azilah mendakwa dia dan pegawai
polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak
mati) sebagai anggota pasukan UTK.

Perincian itu dimasukkan dalam
permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi
menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

Dia
juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan
operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya “keadilan dapat
ditegakkan”.

Azilah mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukakan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Dalam akuan berkanun
(SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya
“tangkap dan hapuskan” Altantuya, yang menurutnya, diberitahu sebagai
“perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.

“Saya
bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan
perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil
menunjukkan isyarat memotong leher,” SD itu dipetik.

“Apabila
ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM
menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan.’”



Azilah juga mendakwa bahawa dia melihat Najib dan Razak Baginda bertemu Altantuya di sebuah kondominium di London.

Teks penuh SD Azilah yang babitkan Najib dalam kes Altantuya

Teks penuh SD Azilah yang babitkan Najib dalam kes Altantuya:

Azilah membuat akuan berkanun (SD) yang antaranya mendakwa pembunuhan itu diarahkan oleh Najib Razak dan rakan rapatnya Razak Baginda.




BERITA 
 
News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
Lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati
terhadapnya, bekas polis elit Azilah Hadri tampil dengan dakwaan baru
yang mengejutkan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.



Mahu
menyemak semula keputusan itu dan mendapatkan perbicaraan semula, Azilah
membuat akuan berkanun (SD) yang antaranya mendakwa pembunuhan itu
diarahkan oleh Najib Razak dan rakan rapatnya Razak Baginda.




Azilah mendakwa Najib dan Razak memberitahunya bahawa Altantuya seorang perisik asing yang mengancam keselamatan negara.
Berikut teks penuh SD Azilah:



AKUAN BERSUMPAH



Saya,
Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang
cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan
sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-



(1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:-



"Bahawa
kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam
1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit
Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan,
dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan
menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865
seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan
satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.”



(2)
Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati terhadap saya dan Tertuduh Kedua, Sirul
Azhar bin Hj Umar ("Sirul"). Mahkamah Rayuan Malaysia kemudiannya telah
melepaskan saya dan Sirul daripada sabitan salah di atas kerana
kegagalan Pendakwa Raya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mahkamah Persekutuan walau bagaimanapun telah membenarkan rayuan Pendakwa
Raya dan mendapati saya dan Sirul bersalah sepertimana di dalam
pertuduhan sekali gus menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.



(3)
Saya bersumpah dengan Nama Allah SWT, Yang Maha Pemurah Iagi Maha
Penyayang; bahawa saya, kini melalui hari-hari terakhir saya sebelum
dihukum ke tali gantung, dan tanpa niat untuk menganiaya atau
menyinggung mana-mana pihak, akan menyatakan perkara sebenar,
sebenar-benar perkara, sepanjang pengetahuan saya, berkenaan pembunuhan
Altantuya Shaariibuu, agar kebenaran dapat dizahirkan, semoga saya dapat
menghadapi hukuman ini dengan hati nurani yang tenang dan dengan
keredaan llahi.



(4) 17 Oktober 2006: Sewaktu satu tugasan rasmi di Kediaman Sri Kenangan, Pekan, Pahang, DSP Musa Safri ("DSP Musa"), seorang aide-de-camp kepada
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu tersebut iaitu Dato' Seri
Najib Razak ("TPM") memanggil saya di hadapan rumah dan memberitahu
bahawa TPM mahu berjumpa saya. DSP Musa beritahu bahawa ada tugasan yang
akan dilakukan di Kuala Lumpur. Saya menanyakan kepada DSP Musa apakah
tugasan tersebut. DSP Musa jawab, "Tugasan sulit melibatkan hal
keselamatan negara."



(5) DSP Musa memaklumkan kepada saya bahawa
tugasan di Kuala Lumpur tersebut adalah melibatkan kawasan di Bukit
Damansara. Saya beritahu DSP Musa bahawa ianya adalah di bawah bidang
kuasa IPD Brickfields. DSP Musa tanya adakah saya mengenali mana-mana
pegawai di IPD Brickfields. Saya beritahu ada, iaitu Ketua Bahagian
Siasatan Jenayah Daerah, DSP Idris, kawan saya sewaktu di IPD Sepang
semasa saya bertugas sebagai pegawai penyiasat.



(6) DSP Musa
beritahu saya ada seorang lelaki iaitu pegawai khas TPM yang juga
merupakan kawan TPM di kawasan Bukit Damansara yang menghadapi masalah
ugutan. Saya mencadangkan kepada DSP Musa agar lelaki yang dimaksudkan
tersebut membuat laporan polis agar pihak polis dapat jalankan siasatan
lanjut dan saya akan hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah
Brickfields untuk bantu.



(7) DSP Musa beritahu bahawa operasi
sulit ini tidak boleh heboh dan diketahui umum. Saya memohon penjelasan
beberapa kali daripada DSP Musa mengapa perkara ini tidak boleh
diketahui umum dan kenapa tidak buat laporan polis. DSP Musa tidak dapat
memberikan penjelasan. DSP Musa kemudiannya masuk ke dalam rumah dan
lebih kurang 5 minit kemudian beliau datang semula kepada saya dan bawa
saya untuk berjumpa TPM di dalam rumah.



(8) DSP Musa bawa saya
berjumpa TPM di dalam satu bilik pejabat di dalam Kediaman Sri Kenangan
dan DSP Musa kemudiannya keluar dari bilik tersebut. TPM menanyakan
kepada saya sama ada saya kenal pegawai polis di IPD Brickfields. Saya
mengiyakan. TPM beritahu kepada saya bahawa:-



(i) Seorang perisik
asing dari negara luar kini berada di Kuala Lumpur dan cuba mengugut TPM
dan pegawai khas TPM yang dikenali sebagai Razak Baginda ("Razak
Baginda").



(ii) Pegawai khas tersebut merupakan kawan baik TPM
yang mana saya pernah berjumpa dengannya sewaktu tugasan rasmi di London
suatu ketika dahulu.



(iii) Perisik asing tersebut adalah seorang
perempuan, amat berbahaya kerana banyak rahsia tentang keselamatan
negara yang diketahuinya.



(iv) Perisik asing tersebut tidak dapat
mendekati TPM kerana kawalan keselamatan yang ketat maka perisik asing
tersebut membuat ugutan terhadap pegawai khas TPM tersebut.



(v) TPM arahkan saya untuk jalankan operasi sulit apabila saya pulang ke Kuala Lumpur nanti.



(vi)
Saya perlu berhati-hati dengan perempuan perisik asing tersebut kerana
beliau pandai berkata-kata dan penuh tipu helah — salah satunya adalah
bahawa beliau sedang mengandung.



(9)
Saya beritahu TPM bahawa satu laporan polis perlu dibuat berkenaan
perkara ini dan kemudian saya akan minta bantuan daripada kawan saya di
IPD Brickfields, namun ianya tidak dipersetujui TPM. TPM menyatakan
bahawa perkara ini tidak boleh diketahui umum kerana ianya melibatkan
ancaman kepada keselamatan negara. TPM kemudiannya mengarahkan saya
untuk jalankan operasi sulit untuk tangkap dan hapuskan perisik tersebut
dengan sulit dan musnahkan mayatnya. Saya bertanya kepada TPM apa yang
dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, "Shoot to kill,"
sambil menunjukkan isyarat memotong leher. Apabila ditanya berkenaan
maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, "Lupuskan
mayat perisik asing hilangkan kesan." Selepas berbincang berkenaan cara
melupuskan mayat, TPM mengarahkan saya untuk meletupkan mayat perisik
asing tersebut dengan bahan letupan.

(10) TPM
mengingatkan saya supaya jalankan operasi sulit ini dengan berhati-hati
dan dengan tahap kerahsiaan yang tinggi tanpa diketahui umum kerana ini
melibatkan ancaman kepada keselamatan negara. Saya cadangkan agar
perisik asing tersebut ditangkap dan diusir dari negara tetapi TPM tidak
bersetuju. TPM memberitahu saya bahawa apa-apa perkembangan tentang
operasi sulit ini dimaklumkan terus kepada beliau atau DSP Musa untuk
dapatkan arahan dan tindakan lanjut. TPM juga mengarahkan saya untuk
berjumpa dengan pegawai khas beliau di Kuala Lumpur bagi mendapatkan
maklumat terperinci berkenaan perisik asing tersebut. TPM serahkan satu
telefon bimbit Samsung berwarna putih kepada saya untuk tujuan saya
berhubung terus dengan beliau. TPM juga mengingatkan saya bahawa telefon
bimbit tersebut perlu dilupuskan selepas selesai operasi sulit.

