KUALA LUMPUR 1 April - Peguam, Karpal Singh antara tujuh saksi yang
akan dipanggil pada perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara,
Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti
biseksual.
Keterangan Pengerusi DAP itu, menurut peguam terkemuka, Datuk Seri
Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan amat penting
kerana Karpal adalah saksi berguna dan keterangan Ahlli Parlimen Bukit
Gelugor itu dapat membantu pihaknya.
Muhammad Shafee berkata, beliau telah diarahkan untuk mendapatkan
sapina terhadap Karpal kerana antara 22 Oktober dan 18 Disember 1997,
Karpal di Parlimen mengatakan beliau mendapat Perakuan Berkanun (SD)
bekas pemandu isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Azizan Abu Bakar berhubung kejadian liwat.
Tambahan pula, menurut beliau, Azizan dan ahli perniagaan, Ummi
Hafilda Ali yang tersenarai sebagai saksi Nallakaruppan juga pernah
bertemu Karpal untuk mendedahkan kejadian liwat dalam pendakwaan
pertama terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di
luar Mahkamah Tinggi di sini hari ini, sejurus selesai mengendalikan
satu kes lain.
Bagaimanapun Muhammad Shafee berkata, pihaknya masih belum
mendapatkan perintah sapina memandangkan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer
Alam Mydin Meera yang mendengar perbicaraan kes saman itu menetapkan 24
April ini bagi pengurusan kes.
Anwar menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung
petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac
2012 di muka surat hadapan bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi
Ketua Pembangkang - Nalla" dan berita penuh di muka surat enam
bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual. - UTUSAN
Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts
Monday, April 1, 2013
Sunday, March 3, 2013
TIBAI Cabar Anwar Saman Reuters, Perisikan Filipina
Telor Nuar Kena 'TIBAI'
TIBAI Cabar Anwar Saman Reuters, Perisikan Filipina
KUALA LUMPUR 3 Mac
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar untuk
mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita asing Reuters
dan perisikan Filipina yang menuduh beliau sebagai dalang di sebalik
pencerobohan tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu.
Mursyidul Am
Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip
berkata, keputusan Anwar yang hanya mahu mengemukakan saman terhadap
akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 yang memetik laporan
Reuters itu sebagai tindakan seorang pengecut.
"Perkara
tersebut didedahkan oleh perisikan di Manila dan dilaporkan oleh
Reuters. (Jadi) Saya cabar dia saman Reuters dan perisikan Manila,"
katanya kepada Utusan Online hari ini.
Muhammad Zahid turut mencabar Anwar menjawab soalan-soalan berikut:
- Apakah tujuan sebenar beliau bertemu dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari?
- Adakah Anwar ingin memburukkan hubungan di antara Kuala Lumpur dan Manila?
- Adakah Anwar ingin menjejaskan usaha Malaysia dalam membantu menangani masalah Bangsamoro?
"Saya pasti pertemuan tersebut bukan pertemuan antara dua orang sahabat tetapi lebih dari itu," katanya.
Sementara itu,
salah seorang peguam Anwar, N. Surendran ketika dihubungi mengesahkan
bahawa tindakan saman akan diambil ke atas Utusan Malaysia yang didakwa
telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, tidak berasas dan boleh
menggugat keselamatan negara.
Tambahnya,
tindakan serupa juga akan diambil terhadap mana-mana media yang
mengeluarkan kenyataan fitnah ke atas Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun,
ketika ditanya sama ada tindakan serupa akan diambil ke atas Reuters,
Surendan hanya menjawab: "We'll see (Kita akan tengok dulu)". [SUMBER]
Label:
saman
Subscribe to:
Posts (Atom)










