Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Bajet2017. Show all posts
Showing posts with label Bajet2017. Show all posts

Monday, October 24, 2016

"Mengapa kita tubuhkan 1MDB," soal Husni kepada Najib

                         

Bajet 2017: ‘Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya...’

Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberi amaran bahawa matlamat Bajet 2017 tidak akan tercapai jika peruntukan kerajaan itu tidak disalurkan dengan betul.
“Fokus betul-betul. Jangan bagi sini sikit, situ sikit dan akhirnya it becomes nothing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Kita beri (peruntukan) kepada semua orang hingga ia jadi begitu sedikit," katanya.
Ini adalah kali pertama Husni membahas sejak digugurkan jawatannya pada bulan Jun, selepas diberitahu bahawa beliau akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan kabinet.
Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian untuk mengetahui sektor mana yang seharusnya pelaburan dibuat.
Ini katanya, adalah bagaimana negara-negara seperti Korea Selatan mampu melonjakkan negara mereka daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi satu.
Beliau juga berkata semua kementerian perlu melihat kekuatan dan kelemahan secara holistik.

 



Friday, October 21, 2016

Ini sebab mengapa pembangkang bangun keluar Dewan Rakyat

                        

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membentangkan Belanjawan 2017 pada jam 4 petang di parlimen hari ini.

Ia dinantikan-nantikan selepas pilihan raya umum dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Bersongkok dan berbaju Melayu merah jambu, Najib membentangkan belanjawan kira-kira jam 4 petang tadi.

LAPORAN LANGSUNG
6.24pm: Najib perkenal Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk majukan negara ini dalam tempoh tiga dekad.

“TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi.

"Harapan masa depan Malaysia kita baharui,” katanya.
6:17pm: RM85j diumumkan untuk PERMATA, melibatkan 50,000 kanak-kanak. Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia akan ditubuhkan.
5.57pm: Dewan kecoh selepas anggota parlimen pembangkang mengangkat plakad “Siapa MO1”.
Ia berlaku ketika Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.
Speaker kemudian campur tangan dan meminta menteri kewangan tidak diganggu ketika membentangkan bajet.
Speaker juga kelihatan berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.
Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dari dewan.

Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.
Internet jalur lebar: Laju berganda, harga sama
5.44pm: Pemberian biasiswa diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:
JPA: RM1.6 bilion
MARA: RM2 bilion
Kementerian Pendidikan Tinggi: RM250 juta
Kementerian Kesihatan: RM208 juta

5.38pm: Bermula Jan 2017, Internet jalur lebar ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s degan harga RM149 akan dapat 10mb/s.
Dalam tempoh dua tahun bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus.

Galakan untuk Uber, insentif pada teksi
5.25pm: Najib dilihat ambil jalan tengah dengan galakkan perkhidmatan seperti Uber, tetapi dalam masa yang sama memberi insentif kepada pemandu teksi.
Untuk teksi, geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal.
Pemandu teksi perlu mencarum antara RM157 hingga RM443 setahun atau RM13.08 sebulan dan layak menuntut PERKESO jika kemalangan di waktu kerja.

Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 hingga RM2,655 sebulan.

BR1M naik, bukan dedak
5.05pm: Bantuan BR1M dinaikkan kepada:
  • Isi rumah berpendapatan bawah RM3,000: RM1,200
  • Isu rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM900
  • Individu bujang berpendapatan bawah RM2,000: RM450
Najib berpantun:

Dedak bukan, umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.

Bukan negara gagal
4.47pm Dakwaan Malaysia negara gagal adalah fitnah. Negara dikira gagal jika gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas kerajaan, kata Najib.

Insentif penjawat awam - dari telefon hingga pinjaman motor
4.42pm Insentif untuk penjawat awam:
  • Cuti kuarantin anak sakit lima hari tanpa rekod
  • Kemudahan pembelian telefon pintar hingga RM5,000 tiap tiga tahun
  • Had pinjaman motosikal naik dari RM5,000 hingga RM10,00
  • Lapisan gred baru 56 diperkenal antara Gred 54 dan Jusa C
4.38pm: Najib pesan berpada-pada benci seseorang kerana ia mungkin jadi orang yang disayangi di kemudian hari. Pada masa sama, siaran langsung RTM papar gambar beliau lawat bekas mursyidul am PAS Datuk Haron Din ketika allahyarham sakit sebelum ini.

Biar seribu panah, sejuta luka...
4.32pm: Najib selar perbuatan durjana musuh-musuh luar dan tangan-tangan kotor dalam negara, yang cuba sabotaj ekonomi Malaysia. Beliau ikrar pertahan negara biar seribu panah, sejuta luka terpaksa dihadapi.

4.23pm: Pertumbuhan ekonomi dipertahankan sungguhpun harga minyak merosot hampir 50 peratus. Kesannya, kerajaan hilang pendapatan RM30 bilion daripada cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen Petronas dan cukai petroleum.

Nasi lemak Anak Dara
4.17pm: Najib saran berjimat di kedai lebih murah, lebih-lebih lagi Malaysia sebagai syurga makanan. Beliau antaranya beri contoh 'nasi lemak Anak Dara' yang cetus sensasi Internet baru-baru ini.
4.10pm: Dewan bising seketika selepas Najib berkata kerajaan BN berjaya pertahan dan kekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata 6 peratus setahun, selama hampir 60 tahun berturut-turut.
4.00pm: Najib mula bentang Belanjawan 2017.

Ucapan Najib terganggu, pembangkang tayang plakad 'Siapa MO1'

                        

Ahli Parlimen HARAPAN, termasuk Muhyiddin keluar Dewan

Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 apabila wakil rakyat Pakatan Harapan bertindak meninggalkan dewan.
Semuanya bermula apabila Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.
Jelasnya, bajet yang dibentangkan hari ini bukannya satu sandiwara atau belanjawan pilihan raya seperti yang didakwa.
Wakil rakyat pembangkang kecuali PAS bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu.
Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.
Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan.
Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belajawan.
Turut meninggalkan Dewan adalah bekas timbvalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini adalah pengerusi BERSATU.
Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS.
                        


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...