(11)
TPM tanya kepada saya, "Bila balik KL?" Saya jawab, "Esok." TPM kata,
"Bila sampai KL, telefon pegawai khas saya. Musa ada beri nombor telefon
dia?" Saya menggelengkan kepala. TPM kata, "Nanti pegawai khas saya
akan beri arahan lanjut dan ikut apa arahan pegawai khas saya itu kerana
semua arahan itu daripada saya." Saya mengiyakan sebelum keluar dari
bilik tersebut. Perjumpaan dengan TPM tersebut adalah lebih kurang 5-10
minit. Sewaktu saya keluar dari bilik pejabat TPM, saya nampak
DSP Musa sedang duduk di kerusi di luar bilik. DSP Musa bangun dan suruh
saya tunggu di garaj luar dan saya nampak DSP Musa masuk semula ke
dalam bilik pejabat TPM.



(12) Saya tunggu DSP Musa di garaj dan
tidak lama kemudian DSP Musa datang ke arah saya dan terus memberikan
nombor telefon pegawai khas TPM iaitu Razak Baginda. DSP Musa
mengingatkan saya supaya hubungi Razak Baginda apabila balik ke Kuala
Lumpur nanti. Saya maklumkan kepada DSP Musa bahawa saya tidak kenal
Razak Baginda. DSP Musa menjawab bahawa saya pernah berjumpa dengan
Razak Baginda sewaktu tugasan rasmi eskot TPM di London dahulu tetapi
saya tetap tidak dapat ingat siapa yang dimaksudkan. DSP Musa kata
beliau yakin saya akan kenal dan ingat bila jumpa Razak Baginda nanti.

(13)
Selesai tugasan rasmi di Pekan dan sewaktu di TUDM Kuantan, TPM telah
mengingatkan saya untuk berjumpa dengan kawannya iaitu pegawai khas
beliau apabila pulang ke Kuala Lumpur, dan saya jawab, "OK." DSP Musa
juga mengingatkan saya perkara yang sama. Pada malam tersebut, saya
pulang ke Kuala Lumpur.

(14) 18 Oktober 2006: Pada waktu pagi
sejurus sampai di Kuala Lumpur, saya hubungi nombor telefon Razak
Baginda yang diberikan DSP Musa hari sebelumnya, tetapi salah nombor dan
orang lain yang menjawab panggilan. Saya hubungi DSP Musa untuk
beritahu perkara berkenaan dan DSP Musa berikan semula nombor
telefon Razak Baginda kepada saya. Saya terus menghubungi nombor telefon
tersebut dan apabila panggilan saya dijawab saya terus bertanyakan
adakah orang yang saya hubungi ini Razak Baginda dan beliau mengiyakan.
Saya memperkenalkan diri dan Razak Baginda memberitahu saya bahawa
beliau telah dimaklumkan yang saya akan hubungi beliau dan beliau minta
agar saya datang ke pejabat beliau di Bangunan Getah Asli. Saya kata,
"OK." Razak Baginda kemudiannya memberikan alamat pejabat beliau di
Bangunan Getah Asli. Pada waktu itu, saya terfikir mengapa begitu mudah
untuk saya berjumpa dengan Razak Baginda yang merupakan pegawai khas TPM
dan juga kawan baik TPM tanpa sebarang temu janji. Saya beranggapan
bahawa segala urusan perjumpaan telah diatur oleh DSP Musa atau TPM
kerana operasi sulit ini melibatkan ancaman kepada keselamatan negara.
Saya terus ke Bangunan Getah Asli dan mendaftarkan diri di kaunter
keselamatan secara formal mengikut prosedur yang ditetapkan.

(15)
Setibanya saya di hadapan pejabat berdasarkan alamat yang diberikan
oleh Razak Baginda, saya disambut oleh seorang perempuan dan saya
bertanyakan sama ada ini adalah pejabat Razak Baginda. Perempuan
tersebut mengiyakan. Beliau bertanya adakah saya Azilah dan saya
mengiyakan. Saya kemudiannya dibawa masuk ke sebuah bilik untuk
menunggu. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki masuk dan
memperkenalkan diri sebagai Razak Baginda. Pada waktu tersebut, barulah
saya ingat siapa lelaki ini, kerana saya pernah berjumpa dengan beliau
di United Kingdom suatu ketika dahulu dan menaiki pesawat terbang sewa
khas dari Liverpool ke London bersama TPM selepas menghadiri
British Open. Sewaktu menjalankan tugasan rasmi eskot TPM di London,
saya juga pernah diarahkan oleh TPM untuk eskot beliau dan Razak Baginda
ke sebuah kondomonium yang berada tidak jauh dari hotel penginapan TPM.

(16)
Sewaktu perjumpaan dengan Razak Baginda di pejabat beliau di Bangunan
Getah Asli tersebut, saya memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari
UTK Bukit Aman dan bahawa saya telah diarahkan oleh TPM untuk berjumpa
dengan Razak Baginda dan DSP Musa yang telah berikan nombor telefon
Razak Baginda kepada saya. Razak Baginda beritahu saya bahawa beliau
sudah sedia maklum yang saya akan telefon dan jumpa beliau atas arahan
TPM untuk dapatkan maklumat lanjut tentang operasi sulit yang melibatkan
ancaman kepada keselamatan negara. Razak Baginda kemudiannya
memberitahu saya bahawa seorang perisik asing telah membuat ugutan
kepada TPM dan beliau dengan menghantar surat ugutan, panggilan telefon,
datang membuat kecoh di pejabat beliau di Bangunan Getah Asli dan juga
cuba datang ke rumah beliau tetapi dihalang pengawal keselamatan. Razak
Baginda juga beritahu bahawa perisik asing tersebut sering mengekori
pergerakan beliau di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya namun perisik
asing tersebut tidak dapat menghampiri TPM kerana kawalan keselamatan
ketat daripada UTK dan pihak polis di kediaman rasmi TPM.

(17)
Razak Baginda kemudiannya ada keluarkan beberapa sampul surat pelbagai
saiz berwarna putih dan coklat dan setelah membelek-belek salah satu
sampul surat tersebut, beliau berikannya kepada saya dan minta saya baca isi
kandungan surat tersebut. Saya bertanyakan kepada Razak Baginda adakah
kesemua sampul surat itu dihantar oleh perisik asing tersebut dan beliau
mengiyakan. Saya minta kebenaran untuk lihat dan buka kesemua surat
tersebut tetapi tidak dibenarkan Razak Baginda. Saya beritahu Razak
Baginda buat apa saya baca setakat satu surat, adalah lebih baik tak
perlu baca semua sekali. Saya terus menyerahkan semula surat tersebut
kepada Razak Baginda dan saya perasan air muka beliau berubah seperti
tidak menyenangi respons saya, tetapi saya abaikan. Razak Baginda ada
memegang sehelai kertas A4 dan memberitahu saya bahawa saya tidak
dibenarkan untuk mendapatkan salinan dan hanya boleh catat butir-butir
yang penting.

(18) Butir-butir yang diberitahu Razak Baginda
kepada saya sambil merujuk kertas A4 tersebut (yang mana saya ada
catatkan di atas kertas) adalah seperti berikut:

(i)Perisik asing
tersebut merupakan seorang perempuan warganegara Mongolia bernama
Altantuya @ Amina yang memiliki tiga pasport kewarganegaraan — Mongolia,
Perancis, Russia.


(ii) Seorang ‘intelligent’, pandai bercakap dan merupakan seorang perisik.


(iii) Mudah untuk mengenali perisik asing tersebut kerana rupa parasnya seperti perempuan Cina.


(iv) Banyak maklumat berkaitan rahsia negara, aset keselamatan negara dan rahsia TPM diketahui oleh perisik asing tersebut.


