Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Datuk A Kadir Jasin : Surendran Pemimpin Angkuh, Penakut dan 'kecut teloq' Enggan menandatangani borang yang melibatkan Syarat indemniti.


Kalau tidak berani, tidak perlu cakap besar, demikian sindiran yang diberikan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berhubung keengganan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N Surendran untuk menandatangani borang yang melibatkan syarat indemniti.

Menurut beliau, syarat yang terkandung di dalam surat tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu ditandatangani oleh mana-mana pihak yang berkeinginan untuk menyertai operasi pihak berkuasa termasuk tentera.

Kadir yang juga merupakan bekas wartawan tidak menafikan hakikat bahawa beliau sendiri pernah menandatangani borang tersebut bagi membolehkan untuk menyertai operasi mahupun lawatan yang melibatkan pihak berkuasa.

"Kalau tidak berani menyabung nyawa, tak perlulah cakap besar.

"Wartawan pun dikenakan syarat yang sama, misalnya sebelum seorang wartawan menaiki pesawat TUDM atau pesawat milik kerajaan mereka perlu dulu menandatangani surat indemniti itu, jadi ini adalah perkara biasa.

"Sepanjang pengalaman saya, masa saya naik kapal terbang tentera dulu memang begitulah," katanya yang dihubungi Antarapos.


Peguam PKR, R Sivarasa menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menimbang semula keengganan untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan Surendran ketika mengikut operasi yang dijalankan polis.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Padang Serai itu dikatakan sudah bersetuju dengan hampir kesemua syarat yang diletakkan pihak polis namun meminta dua syarat yang melibatkan keselamatan itu dipertimbangkan semula.

Namun, keengganan Surendran dan halangan Sivarasa itu dilihat sebagai satu alasan yang dianggap dangkal oleh mereka yang selama ini mempertikaikan operasi polis demi mempertahankan negara daripada ancaman jenayah.

"Orang bodoh ini dia cakap banyak. Tak perlu bagi alasan banyak-banyak, kalau dia tak mahu tanda tangan tak usah ikutlah.

"Orang-orang macam ini jangan layan sangat, dia orang ini bangsa yang suka bercakap.

"Kalau kain panjang sejengkal, lautan dalam jangan diuji, itu sahajalah," tegas Kadir sekali lagi sebagai meminta Surendran mengakui kegusarannya itu untuk menyertai operasi polis.

Terdahulu Surendran mahu menyertai operasi polis ekoran tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka yang menembak penjenayah secara melulu.

Beliau juga tidak bersetuju dengan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diusulkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggunakan dasar "tembak dahulu" kepada penjenayah.

Wednesday, February 20, 2013

PAS DAN PKR BERGADUH PERIHAL KALIMAH ALLAH.. SEDARLAH PENYOKONG PAS DAN MELAYU PKR

Harun Taib Melenting Kata Kata Fuziah ...Kalimah: PKR 'sama taraf' dengan DAP


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja."PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.
Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.
“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain,  ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya.Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam  asalkan tidak menghina Islam.Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...