Saturday, April 20, 2013
DATUK HASSAN ALI TIDAK BERTANDING PADA PRU13
Wednesday, February 20, 2013
KALIMAH ALLAH : KERANA KEKUFURAN PEMIMPIN PAS , TG DATO HARUN DIN MESTI KELUAR DARIPADA PAS.
Haron Din perlu tinggalkan Pas
SHAH ALAM – Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.
Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.
“Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.
“Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.
Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.
“Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan,” katanya.Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, “Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang”.
“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.
“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.
SUMBER
Wednesday, February 13, 2013
PRO ULAMA' PAS TAMPIL DEDAH SALAH GUNA KUASA PARASIT.
Lebih memualkan kegiatan politik yang mentafsir maksud tersirat penyalahgunaan kuasa dan wang yang rakus.
Saturday, May 19, 2012
PENDEDAHAN SKANDAL PEMIMPIN PEMBANGKANG!!!
Aci Ambiga Dibogelkan!!!
Skandal Fuziah Di Dedahkan!!!
Apa Salah Hassan Ali
Monday, May 14, 2012
JATI MEMAUT HATI ORANG KELANTAN : Dr Hasan Ali Buat Abang Mat Sabu Tersipu-sipu Di Kelantan
Malapetaka Untuk PAS Di Kelantan
Seperti orang yang sengaja mencari pasal, Dr Hasan Ali melepasi sempadan negerinya Selangor lantas berucap di pentas ceramah di benteng terakhir PAS, Kelantan.
Kehadiran yang dilaporkan adalah seramai 3,000 orang ke ceramahnya di Pasir Puteh Kelantan pada 12 Mei 2011.


Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah tiang seri pengarang jantung hati PAS, rakyatnya setia sehidup semati kekal bersama PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya walau secuit pun tidak mampu menggugat keteguhan sokongan rakayt Kelantan kepada Nik Aziz selaku pemimpin PAS tersohor.



Saturday, May 12, 2012
KEPADA AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS CONTOHILAH USTAZ HASSAN BASRI BERANI MENGKRITIK KEPIMPINAN PAS YG GAGAL
Video Eksklusif !!! Pendedahan mengapa Hassan Basri menentang PAS yang di anggotainya sehingga kini
Tuesday, May 8, 2012
Hasan Ali Saman Khalid Samad & Mahfudz Omar.
Saturday, March 31, 2012
“Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru?”
2 HARI LAGI HASAN ALI AKAN BUATKAN DAP PANAS BONTOT..??
Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru?”
Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas.
Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan.
Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.
Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.
Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius.
Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.
Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.
Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.
Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan.
Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.
Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)
"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka".
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/03/2-hari-lagi-hasan-ali-akan-buatkan-dap.html
Saturday, March 17, 2012
HASSAN ALI - Roadshow "Aqidah & Kuasa Ketiga" di Kampung SG. Gulang-gulang, Kuala Selangor

KITA HAYATI UCAPAN PENUH DATUK DR HASAN ALI DI BAWAH
Roadshow "Aqidah & Kuasa Ketiga" bersama YB Datuk Dr. Hasan Ali di Kampung Sungai Gulang-gulang,Tanjung karang,Kuala Selangor pada 15 Mac 2012
UCAPAN PENUH MAKNA DARI BELIAU MEMBUATKAN SEMUA PEMIMPIN PAKATAN HARAM SEDAR !!!
Roadshow "Aqidah & Kuasa Ketiga" bersama YB Dato' Dr. Hasan Ali pada 15 Mac 2012 di Kampung Sungai Gulang-gulang, Tanjung karang, Kuala Selangor
Tuesday, March 13, 2012
Hasan Ali mahu saman Mahfuz, Khalid Samad , Kambing dan Lembu Pun Tak Boleh Fikir Macam Dia ...
BATU PAHAT – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali Datuk akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.
Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman kepada dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.
“Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia. Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini,” katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.
Ceramah berkenaan dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar daerah ini.
Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa terdapat unit di bawah KBS telah menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.
Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati. – Bernama
Kambing dan Lembu Pun Tak Boleh Fikir Macam Dia ... ( video Hasan Ali )

5:30 - Saya akan saman dia !
5:48 - TIDAK PERNAH SAMA SEKALI, Hasan tidak pernah berkomunikasi dengan Kementerian Belia dan Sukan. Wakil Hasan tidak pernah berkomunikasi dengan Kementerian Belia dan Sukan .....
Thursday, March 8, 2012
CERAMAH HASAN ALI DI KAMPUNG KUNDANG,TANJUNG SEPAT TERSEBAR !!!
Thursday, March 1, 2012
JATI : UCAPAN PENUH CERAMAH HASAN ALI DI KAMPUNG MELAYU SUBANG !!! DAN BUKTI MELAYU BERTUDUNG KE GEREJA!!

KITA HAYATI UCAPAN PENUH DATUK DR HASAN ALI DI BAWAH
Roadshow "AQIDAH & KUASA KETIGA" Bersama YB Dato' Dr. Hassan Ali di Lot 3388 Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang Pada 28 Februari 2012
UCAPAN PENUH MAKNA DARI BELIAU MEMBUATKAN SEMUA PEMIMPIN PAKATAN HARAM SEDAR !!!
Khalid Pertahankan Isu Murtad
GEMPAR!!! Gambar Melayu Bertudung Pergi Ke Gereja. @KhalidSamad
Khalid Samad dan PAS Selangor kata Dr. Hasan Ali menuduh tanpa bukti.Khalid Samad dan PAS Selangor kata gerakan kristianisasi hanya ciptaan Dr. Hasan Ali dari JATI.
Habis tu GAMBAR INI BUKAN BUKTI?
MyMassa harapkan rakan blogger sebarkan gambar ini terutamanya kepada facebook penyokong PAS yang masih menidakkan gerakan Kristianisasi dan percaya kepada tuduhan Khalid Samad terhadap Dr. Hasan Ali.
Akhir kata dari MyMassa Dan Wak Long@Man, hayati doa Dr. Hasan Ali pada HIMPUN. Marilah kita sama-sama menyokong perjuangan HIMPUN dan JATI.
Baca pendedahan lanjut di blog Mymassa.