(v) TPM risau perisik asing ini akan mendedahkan rahsia-rahsia tersebut.


(vi) Perisik asing tersebut telah datang ke Malaysia sebanyak dua kali.


(vii) Bahaya kepada keselamatan negara, ancaman kepada keselamatan negara.


(viii) Perisik asing tersebut penuh dengan tipu helah antaranya bahawa beliau sedang mengandung.


(ix) Menginap di Hotel Malaya, di mana terdapat dua nombor bilik kerana perisik asing tersebut bertukar bilik.

(19)
Saya bertanyakan apakah bentuk ugutan oleh perisik asing tersebut
kepada TPM dan Razak Baginda. Razak Baginda jawab bahawa perisik asing
tersebut mahukan sejumlah duit yang banyak tetapi tidak dilayan oleh
beliau. Perisik asing tersebut mengugut untuk membocorkan rahsia negara
yang boleh mengancam keselamatan negara sekiranya permintaan tidak
ditunaikan. Saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan rahsia negara
yang boleh mengancam keselamatan negara dan Razak Baginda menjawab
tentang kekuatan aset keselamatan negara, tentang hubungan peribadi TPM
dan Razak Baginda dengan perisik asing tersebut. Razak Baginda juga
menceritakan tentang lawatan rasmi TPM ke London untuk meninjau
aset-aset keselamatan negara sewaktu pertunjukan udara di Farnborough
Air Show. Razak Baginda menanyakan kepada saya sama ada saya masih ingat
seorang perempuan yang beliau dan TPM jumpa di lobi sebuah kondominium
di London dahulu, dan saya beritahu bahawa saya tak berapa ingat tentang
perempuan tersebut tetapi tugas eskot TPM dan Razak Baginda dari hotel
penginapan ke kondominium tersebut saya ingat. Razak Baginda beritahu
perempuan itulah perisik asing yang dimaksudkan. Saya kata, "OK," dan
pada masa yang sama saya cuba untuk mengingatkan semula wajah perempuan tersebut tetapi masih kabur.





(20)
Razak Baginda juga memberitahu saya bahawa ada beberapa orang beliau
termasuk salah seorang lelaki India bernama Bala yang memantau
pergerakan perisik asing tersebut dan saya akan dimaklumkan berkenaan
pergerakannya dari masa ke semasa. Razak Baginda mencadangkan bahawa
panggilan 'perisik asing' ditukar kepada gelaran 'perempuan Cina'
sewaktu berhubung dengan beliau selepas ini dan dalam operasi sulit.
Saya mengiyakan.



(21) Saya mencadangkan supaya satu laporan polis
dibuat agar pihak polis dapat ambil tindakan tetapi Razak Baginda tidak
bersetuju kerana hal ini akan menarik perhatian umum kerana ianya
melibatkan TPM dan ancaman kepada keselamatan negara. Saya beritahu
dalam hal ini saya tidak ada kena mengena dan saya keberatan untuk
bersetuju untuk jalankan operasi sulit ini. Sekiranya hendak membuat
laporan polis, saya boleh bantu. Razak Baginda beritahu bahawa TPM telah
beri arahan kepada saya sewaktu di Pekan, Pahang untuk jalankan operasi
sulit ini demi keselamatan negara dan TPM percaya saya dapat jalankan
operasi sulit ini tanpa diketahui umum dan apa-apa hal berbangkit saya
tidak perlu risau kerana TPM akan 'backup'. Saya bertanyakan
kepada Razak Baginda bagaimana beliau tahu bahawa TPM ada beri arahan
kepada saya sewaktu di Pekan, Pahang. Razak Baginda sambil tersenyum
berkata bahawa TPM ada hubungi beliau dan kalau tidak bagaimana saya
boleh jumpa beliau pada hari ini dan atas urusan apa. Berdasarkan pemerhatian saya pada waktu tersebut, saya beranggapan benarlah
bahawa Razak Baginda ini merupakan pegawai khas TPM dan juga kawan TPM
sepertimana yang dimaksudkan oleh TPM dan DSP Musa. Pada mulanya, saya
agak keberatan tetapi selepas mendapat penerangan daripada Razak Baginda
saya bersetuju dan yakin untuk jalankan operasi sulit ini kerana ianya
adalah arahan sama seperti yang diberikan oleh TPM di Pekan, Pahang.



(22)
Saya kemudiannya diberitahu oleh Razak Baginda bahawa perisik asing ini
mesti dihapuskan dengan sulit sambil menunjukkan 'isyarat memotong
leher' dengan tangan beliau (iaitu isyarat sama sepertimana yang dibuat
TPM sewaktu di Pekan, Pahang) dan musnahkan mayat perisik asing dengan
melupuskannya menggunakan bahan letupan. Saya juga beritahu Razak
Baginda hal ini adalah hal besar dan saya tak mampu untuk laksanakan
tapi Razak Baginda beritahu bahawa ini adalah arahan daripada TPM kerana
TPM amat percaya kepada saya. Menurut beliau, DSP Musa yang cadangkan
nama saya kepada TPM. Saya beritahu hal ini mesti dimaklumkan kepada
pihak atasan saya di UTK tetapi Razak Baginda beritahu ini adalah arahan
daripada TPM agar operasi ini dijalankan secara sulit dan paling
penting operasi sulit ini mesti dilaksanakan dengan cepat tanpa
diketahui umum.



(23) Untuk kepastian, saya bertanya kepada
Razak Baginda sekali Iagi, adakah arahan ini terus daripada TPM, Razak
Baginda jawab "Ya." Menurut Razak Baginda, beliau adalah orang yang
paling rapat dengan TPM dan banyak kerjasama dengan TPM tentang hal
keselamatan negara. Saya percaya maklumat yang diberikan oleh
Razak Baginda kepada saya sama seperti maklumat dan arahan yang
diberikan oleh TPM sewaktu di Pekan, Pahang tempoh hari. Saya juga yakin
bahawa operasi sulit untuk menghapuskan daripada TPM.



(24) Hasil
perbincangan dengan TPM dan Razak Baginda, saya percaya bahawa ini
adalah operasi sulit dan mesti dirahsiakan daripada pengetahuan umum
atas sebab-sebab keselamatan negara. Selesai berbincang dengan Razak
Baginda di Bangunan Getah Asli, saya telefon DSP Musa dan beritahu hasil
perbincangan dengan Razak Baginda. Pada mulanya saya tetap keberatan
untuk bersetuju dengan operasi sulit ini kerana saya seorang sahaja
tidak mampu melaksanakannya namun DSP Musa memberitahu saya bahawa saya
boleh cari seorang anggota Iain untuk membantu dalam operasi sulit
tersebut.



(25) Saya kemudiannya mencadangkan kepada DSP Musa
supaya hal ini dimaklumkan kepada pegawai atasan saya dalam UTK,
sekurang-kurangnya Pegawai Pemerintah atau Commanding Officer (CO)
saya, kerana setiap kali arahan operasi saya akan terima daripada
pegawai pemerintah saya. Saya juga beritahu DSP Musa bahawa dia bukan
'CO' saya. DSP Musa beritahu hal perkara berkenaan operasi sulit ini
tidak perlu dimaklumkan kepada 'CO' saya kerana saya sekarang di bawah
arahan beliau dan beliau dapat arahan terus daripada TPM.



(26) Pada
waktu tersebut, saya fikir siapa yang berani untuk melanggar arahan TPM
yang juga merangkap Menteri Pertahanan. Saya jadi serba salah. Namun
memandangkan operasi sulit ini melibatkan hal ancaman kepada keselamatan
negara maka saya dengan suci hati percaya dan patuh pada arahan
daripada TPM. DSP Musa seterusnya mengingatkan saya supaya jalankan
operasi sulit ini dan terus laporkan kepada beliau agar beliau dapat
melaporkannya terus kepada TPM. Saya telefon dan bertanya kepada DSP
Musa, adakah benar berkenaan jaminan sekiranya ada sebarang perkara yang
berbangkit dalam operasi sulit ini akan diselesaikan oleh Razak Baginda
dan TPM iaitu daripada segi kerahsiaan dan keselamatan. DSP Musa kata
"Ya." DSP Musa beritahu saya sebab itulah tidak perlu beritahu 'CO' saya
dalam operasi sulit ini kerana jaminan yang disebut ini merangkumi
hal-hal kerahsiaan dan keselamatan. Disebabkan itu, saya bertambah yakin
dengan penerangan DSP Musa.



