Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label amanat hadi pas. Show all posts
Showing posts with label amanat hadi pas. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Kerjasama PAS Bersama PAKATAN RAKYAT semakin Memecah-belahkan Umat Islam..

Terbukti : Haji Hadi Akui Kerjasama PAS Bersama PAKATAN RAKYAT Hanya Berasaskan KEUNTUNGAN?!!!

Semuanya semakin jelas.


Hadi Awang hari ini mengakui bahawa kerjasama di antara PAS bersama Pakatan Rakyat sememangnya berasaskan keuntungan. 

Mudir Pondok Saa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Ustaz Zainal Abidin Awang menyeru semua pihak menyokong sepenuhnya usah-usaha ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, beliau kesal seruan perpaduan umat Islam selaras perintah Allah S.W.T. tidak diendahkan, malah ditolak sesetengah yang melaungkan slogan Islam.

Beliau berkata, memandangkan kedudukan Melayu dan umat Islam hari ini, langkah ke arah berkenaan amat perlu untuk meninggikan syiar dan mempertahankan kedaulatan Islam.


Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu sedikit mengelirukan admin, beliau dipetik berkata penyatuan mereka di dalam Pakatan Rakyat dilakukan semata untuk menguntungkan melayu dan islam itu sendiri.

Persoalannya benarkah penyatuan PAS bersama Pakatan Rakyat membawa keuntungan kepada orang melayu dan umat islam dinegara ini?

UCAPAN DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG DALAM MAJLIS PERASMIAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAS GAMTI UMNO (PGU) 7.0 DI KG. BANGGOL PERADONG, KUALA NERUS , TERENGGANU PADA 16 FEBRUARI 2013
Kalau melihat PAS sekarang sudah amat tertekannya kerana semakin ramai ahlinya meninggalkan PAS secara berperingkat peringkat...inilah Presiden buat kenyataan begini...Sebelum pada ini PAS mana berani menyebut tentang nasib orang melayu?Ini buka direka reka ....opppp video itu besi...kah kah kah 

Sekiranya PAS ikhlas mahu memastikan orang melayu dan umat islam meraih keuntungan di dalam politik, admin melihat mereka perlu untuk bersatu dengan UMNO berbanding Pakatan Rakyat yang dilihat lebih rasis dan sering mahu memenangkan penganut kristian.
Sekiranya benar mereka turut memperjuangkan melayu dan islam, maka apa yang paparkan melalui video di bawah ini adalah 100% tidak tepat dan mempunyai unsur fitnah. Admin cadangkan agar kepimpinan PAS mengambil tindakan saman sekiranya apa yang didedahkannya tidak benar.


Saturday, January 19, 2013

MENGIKUT AMANAT HAJI HADI : Pas Akan Keluar Pakatan Rakyat? KALAU tak mahu Jadi KAFIR???




Dr.Haron Din (Timbalan Murshidul Am PAS) mengemukakan pandangan beliau berkenaan isu penggunaan kalimah Allah. Ikuti pandangan beliau.






Penerangan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia. Disampaikan oleh Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir di dalam rancangan Detik Semasa terbitan islam4peace.net. Layari www.islam4peace.net untuk menjadi ahli web komuniti dakwah ini.

[Pakatan Tolak Islam] Karpal harap Majlis Syura kaji semula pendirian (Isu Kalimah Allah)

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.
Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.
"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. 




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.Abdul Hadi turut memberitahu kenyataan beliau pada 7 Januari 2010 dan buku bertajuk "Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah" adalah konsisten sepertimana pendirian parti itu pada hari ini.Beliau turut berkata isu ini tidak sepatutnya disalahguna sehingga menimbulkan kekeliruan.

PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?

Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. 

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Monday, December 17, 2012

RIBUAN PENGIKUT TEGAR PAS GESA TARIK BALIK AMANAT HAJI HADI

AIR MATA MEMALI! HADI DIDESAK TARIK BALIK AMANAT MENGKAFIRKAN UMNO!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C. N al-Afghani berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila


Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.

"Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.


"Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ yang bakal dilemparkan pemimpin Pas termasuk ‘tuduhan wajib’ seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

"Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 


Haji Hadi Wajib Tarik Balik Amanat Tuduh UMNO Kafir! - Mufti 

"Hadi Awang wajib tarik balik," itulah yang dikatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria ketika diminta mengulas mengenai amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang telah mengkafirkan UMNO.

"Tidak semudah itu kita nak menuduh orang kafir. Selagi dia mengucap dua kalimah syahadah, macamana kita nak tuduh orang kafir... itu hanya satu pendapat yang melulu dan tidak ada asas. Ini bukan dari segi parti tapi dari segi syarak, saya ketengah bagi menjawab perkara ini," ujarnya kepada UMNO-Online.

Di dalam amanat tersebut, Hadi Awang telah mengatakan bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana telah lama memerintah tetapi kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyah.



Hadi Awang turut menyebut bahawa perjuangan PAS menentang UMNO dan BN ini adalah jihad dan mati mereka adalah syahid kerana menentang UMNO yang menjadi kafir disebabkan mengamalkan politik suku dan agama suku.

Akibat daripada amanat ini maka terjadi perpecahan ummah di kalangan umat Islam. Penyokong taksub PAS mula mempercayai bahawa UMNO adalah kafir yang akhirnya mengundang peristiwa Memali pada 19 November 1985. Disebabkan amanat ini jugalah tercetus permulaan solat dua imam yang semakin memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Kenyataan daripada Harussani ini turut disokong oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Menurut Wan Zahidi, fatwa Haji Hadi Awang ternyata bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah.

"Wajib tarik balik. Bahayanya bukan kepada UMNO tetapi kepada orang itu sendiri... Mereka sendiri yang boleh jadi kafir... Kita kena kembali semula kepada ajaran sunnah wal jamaah... tuduhan ini boleh menyebabkan semua amalan seseorang itu tidak diterima oleh Allah SWT...," jelas beliau. -UMNOonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...