PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal
sekeras-kerasnya laporan akhbar tempatan bahawa mereka meraih keuntungan
dengan mengaturkan program latihan dan perlawanan persahabatan di
Australia.
FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata kunjungan Harimau Malaya ke
Australia tidak sepatutnya timbul kerana apa yang dilakukan mendapat
kelulusan pihak pengurusan tertinggi badan induk tanah air itu.
“Di peringkat pertama, permohonan untuk Kem Latihan di luar negara akan
dikemukakan oleh Ketua Jurulatih dengan persetujuan Pengurus Pasukan
kepada Sekretariat FAM.
“Sekretariat FAM seterusnya akan mempersembahkan permohonan serta
anggaran perbelanjaan kepada KDYMM Tuanku Presiden FAM merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan-Pasukan Kebangsaan, Sultan Haji Ahmad
Shah untuk diperkenan Baginda
“Hanya selepas diluluskan oleh KDYMM Tuanku Presiden FAM, dan sesuai
dengan kemampuan kewangan FAM, barulah pasukan berkenaan akan membuat
persediaan selanjutnya untuk Kem Latihan di luar negara dan prosedur
yang sama dipraktikkan untuk semua Pasukan-Pasukan Kebangsaan.
“Jadi, adalah sama sekali tidak berasas untuk mana-mana pihak mendakwa
bahawa ada individu atau pihak tertentu membuat keputusan secara
tersendiri dan mendapat keuntungan atau meraih habuan daripada program
itu,” katanya.
Sehubungan itu katanya, mereka memohon kerjasama daripada pihak media
untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada FAM sebelum
melaporkan berita-berita yang berunsur negatif dan tidak berasas.
Ini kerana, berita-berita tidak berasas seumpama itu memberi tanggapan negatif terhadap FAM.
Apa yang diperkatakan FAM itu reaksi mengenai dakwaan wakil PFSLJ,
Alfadli Awaludin dalam laporan Arena Metro semalam bahawa ada pihak yang
meraih keuntungan dengan mengaturkan program latihan dan perlawanan
persahabatan di Australia.
Menurut Alfadli, pasti ada sesuatu yang tidak kena apabila FAM menolak
mentah-mentah perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad juara
Piala AFF 2012, Singapura dan memilih untuk ke Australia bagi bertemu
kelab bertaraf ‘Liga Perdana’, Canberra FC, Sydney Olympic FC dan
Marconi Stallion.
Untuk rekod, siri jelajah Australia itu merupakan persiapan Datuk K
Rajagobal membentuk barisan terbaik sebelum berdepan Bahrain di Stadium
Nasional, Bukit Jalil dalam aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia
2015 pada 15 Oktober depan.
Ketika ini, skuad negara menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga
mata selepas dikecewakan Qatar 0-2 sebelum kembali bangkit mengecewakan
Yemen 2-1 di Stadium Shah Alam, 22 Mac lalu.
Harimau Malaya juga bakal berdepan Chelsea pada 21 Julai dan Barcelona
(10 Ogos) dalam dua lagi aksi persahabatan sebelum menyambung misi dalam
kempen kelayakan Piala Asia 2015.
Showing posts with label FAM BUSUK. Show all posts
Showing posts with label FAM BUSUK. Show all posts
Tuesday, June 11, 2013
Friday, May 31, 2013
FAM BUSUK MACAM LONGKANG ... KENAPA PBNP DIBERI KEUTAMAAN SEDANGKAN KEKECOHAN DISEBABKAN KEBURUKAN PENGURUSAN PENGELOLAAN DI PAHANG..
60,000 untuk Pahang? Ini tidak adil!
DINASIHATKAN
SEMUA PENYOKONG JDT BERSEDIA DENGAN SEGALA BUKTI KECEDERAAN FIZIKAL DAN
MENTAL, KERUGIAN HARTA BENDA DAN RAKAMAN KEBURUKAN PENGURUSAN
PENGELOLAAN PBNP ... FAM BERAT SEBELAH. DICADANGKAN KELAB PENYOKONG JDT
BAWA KES INI KE MAHKAMAH TUNTUT GANTIRUGI KEPADA PBNP DAN FAM ?