(27) Setelah meneliti arahan terus
yang diterima saya daripada TPM sewaktu saya berjumpa beliau di Pekan,
Pahang, hasil perjumpaan saya dengan Razak Baginda di pejabat beliau di
Bangunan Getah Asli dan setelah mendapat arahan yang sama sepertimana
arahan TPM di Pekan, Pahang di samping maklumat terperinci berkenaan
perisik asing tersebut dan setelah memaklumkan kepada DSP Musa tentang
hasil pertemuan saya dengan TPM di Pekan, Pahang dan pertemuan saya
dengan Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, serta penjelasan daripada
DSP Musa agar operasi sulit ini tidak perlu dimaklumkan kepada CO saya
kerana arahan operasi sulit ini terus daripada TPM, dan jaminan bahawa
TPM akan 'backup' sekiranya ada apa-apa hal berbangkit, saya yakin
bahawa operasi sulit ini adalah penting kerana ianya melibatkan hal
keselamatan negara dan saya dengan suci hati bersetuju untuk jalankan operasi sulit ini.



(28) Pada hari yang sama, saya dapati bahawa Sirul merupakan 'standby driver
di pejabat. Saya hubungi Sirul dan tunggu Sirul di tepi jalan
berhadapan Central Market. Saya masuk ke dalam kereta Sirul dan
menceritakan hal perkara operasi sulit ini termasuk perjumpaan dengan
DSP Musa dan TPM di Pekan, Pahang sehinggalah perjumpaan dengan Razak
Baginda di Asli dan perbualan telefon dengan DSP Musa sebelum itu.



(29) Sirul
bersetuju untuk menyertai operasi sulit ini. Kami pergi ke kediaman
Razak Baginda di Bukit Damansara mengikut alamat yang diberikan beliau
dan kemudiannya ke Hotel Malaya untuk mengenal pasti sasaran. Saya ada
berhubung dengan Razak Baginda, DSP Musa, dan TPM untuk memaklumkan
penglibatan Sirul dalam operasi sulit ini dan ianya mendapat kebenaran
mereka. TPM maklumkan kepada saya "Proceed." Saya memberitahu
Sirul bahawa saya akan eskot TPM ke Hong Kong dalam masa terdekat dan
sekiranya sasaran dikenal pasti dan bersedia untuk bertindak, saya akan
hubungi Sirul. Sirul jawab "OK."



(30) Saya serahkan tugasan untuk
dapatkan bahan letupan dari stor senjata UTK kepada Sirul dalam kadar
segera kerana untuk operasi sulit ini, sasarannya sudah ada di Kuala
Lumpur dan bila-bila masa operasi sulit boleh dijalankan. Sirul faham
tentang etika operasi sulit kerana Sirul merupakan seorang anggota operasi UTK yang berpengalaman dalam menjalankan operasi- operasi sulit berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.



(31)
19 Oktober 2006: Sewaktu di pejabat UTK Bukit Aman, saya diarahkan
untuk bersiap sedia untuk eskot TPM ke Hong Kong. Saya bersama tujuh
orang anggota Iain telah membuat persiapan dan senjata telah diserahkan
untuk urusan pengisytiharan termasuk Pistol dan dua kelopak peluru. Saya
telah kemaskan pakaian untuk eskot dan kumpulan saya diarahkan untuk
bersiap sedia pada bila-bila masa untuk bergerak. Ini adalah kerana
urusan eskot TPM ke Hong Kong adalah atas urusan peribadi.



(32)
Pada lewat petang hari yang sama, saya dimaklumkan bahawa tugasan ke
Hong Kong telah dibatalkan dan ASP Azani minta saya gantikan tempat
beliau sebagai ketua pegawai pengiring kepada TPM pada keesokan harinya.
Pada waktu tersebut, TPM masih di luar Kuala Lumpur dan kumpulan eskot
TPM berada di TUDM Subang menunggu kepulangan TPM. Selepas berbuka puasa
bersama L/Kpl Rohaniza di Petaling Jaya, saya terus ke pejabat UTK
untuk kemaskan pakaian untuk tujuan eskot di dalam negara. Kumpulan
eskot TPM akan ditempatkan di rumah di Putrajaya pada malam tersebut.



(33)
Semasa di pejabat UTK, Razak Baginda telefon saya dan beritahu bahawa
seorang 'perempuan Cina' bersama Bala ada di depan rumah beliau di Bukit
Damansara dan minta saya bertindak. Memandangkan ianya melibatkan
seorang perempuan, saya ajak L/Kpl Rohaniza untuk pergi bersama ke Bukit Damansara. Saya telefon Sirul dan beliau beritahu saya beliau akan ke Bukit Damansara.
Setibanya di Bukit Damansara, iaitu di hadapan rumah Razak Baginda,
saya nampak seorang perempuan Cina dan seorang lelaki India berdiri di
sebelah sebuah teksi dan pada waktu tersebut saya mengagak bahawa inilah
perempuan Cina atau perisik asing yang dimaksudkan oleh Razak Baginda.
Sewaktu itu terlintas di fikiran saya bahawa perempuan tersebut pernah
saya lihat sewaktu tugasan rasmi eskot TPM dan Razak Baginda ke sebuah
kondominium di London, di mana saya ada melihat kedua-dua TPM dan Razak
Baginda berjumpa dengan perempuan tersebut di lobi kondominium. Pada
waktu tersebut saya diarahkan untuk tunggu di lobi kondominium sebelum
mereka bertiga masuk ke dalam lif untuk ke unit yang saya tidak tahu di
aras mana. Selepas lebih kurang 1 jam menunggu di lobi kondominium, TPM,
Razak Baginda, dan perempuan tersebut keluar dari lif dan saya terus
eskot TPM dan Razak Baginda keluar dari kondominium tersebut yang mana
perempuan tersebut tidak ikut serta.



(34) Saya didatangi oleh satu
lelaki India tersebut dan beliau bertanya adakah saya C/lnsp Azilah
dari UTK. Saya terkejut bagaimana lelaki India tersebut mengetahui
tentang nama dan kehadiran saya. Lelaki India tersebut memperkenalkan
diri sebagai Bala dan beliau memberitahu saya, "Inilah perempuan yang
buat masalah dengan Razak Baginda." Saya berhubung dengan Razak Baginda
untuk kepastian berkenaan adakah betul perempuan yang ada bersama
seorang lelaki India yang dipanggil sebagai Bala itu adalah perisik
asing yang dimaksudkan beliau dan merupakan sasaran untuk operasi sulit
ini. Razak Baginda mengiyakan. Razak Baginda juga mengingatkan saya agar
jangan banyak bercakap dengan perisik asing tersebut kerana beliau pandai
bercakap dan banyak tipu helah. Saya ambil maklum akan peringatan
tersebut dan cuba hubungi DSP Musa tetapi gagal. Saya juga cuba hubungi
TPM melalui telefon bimbit yang diberikan beliau kepada saya tetapi
gagal juga untuk dihubungi. Saya menelefon semula Razak Baginda dan
maklumkan kepada beliau bahawa saya cuba untuk hubungi DSP Musa dan TPM
tetapi gagal kerana telefon mereka off. Razak Baginda arahkan agar teruskan operasi sulit sebagaimana arahan TPM. Saya jawab "OK."



(35) Saya
hubungi Sirul dan memaklumkan bahawa perempuan Cina atau sasaran ada di
hadapan rumah Razak Baginda. Sirul kata "OK" dan maklumkan bahawa
beliau akan ke sana. Saya tunggu Sirul untuk sampai dan setelah beliau
tiba, saya keluar daripada kereta wira merah yang saya naiki dan saya
lihat perempuan Cina dan Ielaki India tersebut berjalan menuju ke arah
kereta yang saya naiki sambil berbual-bual. Saya minta Rohaniza untuk
duduk di belakang dan perempuan Cina tersebut ikut masuk sambil Bala
tutup Pintu manakala Sirul duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu.
Ketika saya ingin membuat pusingan U, satu lelaki Cina datang meminta
tambang teksi dan saya berikan duit kepada beliau.



