Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, January 8, 2020

SPRM dedah 9 rakaman audio didakwa konspirasi jenayah tertinggi


 

SPRM dedah 9 rakaman audio didakwa konspirasi jenayah tertinggi

7,612 views
Jan 7, 2020
 


Sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Sebahagian daripada petikan rakaman percakapan berkenaan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.

SUBSCRIBE to NJOI AWANI:
https://www.youtube.com/user/njoiawan...

Visit http://www.astroawani.com for more news
Astro AWANI LIVE 

SPRM dedah rakaman perbualan Najib minta pinjaman UAE untuk filem Riza


 

‘Najib cuba buat dana filem Riza kelihatan seperti pinjaman UAE’

Diterbitkan
Rakaman telefon yang dihantar kepada SPRM mendedahkan bahawa susulan
saman pelucutanhak Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat pada tahun
2016, bekas perdana menteri Najib Razak cuba untuk melindungi anak
tirinya, Riza Aziz.

SPRM yakin bahawa rakaman yang diterimanya itu adalah tulen.

Menurut
suruhanjaya itu, Najib membuat dua panggilan telefon pada 22 Julai 2016
kepada Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu Mohammed bin Zayed Al
Nahyan.

Dalam rakaman yang dimainkan kepada media, Najib didengar membuat "permintaan peribadi" kepada Mohammed berhubung dengan Riza.
"Saya juga memohon permintaan peribadi Yang Mulia, mengenai Riza dan filemnya.

"Masalahnya
kecil sahaja, mungkin boleh ada perjanjian dengan Sheikh Mansour untuk
menandatangani perjanjian. Dia (Riza) akan membayar mengikut jadual,
yang akan menunjukkan bahawa ini adalah pakej pembiayaan yang sah, bukan
pengubahan wang haram," katanya.

Sheikh berkenaan merujuk kepada
Mansour bin Zayed al Nahyan, yang merupakan pengerusi International
Petroleum Investment Company (IPIC) ketika itu.

Najib kemudiannya berkata: "Buat masa ini dia (Riza) di bawah sedikit tekanan, dia dijadikan kambing hitam."

"Saya
amat menghargai jika perjanjian itu boleh ditandatangani secepat
mungkin dengan Sheikh Mansour, supaya dia dapat mula membayar, jadi ini
akan kelihatan sebagai perjanjian pinjaman yang sah.

"Kerana apabila dia (Riza) menerimanya, bank-bank membersihkan sumber wangnya. Dia tidak tahu dari mana asalnya.

"Saya
tidak mahu dia menjadi mangsa sedangkan dia benar-benar percaya bahawa
wang itu adalah dari Aabar, juga ingat ketika kami berjumpa semasa makan
tengah hari ... Yang Mulia juga bercakap tentang mahu membantunya,"
tambah Najib.

Sebelum ini pada 2016, DOJ mendakwa syarikat Red
Granite Pictures menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB untuk
membiayai filem-filemnya, termasuk The Wolf of Wall Street.

Dalam
panggilan telefon sebelum ini pada 22 Julai 2016, Najib memberitahu
Putera Mahkota Mohammed bahawa pengumuman DOJ telah meletakkan "awan
gelap" menyelubungi Malaysia.

Najib kemudian berkata adalah
penting bagi Malaysia dan UAE untuk menyelesaikan kebuntuan mengenai
1MDB dan, yang dipercayai berkaitan dengan kegagalan 1MDB untuk membayar
bon yang dijamin oleh IPIC.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...