PENYOKONG JDT ADA HAK MENYAMAN PBNP DAN FAM .... BARU ADIL RASANYA....
Kenyataan dikeluarkan PBNJ hari ini menyebut FAM sepatutnya menjadi organisasi pentadbir bola sepak Malaysia yang telus dan adil, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila badan induk bola sepak itu seolah-olah menyebelahi Pahang.
Katanya, tujuan bermain di gelanggang berkecuali adalah supaya berlaku adil kepada kedua-dua pasukan, namun FAM jelas menunjukkan bahawa mereka berat sebelah berkenaan agihan tiket dan bersikap menyebelahi Pahang.
"Tindakan FAM yang memberikan mereka keistimewaan bermain dan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil termasuk agihan tiket tidak seimbang seolah-olah Pahang tidak bersalah di atas insiden yang berlaku di Stadium Darul Makmur.
"Harus diingat bahawa Pahang dihukum kerana gagal mengambil langah-langkah keselamatan yang cukup dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 28hb Mei yang lalu, tetapi...ini bukanlah satu denda, tetapi hadiah buat PBNP," jelasnya.
Tambahnya: "Agihan tiket juga tidak seimbang, dengan 60,000 tiket diperuntukkan bagi Pahang dan lebihan 20,000 tiket lagi untuk jualan umum, dan tidak dkhususkan untuk penyokong Johor.
"Sebaliknya PBNJ perlu membuat rayuan bertulis kepada FAM untuk mendapatkan peruntukan tiket dan itu pun atas budi bicara FAM. "Secara realitinya, penyokong Johor yang dihukum kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan tiket, belanja tambahan untuk perjalanan serta trauma fizikal dan mental setelah insiden Selasa lalu, selain kerosakan harta benda," katanya.
Hari ini, satu mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan di Wisma FAM membuat keputusan bahawa sejumlah 60,000 tiket untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini akan diberikan kepada PBNP.
Penolong Setiausaha Agung (Tempatan) FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud berkata jumlah berkenaan diberikan kepada PBNP berdasarkan hak mereka selaku tuan rumah.
Terdahulu, perlawanan tersebut yang sepatutnya diadakan di Stadium Darul makmur, Kuantan, Isnin lepas tidak dapat diteruskan berikutan kekecohan penyokong. Pada masa sama, PBNJ turut menyelar sikap FAM yang lebih mengutamakan mendapatkan hasil jualan tiket untuk Pahang berbanding keselamatan penyokong. Ini kerana katanya, meskipun PBNJ telah memohon supaya perlawanan pada hari Sabtu ini diadakan dalam stadium tanpa penonton, kerana mengutamakan keselematan penyokong, memandangkan situasi masih lagi tegang daripada insiden Selasa lepas, namum perkara itu tidak diendahkan oleh badan induk bola sepak itu.
"Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di Stadium Bukit Jalil, siapa yang akan bertanggungjawab, PBNP atau FAM?.
"Jika berlaku insiden yang sama di Stadium Larkin Johor Bahru, atau di Perak, Selangor, atau mana-mana negeri yang lain, adakah keistimewaan menggunakan Stadium Bukit Jalil akan diberikan dan hasil jualan tiket akan disalurkan kepada persatuan-persatuan bolasepak yang berkenaan.
"FAM telah menunjukkan bahawa mereka boleh berat sebelah berkenaan agihan tiket.
Adakah pengadil juga boleh menjadi berat sebelah, kerana mereka di bawah bidang kuasa FAM," ujarnya. Untuk rekod, JDT menang 1-0 ke atas Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.
Pemenang perlawanan itu akan menentang juara bertahan, Kelantan pada final Piala FA, 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas pasukan itu menundukkan jiran mereka, Terengganu dengan keputusan agregat 6-5, Isnin lepas. - SinarHarian.
Label:
FAM BUSUK
Subscribe to:
Posts (Atom)