(36) Kami
beredar dari kawasan rumah Razak Baginda dan sampai di satu simpang,
Sirul minta diturunkan di situ kerana beliau mahu membawa kereta beliau
sendiri dan kami bersetuju untuk berjumpa di Bukit Aman. Saya terus
bergerak ke Ibu Pejabat Bukit Aman dan dalam perjalanan saya kenalkan
diri sebagai pegawai polis kepada perempuan Cina tersebut dan nasihatkan
dia agar jangan buat kecoh di depan rumah Razak Baginda. Perempuan Cina tersebut
minta agar beliau tidak dikasari kerana beliau sedang mengandung. Pada
waktu tersebut, saya anggap bahawa itu hanyalah tipu helah sepertimana
maklumat yang diberikan kepada saya oleh TPM dan Razak Baginda.
Perempuan Cina tersebut bersetuju dengan nasihat saya dan saya maklumkan
perkara berkenaan kepada Sirul. Setibanya di Ibu Pejabat Bukit Aman,
saya pergi ke kereta Sirul dan perempuan Cina tersebut saya arahkan
untuk memasuki kereta Sirul. L/Kpl Rohaniza pula saya arahkan untuk
balik dan saya beritahu bahawa saya akan menghubungi beliau untuk minta
bantuan untuk hantar saya ke Putrajaya apabila tugasan saya selesai.



(37)
Saya ada hubungi Razak Baginda pada malam tersebut dan beritahu bahawa
saya telah bawa perempuan Cina tersebut dari hadapan rumah beliau dan
saya juga telah menasihatinya. Razak Baginda beritahu bahawa perempuan
Cina itu bahaya dan ikut saja arahan TPM yang telah diberikan seperti
dalam perbincangan sebelum ini. Razak Baginda beritahu semua akan
selesai setelah perempuan Cina itu dihapuskan. Pada malam itu juga, saya
dan Sirul menjalankan operasi sulit tersebut seperti yang diarahkan
oleh TPM sewaktu di Pekan dan berdasarkan kepada maklumat yang diberikan
melalui aide-de-camp beliau, DSP Musa dan pegawai khas yang juga
kawan beliau, Razak Baginda, dan seperti yang dipertuduhkan, dan
disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sebelum perisik
asing tersebut dibunuh, beliau ada memaklumkan kepada saya bahawa beliau
tahu 'Mr Razak' yang menghantar saya dan Sirul untuk membunuh beliau.
Apabila ditanya siapakah 'Mr. Razak' yang dimaksudkan, perempuan
tersebut menyebut, "Timbalan Perdana Menteri." Perisik asing itu juga sempat memberitahu saya bahawa beliau sedang mengandung.



(38)
Sejurus selepas operasi sulit tersebut dijalankan, saya menelefon Razak
Baginda dan memaklumkan kepada beliau bahawa operasi sulit tersebut
sudah pun selesai di mana Razak Baginda menjawab "OK." Saya juga hubungi
nombor telefon DSP Musa dan TPM tetapi tidak dapat dihubungi. Razak
Baginda beritahu kepada saya bahawa beliau akan maklumkan kepada mereka.



(39)
20 Oktober 2006: Saya bertugas eskot TPM sebagai ketua pegawai
pengiring dan tunggu TPM di kediaman rasmi di Sri Satria, Putrajaya.
Sementara menunggu TPM keluar rumah untuk ke pejabat saya bersembang
dengan DSP Musa dan DSP Musa memberitahu saya bahawa Razak Baginda ada
menelefon beliau dan beritahu bahawa malam tadi operasi sulit sudah
selesai dan hal ini telah dimaklumkan kepada TPM dan nanti TPM mahu
berjumpa dengan saya. Sempat DSP Musa memberitahu bahawa TPM sangat
gembira tentang kejayaan operasi sulit yang dijalankan oleh saya dan
Sirul. Saya cuma mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi kerana pada waktu
itu keadaan tempat terbuka dan tidak sesuai untuk bercakap tentang
hal-hal rahsia. DSP Musa faham akan tindak balas dan reaksi saya.



(40)
TPM kemudiannya keluar dari rumah dan menuju ke kereta. TPM senyum
kepada saya dan berjabat tangan sambil mengucapkan, "Tahniah" dan "Thank you." Saya cuma senyum dan terus masuk ke dalam kereta dan bertolak
ke pejabat TPM. Sampai di tempat letak kereta pejabat TPM, kami
berjalan ke arah lif untuk ke pejabat TPM. TPM cakap dengan suara yang
perlahan, minta saya dan DSP Musa saling berhubung. Saya mengiyakan.



(41)
Setelah TPM sampai di pejabat, DSP Musa memanggil saya masuk ke pejabat
beliau dan bertanya tentang operasi sulit tersebut, saya menyatakan
semuanya berjalan dengan lancar dan saya telah maklumkan kepada Razak
Baginda. Saya juga memaklumkan kepada DSP Musa bahawa malam semalam saya
ada menelefon beliau dan TPM tetapi tidak dapat dihubungi. DSP Musa
beritahu bahawa beliau tutup telefon kerana beliau ada tugasan dengan
TPM di luar Kuala Lumpur dan balik lewat malam.



(42) Saya hubungi
Razak Baginda dan beliau beritahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada
TPM dan DSP Musa, saya beritahu patutlah DSP Musa awal pagi lagi sudah
beritahu saya. Menurut Razak Baginda, TPM gembira kerana operasi sulit
sudah selesai dan jangan khuatir tentang operasi sulit yang saya dan
Sirul jalankan, semuanya dalam kawalan TPM.



(43) 21 Oktober 2006:
Sewaktu di pejabat DSP Musa, Razak Baginda beri duit raya kepada DSP
Musa dan RM2,000.00 kepada saya untuk dibahagikan kepada semua anggota
eskot TPM. TPM juga ada berikan duit raya kepada staf pejabat TPM.
Setelah selesai tugas di pejabat TPM, sewaktu di kediaman rasmi TPM,
beliau ada berikan duit raya kepada kesemua anggota UTK yang eskot
beliau. TPM kemudiannya memanggil saya masuk ke dalam sebuah bilik dan
beri duit raya RM300.00 dan beliau memberitahu saya bahawa beliau
berpuas hati dengan operasi sulit yang saya dan Sirul jalankan. TPM
ucap tahniah dan gembira operasi sulit tersebut telah selesai sambil
mengingatkan saya untuk menyimpan rahsia. Saya mengiyakan.



(44)
Pada tengah malam tersebut, Razak Baginda menelefon saya beberapa kali
sewaktu saya tidur dan apabila sedar daripada tidur, saya hubungi
semula. Razak Baginda beritahu bahawa ada kekecohan di depan rumah
beliau di Bukit Damansara dan menurut beliau ada perempuan warga asing
buat kecoh dan beliau sudah minta bantuan daripada DSP Musa dan SM
Alias. Razak Baginda minta saya untuk datang tetapi saya tidak dapat
pergi ke sana. Saya terus hubungi SM Alias dan SM Alias beritahu bahawa
ada perempuan warga asing yang cuba membuat bising di hadapan rumah
Razak Baginda, cuba masuk ke dalam kawasan rumah beliau, dan polis
peronda sudah leraikan, keadaan juga sudah terkawal.



(45) 22
Oktober 2006: Saya hubungi DSP Musa dan beritahu hal kekecohan di rumah
Razak Baginda malam tadi. DSP Musa telah sedia maklum kerana Razak
Baginda sudah hubungi beliau. DSP Musa bertanyakan kepada saya adakah
saya sudah selesaikan operasi sulit sepertimana yang diarahkan kerana
hal kekecohan oleh perempuan warga asing masih berterusan. Saya beritahu
bahawa saya dan Sirul sudah jalankan operasi sulit dan tidak akan
tersilap orang kerana orang Razak Baginda iaitu Bala sendiri yang beri
petunjuk pada waktu itu. Saya dan Sirul bukannya kenal dengan perempuan
Cina/perisik asing tersebut. DSP Musa risau mengapa hal ini boleh
berulang kembali dan bagaimana dia hendak maklumkan kepada TPM tentang kejadian
kekecohan di rumah Razak Baginda malam tadi kerana sebelum ini telah
dimaklumkan kepada TPM bahawa operasi sulit telah selesai. Saya minta
DSP Musa periksa dengan teliti dengan Razak Baginda dalam hal ini kerana
petunjuk akhir untuk mengenal pasti sasaran adalah daripada Razak
Baginda dan orang dia sendiri.



(46) Sewaktu bertugas eskot TPM,
DSP Musa datang berjumpa dengan saya dan beritahu bahawa kekecohan di
hadapan rumah Razak Baginda pada malam tersebut adalah berpunca daripada
kawan-kawan perisik asing tersebut yang menyangka Razak Baginda
menyembunyikan perempuan tersebut dan ianya menjadi kecoh kerana Razak
Baginda enggan untuk keluar dari rumah. Sebelum TPM masuk ke dalam
kereta untuk ke pejabat, TPM menegur saya dan mengatakan bahawa jangan
risau, semuanya dalam kawalan dan hal ini cuma salah faham sahaja. Saya
cuma menganggukkan kepala.



(47) Setibanya di pejabat TPM, DSP Musa
berjumpa TPM di dalam pejabat lebih kurang 10 minit kemudian DSP Musa
memanggil saya masuk pejabat beliau. DSP Musa beritahu saya bahawa TPM
sudah dapat penerangan daripada Razak Baginda dan jaminan daripada TPM
supaya jangan risau kerana semua selesai dengan baik. Apa-apa hal yang
berbangkit, maklumkan sahaja kepada beliau agar dapat dirujuk kepada TPM
untuk dapatkan arahan lanjut. Saya cuma mendiamkan diri. Selepas
penerangan daripada DSP Musa, hari-hari berikutnya saya menjalankan
rutin harian eskot TPM di Putrajaya dan Lembah Klang dan sekali sekala
saya terserempak dengan Razak Baginda di pejabat TPM di Putrajaya dan di
kediaman rasmi TPM. Tiada apa-apa kejadian pelik/luar kebiasaan
semasa tugas eskot TPM sehinggalah pada 31 Oktober 2006, DSP Musa
memanggil saya untuk ke pejabat beliau.



(48) 31 Oktober 2006:
Sewaktu sedang bertugas eskot TPM di Putrajaya, DSP Musa panggil saya ke
dalam pejabat beliau dan memberitahu saya bahawa beliau dan Razak
Baginda telah dipanggil ke IPD Brickfields dan berjumpa dengan kawan
saya, DSP Idris Karim dalam membantu siasatan tentang insiden kekecohan
di hadapan rumah Razak Baginda pada waktu malam tempoh hari. DSP Musa
memberitahu saya bahawa DSP Idris memerlukan saya untuk membantu
siasatan dan saya jawab OK. DSP Musa juga beritahu saya bahawa beliau
telah memaklumkan kepada Supt Mastor (CO saya) bahawa DSP Idris
mengkehendaki saya pergi ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan ekoran
insiden kekecohan di rumah Razak Baginda tempoh hari. DSP Musa
meyakinkan saya untuk tidak perlu risau atau takut kerana TPM akan 'backup'
asalkan jangan libatkan nama TPM. DSP Musa juga mengingatkan saya agar
jaga rahsia tentang penglibatan beliau dan TPM kerana TPM orang yang
berpengaruh dan TPM akan bantu sesiapa sahaja dalam apa-apa hal
berbangkit tentang operasi sulit ini. lanya adalah jaminan daripada TPM
untuk bantu asalkan jangan babitkan nama baik TPM. Penjelasan daripada
DSP Musa ini menyebabkan saya rasa curiga tentang kebenaran operasi
sulit yang saya dan Sirul telah laksanakan disebabkan saya sendiri
mendapat arahan terus daripada TPM sewaktu di Pekan, Pahang, maklumat
lanjut daripada Razak Baginda tentang pergerakan perisik asing di KL dan
petunjuk terakhir sehingga saya dan Sirul bawa perisik asing tersebut
daripada hadapan rumah Razak Baginda dan penjelasan DSP Musa supaya
maklumat operasi sulit ini tidak perlu dimaklumkan kepada 'CO' saya di
UTK, saya jadi keliru dan rasa seperti diperguna dan dianiaya oleh TPM,
Razak Baginda, dan DSP Musa. Saya menghubungi Sirul tetapi gagal.



(49)
Petang tersebut DSP Khairi menghubungi saya dan mengarahkan saya untuk
ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan berkenaan satu laporan polis
tentang kehilangan seorang perempuan asing dan insiden kekecohan di
Bukit Damansara, dan memberitahu bahawa tugas saya akan diganti oleh
Insp Zaidi dan saya jawab OK. Saya hubungi Supt Mastor yang merupakan
pegawai pemerintah saya dan saya maklumkan kepada beliau bahawa saya
diminta untuk ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan seperti yang
dimaklumkan oleh DSP Khairi. Supt Mastor jawab OK dan minta saya
pastikan ada pegawai pengganti tugas eskot TPM di Putrajaya. Supt Mastor
ada maklumkan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh DSP Musa berkenaan
hal saya dipanggil ke IPD Brickfields untuk bantu siasatan. Lewat petang
hari tersebut, Insp Zaidi ada hubungi saya dan maklumkan bahawa beliau
dapat arahan untuk ganti tugas saya eskot TPM di Putrajaya. Saya kata
”OK."



(50) 1 November 2006: DSP Musa mengarahkan saya supaya pergi
berjumpa dengan beliau di pejabat TPM sebelum ke IPD Brickfields. Saya
pergi berjumpa dengan DSP Musa dalam pejabat beliau dan DSP Musa salam
dan peluk saya. Saya rasa hairan kenapa DSP Musa peluk saya kerana
sebelum ini tidak pernah beliau peluk saya, setakat bersalaman memang
jadi kebiasaan. Saya cuba dapatkan kepastian daripada DSP Musa apa sebenarnya
yang telah berlaku dalam hal operasi sulit ini. Saya lihat wajah sugul
DSP Musa dan beliau semacam hilang kata-kata. DSP Musa bawa saya
berjumpa dengan TPM. Saya maklumkan bahawa saya akan ke IPD Brickfields
untuk jumpa DSP Idris bagi membantu siasatan, tak lain ianya pasti
berkenaan operasi sulit yang saya dan Sirul telah jalankan. Saya marah
tapi saya masih boleh kawal diri saya. TPM beritahu saya bahawa semuanya
akan selesai dengan cara baik, ikut sahaja prosedur yang ada dan
sebarang hal yang berbangkit beliau akan bantu, yang penting tahap
kerahsiaan operasi sulit mesti dipatuhi tanpa gagal. Jaminan daripada
TPM ini menyebabkan saya yakin untuk ke pergi ke IPD Brickfields.



(51)
Sebelum bertolak ke IPD Brickfields, saya hubungi Supt Mastor dan
beliau mengatakan apa-apa perkembangan maklum terus kepada beliau. Saya
mengiyakan. Setibanya di IPD Brickfields, saya terus berjumpa dengan DSP
Idris yang mana beliau merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah
Brickfields sewaktu itu. DSP Idris pada waktu itu sibuk kerana ada
pegawai polis dalam pejabat beliau. Apabila beliau nampak kelibat saya,
beliau ajak saya untuk masuk ke pejabat dan bersembang seperti biasa
kerana sudah agak lama saya tak berjumpa dengan beliau. DSP Idris
menghubungi seorang pegawai polis dan mengatakan bahawa saya sudah
berada di pejabat beliau. Beliau memaklumkan bahawa sebelum ini DSP Musa
dan Razak Baginda telah dipanggil untuk membantu siasatan dan diambil
keterangan tentang kehilangan seorang perempuan Mongolia. DSP Idris
memberitahu saya bahawa siasatan kes tersebut diambil alih oleh D9 IPK
Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, seorang pegawai polis berpangkat ASP
bernama Tony datang dan masuk ke dalam pejabat DSP ldris. DSP ldris
memberitahu saya bahawa ASP Tony adalah pegawai penyiasat kes ini dan
beliau akan bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Sebelum pergi, DSP Idris
peluk saya dan berbisik agar saya banyak bersabar dan harap siasatan ini
cepat selesai dan tiada masalah pada saya. Saya lihat air mata beliau
bergenang. Saya bersalaman dengan DSP ldris dan beliau sempat mengatakan
bahawa mengikut DSP Musa TPM sangat suka dan percaya pada saya. Saya
tak ambil peduli kata-kata itu kerana pada saya ia boleh jadi satu
pujian atau perli.


(52)
Saya hubungi Supt Mastor dan beliau jawab panggilan saya dengan
pertanyaan sama ada siasatan telah selesai dan, "Cepat!" Saya beritahu
beliau saya akan ke IPK Kuala Lumpur kerana siasatan diambil alih oleh
pihak D9 IPK Kuala Lumpur. Supt Mastor jawab "OK," dalam nada suara
hampa. Saya kemudiannya bersama ASP Tony dan seorang pegawai lain
bergerak ke IPK Kuala Lumpur.



(53) Setibanya di IPK Kuala Lumpur,
saya terus dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan di dalam perjalanan,
saya melintasi bilik-bilik lain di mana saya ada nampak mesin faks
sedang mencetak bil telefon yang tertera nama TPM. Di sebelah mesin faks
tersebut saya nampak bil telefon nombor telefon yang saya gunakan. Pada
waktu tersebut, pistol yang saya gunakan untuk tugasan eskot masih ada
pada saya. Saya disoal siasat oleh 4-5 orang anggota detektif dan
seorang pegawai iaitu ASP Samsudin. Tidak lama selepas itu, saya dibawa
masuk ke dalam sebuah bilik kawad cam yang menggunakan cermin
pandang sehala dan dalam keadaan samar-samar saya ternampak satu lelaki
India iaitu Bala bersama DSP Gan masuk dan tidak lama kemudian keluar
semula. Saya tahu bahawa Bala membuat pengecaman ke atas saya. Soal
siasat disambung semula oleh pegawai dan anggota dengan pelbagai teknik,
ada yang kasar dengan ugutan untuk pukul, ada yang lembut dan memujuk,
tetapi saya tahu semua ini adalah kerja mereka. Perasaan marah memang
wujud akibat provokasi daripada siasatan mereka dan jika hilang
pertimbangan, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya pegang pada
jaminan daripada DSP Musa agar tidak bangkitkan nama baik TPM dan
pesanan daripada TPM agar ikut segala prosedur dan beliau akan bantu
asalkan saya menjaga rahsia.



(54) Soal siasat berlangsung dari
pagi sehingga ke petang. Sewaktu soal siasat, saya banyak mendiamkan
diri dan cuma jawab apa yang perlu. Selepas waktu pejabat, saya dibawa
ke sebuah bilik salah seorang pegawai D9 IPK Kuala Lumpur dan saya
nampak Supt Mastor dan DSP Khairi duduk bersama dengan seorang pegawai
berbangsa cina, namanya tidak saya ingat. Supt Mastor menyatakan bahawa
beliau telah dimaklumkan oleh DSP Musa tentang saya dan bertanya adakah
saya ingin serahkan apa-apa barang peribadi kepada beliau. Saya jawab
ada dan saya serah dompet saya. Saya juga menyatakan bahawa saya ada
bawa pistol dan saya lihat perubahan pada wajah mereka bertiga di dalam
bilik tersebut. Saya serahkan satu kelopak peluru yang mengandungi
peluru dan saya kosongkan senjata saya yang sentiasa ada satu peluru
dalam kurung (chamber) sebelum diserahkan kepada Supt Mastor. Apabila pistol beralih tangan, saya nampak dengan jelas muka
mereka yang ada di dalam bilik tersebut lega dan bila saya toleh ke
belakang ramai lagi anggota dan pegawai berada di luar bilik tersebut.
Apabila pegawai dan anggota D9 termasuk DSP Khairi yang mengambil pistol
daripada Supt Mastor beredar, Supt Mastor berbisik kepada saya dan
beritahu saya untuk beri kerjasama dalam soal siasat agar siasatan cepat
selesai dan sebarang perkara berbangkit akan dibantu beliau. Saya
mengiyakan.



(55) Sewaktu direman di Penjara Sungai Buloh, peguam
Zulkifli Noordin kerap datang berjumpa dengan saya dan beliau berjanji
untuk menjadi peguam bela saya untuk kes ini. Sebagai peguam bela,
beliau memerlukan maklumat tentang kes saya untuk prosiding perbicaraan
dan pembelaan di mahkamah. Dalam perbincangan untuk menghadapi
perbicaraan, Zulkifli Noordin telah menyediakan satu representasi kepada
pejabat Peguam Negara untuk memohon pertuduhan dari seksyen 302 Kanun
Keseksaan diturunkan kepada seksyen 304 Kanun Keseksaan atas alasan
bahawa saya mengikut arahan pihak atasan. Zulkifli Noordin menyediakan
pembelaan dalam kes saya sebagai superior order tetapi saya tidak
bersetuju dengan pembelaan tersebut. Pada waktu itu, pilihan raya kecil
Ijok akan diadakan dalam masa terdekat. Melalui maklumat daripada ahli
keluarga dan rakan-rakan saya yang datang melawat di penjara, mereka
memberitahu saya bahawa keadaan di luar agak kecoh kerana Zulkifli
Noordin telah berkempen bagi pihak PKR menggunakan bahan kempen isu
pembunuhan perempuan Mongolia yang mengaitkan dengan pembabitan TPM.
Saya jadi serba salah kerana Zulkifli Noordin telah menggunakan isu kes
saya sebagai bahan kempen pilihan raya kecil tersebut dan ini
membabitkan TPM sedangkan TPM telah berpesan kepada saya agar menyimpan
rahsia. Pada saya Zulkifli Noordin sebagai seorang peguam
bertanggungjawab menyimpan rahsia dan arahan anak guamnya tetapi yang
sebaliknya telah berlaku. Akibat daripada itu, saya kesal dengan
tindakan Zulkifli Noordin.



(56) Oleh sebab tersebut, saya ada
berbincang berkenaan kes saya dengan peguam-peguam Iain antaranya,
peguam bela rakan banduan saya, Sahari Usul, iaitu peguam bernama
Kuldeep Kumar. Saya membuat keputusan melantik beliau sebagai peguam
bela saya dan saya telah memberhentikan perkhidmatan Zulkifli Noordin.
Sewaktu reman, Razak Baginda juga ada memberitahu saya supaya tidak
melantik Zulkifli Noordin sebagai peguam bela kerana beliau merupakan
ahli pembangkang — bagaimana TPM hendak bantu jika peguam bela saya
daripada pembangkang — maka saya perlu lantik peguam Iain dan TPM akan
beri bantuan dalam kes ini. Razak Baginda juga berjanji apabila beliau
sudah bebas, beliau akan bantu saya dan Sirul. Pada masa yang sama, saya
telah melantik Dato' Hazman Ahmad sebagai peguam bela saya.



(57)
Saya menyatakan bahawa sepanjang perjalanan operasi sulit ini saya
bertindak mengikut arahan daripada TPM yang juga Menteri Pertahanan
berdasarkan maklumat sepertimana yang diberikan Razak Baginda dan DSP
Musa, dan saya percaya sepenuhnya bahawa ini adalah operasi sulit yang
melibatkan perisikan dan hal ancaman keselamatan negara dengan tahap
kerahsiaan yang tinggi. Saya tidak ada motif untuk merancang atau membunuh
Altantuya Shaariibuu melainkan atas arahan yang diberikan kepada saya
sebagai seorang pegawai operasi yang bertindak sebagai 'assault commander' Unit Tindakhas (UTK) PDRM yang terlibat dengan pelbagai operasi keselamatan negara dan ketenteraman awam.



(58)
Saya juga menyatakan di sini bahawa saya cukup sedar dan matang untuk
menilai apa-apa penugasan yang diamanahkan kepada saya berkenaan operasi
sulit melibatkan keselamatan negara, lebih-lebih lagi yang melibatkan
nyawa seseorang sasaran dan ancaman perisikan. Saya tidak akan sesekali
menjalankan sebarang operasi (termasuk operasi sulit untuk menembak mati
sasaran), yang mana merupakan antara sifat dan dasar kerja yang telah
diamanahkan kepada saya sebagai 'assault commanded’ UTK, sekiranya saya tidak mendapat arahan daripada pihak atasan.



(59)
Sebarang maklumat berkenaan sasaran di dalam kes ini tidak akan sampai
kepada saya melainkan ianya diberikan oleh DSP Musa, dan Razak Baginda
(yang tidak saya kenali sebelum ini). Saya juga tidak akan sesekali
menjalankan operasi sulit untuk membunuh dan menghapuskan Altantuya
Shaariibuu tanpa arahan terus daripada TPM yang juga Menteri Pertahanan
dan diyakinkan oleh DSP Musa bahawa operasi sulit ini adalah benar-benar
penting untuk keselamatan negara yang mana saya sebagai seorang
penjawat awam dengan suci hati telah menjalankan arahan/perinta
tersebut. Sesungguhnya, hidup dan mati saya adalah untuk tanah air yang
dicintai ini. Saya juga menyatakan bahawa saya tidak akan libatkan Sirul
dalam operasi sulit ini melainkan setelah memaklumkan berkenaan
penglibatan beliau kepada TPM, Razak Baginda, dan DSP musa untuk
dapatkan kebenaran.



(60) Sekiranya saya dibenarkan untuk membela
diri dan memberikan keterangan bersumpah di dalam sebarang kes jenayah
dan/atau sivil yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, saya
akan memberi penjelasan terperinci berkenaan kes ini di dalam keterangan
saya.



(62) Saya membuat akuan ini dengan sepenuh kepercayaan
bahawa akuan ini benar, serta menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun
1960.



Diikrar, diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui
oleh Azilah bin Hadri (No WP: 1/14055)
di Penjara Kajang
di Negeri Selangor Darul Ehsan
Pada 17 Oktober 2019

(Tandatangan)

Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

(Cop dan tandatangan pesuruhjaya sumpah)




Monday, December 9, 2019

Chua Ch Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?

PKM TELAH TIADA, JANGAN SIRAM API.

Chua Ch 


Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?
ARIF ATANDecember 12, 2017 2:44 pm 0
Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?
Mesyuarat Meja Bulat antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Komunis China (PKC) pada 7 Disember dilihat susulan daripada pertemuan kedua-dua pemimpin parti pemerintah di negara masing-masing sejak tujuh tahun lalu.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mendedahkan Umno melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PKC se
awal 4 Ogos 2010.

Urusan kemasukan warganegara China ke Malaysia sebagai pelancong, pelajar dan pemastautin juga dilihat dipermudahkan hasil pertemuan pemimpin Umno dengan pemimpin PKC tahun lalu melalui pelaksanaan sistem pengeluaran visa secara elektronik, E-visa dan program pengecualian pembayaran visa.

Bakal menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi sektor ekonomi di negara ini yang dibangunkan pemodal dari negara mereka sekali gus dibimbangi menjejaskan hak rakyat tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerajaan China menerima kesemua cadangan Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Keselamatan Awam, Guo Shengkun dan mesyuarat bersama Setiausaha Pusat, Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang, PKC, Meng Jianzhu pada Februari 2016.

Pada masa sama, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN beberapa kali mendakwa Malaysia akan mendapat manfaat besar hasil daripada pelaburan dan projek daripada “One Belt One Road” (OBOR) oleh China yang pertama kali disebut Presiden, Xi Jinping pada September 2013.

Gagasan satu wilayah satu jalan itu menyaksikan China berhasrat untuk membina laluan bersepadu merangkumi jalan raya, landasan kereta api dan pelabuhan di negara yang bersempadan dengan wilayahnya.

Peta laluan HSR Kuala Lumpur – Singapura.

Ekoran itu, pemberian kontrak dan penjualan aset strategik milik negara kepada syarikat-syarikat milik kerajaan China menyaksikan trend yang semakin ketara ketika Malaysia terus dibebani hutang mencecah RM685 bilion pada suku kedua 2017.

Hal ini termasuklah kesediaan China memberi hutang dalam kuantiti besar melalui pinjaman mudah kepada Malaysia bagi sejumlah projek mega antaranya projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Majlis pecah tanah projek yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Tumpat, Kelantan sepanjang 688 kilometer pada 9 Ogos lepas itu turut menyaksikan kehadiran Ahli Majlis Negeri China, Wang Yong selaku wakil khas Xi Jinping; pegawai kanan kerajaan China serta pemegang kepentingan projek tersebut.

Serentak itu, China dilihat turut mengukuhkan rangkaian pertahanan dan pengangkutan lautnya melalui minat republik itu dalam projek pembangunan pelabuhan laut dalam di Melaka Gateway, Pulau Melaka membabitkan dua syarikat pelabuhan terbesar China dengan pelaburan mencecah RM8 bilion.

Melaka Gateway menyaksikan pelaburan China berjumlah RM8 bilion.

Projek Taman Perindustrian Maritim dan Taman Perindustrian Guangdong-Melaka bagi pengeluaran barangan pengguna elektrik selain pembinaan sejumlah kawasan guna tanah bagi tujuan perdagangan dan perniagaan juga dipersetujui pada pertemuan antara kerajaan negeri Melaka dan Wilayah Guangdong pada 21 September 2015.

Bahkan dua tahun sebelum itu, pelaburan China mulai tertumpu di Kuantan pada ketika republik tersebut galak dengan tuntutan terhadap sebahagian besar laluan perdagangan antarabangsa di Laut China Selatan.

Di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng, Kuantan, pelaburan China melibatkan pembinaan kilang besi, kilang aluminium dan loji penapisan minyak sawit selepas pemeteraian perjanjian yang turut disaksikan Najib pada 5 Februari 2013.

Najib pada ketika itu juga mengumumkan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd akan bekerjasama dengan IJM Corporation Berhad bagi projek pembesaran Pelabuhan Kuantan merangkumi pembinaan terminal laut dalam yang baharu dengan kos pelaburan menelan lebih RM3 bilion.

Projek Bandar Malaysia menyaksikan hasrat China untuk membina bandar bawah tanah terbesar di dunia.

Namun, penguasaan 49 peratus syarikat milik kerajaan China itu dalam MCKIP serta pegangan 40 peratus dalam Pelabuhan Kuantan mengundang kebimbangan tentang aspek keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Akhir 2015 juga menyaksikan loji-loji penjanaan elektrik Edra Global Energy, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijual kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) dengan harga RM9.8 bilion walaupun penjana bebas itu dibeli daripada pemilik tempatan dengan harga RM12 bilion.

Seterusnya, 1MDB pada Mac 2016 telah menjual 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia, iaitu tapak lapangan terbang lama Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kepada syarikat usaha sama Malaysia dengan China Railway Construction Engineering (CREC).


andar Malaysia seluas 197 hektar yang akan menjadi pusat rangkaian kereta api dalam pelan besar-besaran China melalui OBOR itu juga diuar-uarkan akan menyaksikan kemunculan bandar bawah tanah terbesar di dunia.

Pentadbiran Najib juga dilihat terlalu bergantung kepada pinjaman dana dari China bagi projek raksasa lain seperti pusat kewangan antarabangsa, Tun Razak Exchange (TRX) seluas 28 hektar di tengah-tengah ibu negara serta projek Forest City merangkumi 1,370 hektar di Johor dengan pelaburan berjumlah RM450 bilion.

Perkembangan kerjasama dua hala BN dengan PKC turut diperkukuh melalui ko
mitmen Persatuan Cina Malaysia (MCA) sebagai parti komponen rejim pemerintah itu dalam langkah meningkatkan apa yang dipanggil sebagai perkongsian di semua peringkat.

Buktinya, Ahli Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao yang juga Menteri di Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC dilapor amat menghargai usaha MCA membantu memperkukuhkan kerjasama antara China dengan Malaysia.

Pertemuan Song dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tahun lalu itu yang dilaporkan akhbar milik MCA, The Star pada 6 April 2016 berkaitan inisiatif China yang dikenali sebagai Jajaran Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Kemuncak siri pertemuan pemimpin BN dan PKC arkhirnya menyaksikan 14 MoU Malaysia – China ditandatangani pada 1 November 2016 membabitkan sektor pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...