Adengan Tak Ingin Kita Lihat:
Karpal: Hardee, 1981 lu kata itu law kapir, 2003 lu kata Islamik? Apa
maciam?
Hadi: Karpal, 1997 lu kata Anwar peliwat, 2008 lu jadi loyer liwat
dia? Apa maciam?
Pok Nik: kito supor sokmo..ambo tau ambo nak jadi Embee laie!
Salam 2 all.
Teman tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Hadi Awang
yang mendesak diberi ruang selama satu jam siaran secara langsung di
media utama (RTM/TV3) untuk
memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Hadi 1981 yang mencetuskan
kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub & ahli seumur hidup
PAS Cikgu Zainon Ismail @ CN Al-Afghan melalui bukunya 'Kafirkah Aku'.
Desakan
DS Hadi turut disokong oleh Datuk Nik Aziz yang menyandarkan hujahnya
kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara &
membela diri.
Teman pun naik pelik dengan gelagat dema ni yop. Dema nak mintak hak
bercakap dan membela diri melalui RTM? TV3? Atau mungkin juga Utusan?
Mimpi ke apa ni yop?
Bukankah selama ini media-media utama ni RTM, TV3 & Utusan difitnah
oleh pembangkang sebagai 'media-setan'. Diberi label TV 3/4, Utusan
Setan, Utusan Meloya; sampai ada yang sanggup boikot dan bakar! Malah
sampai tidak dibenarkan buat liputan dalam majlis pembangkang!
Malah teman pernah dengar sendiri pengikut taksub buat kenyataan haram
tengok TV3 & RTM! Kalau orang UMNO mati, kapankan dengan kertas
Utusan aje!
Tup..tup!!! Dema kebuloq nak keluar dalam RTM? Biar betoi yop. Skrew
dema ni dah longgar ke atau 'alignment' politik dah gelong. Apapun,
desakan dema ni membuatkan lawak Senario jadi macam cerita Doraemon
je yop.
Desakan ini juga menimbulkan satu persoalan besar; adakah DS Hadi dan
pimpinan pembangkang terutama PAS dah tak percaya kepada media dema
sendiri Harakah! Kan bagus kalau buat penjelasan didalam Harakah;
takkan Harakah pun nak putar atau edit kenyataan Presidennya
sendiri kot?
Teman tidak menafikan syariat Islam mewajibkan
mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu
yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut
seseorang diberi hak membela diri & hak bersuara. Ini hak asasi tiap
individu!
Apa yang teman pertikaikan ialah amalan politik
dualam, cakap tak serupa bikin & demokrasi hipokrit amalan
pembangkang. Hak membela diri, hak bersuara adalah hak semua orang,
bukan hak terpilih, dan bukan hanya untuk individu terpilih!
Contohnya,
mengapa semasa PAS membat keputusan memecat Datuk Hasan Ali,
beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.
Malah,
Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan
memecat akan diambil terhadap beliau.
Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!!!
Dan yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang memecat
Hasan Ali tanpa notis dan tanpa peluang bela diri ialah DS Hadi sendiri,
malah DS Hadi yang membuat kenyataan media selepas itu mengumumkan
pemecatan Hasan Ali!
Mana
suara Datuk Nik Aziz atau DS Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak
memberi hak
bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam
tindakan
memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak
diberi hak
bersuara, malah tak diberi notis!
Tetapi bila terkena batang
hidung sendiri, dengan segera segala ayat Quran & hadis serta hukum
Islam dicedok & digali untuk melapik tuntutan & desakan mereka!
Hari ni DS Hadi pulak berkokok sakan mahu hak membela, hak memberi
penjelasan, melalui siaran langsung RTM lagi! Fenin..fenin!!!
Pada
teman, ini adalah amalan politik dualam, politik hipokrit dan cakap tak
serupa bikin yang sangat jelas. Dan yang lebih teruk, dema
mempergunakan
syariat Islam hanya untuk menghalalkan kepentingan politik mereka! Bab
orang lain, persetankan! Seolah-olah Quran dan syariat Islam tidak
terpakai kepada Hasan Ali! Adakah hanya DS Hadi sahaja yang layak
mendapat perlindungan Al Quran?
Selanjutnya, DS
Hadi memberi alasan mahukan siaran langsung di media utama kerana
khuatir "kenyataannya disunting" jika ianya rakaman! Ini yang dikatakan
bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut! Dah kalau takut kena
sunting atau kena potong, takyah lah masuk RTM atau TV3, atau Utusan!
Buat sendiri kan lagi bagus!
DS Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah & lain2
media portal
pembangkang untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia internet,
beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di
Youtube dan lain-lain. Malah beliau boleh duduk atas katil dalam bilik
peribadi dan membuat rakaman dalam bentuk
CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai. Siapa pun tak boleh kacau,
siapa pun tak boleh edit!
Dalam keadaan ruang
cukup luas ada untuk beliau memberikan penjelasan melalui media
alternatif, DS Hadi memilih untuk
mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkan ini menimbulkan
keraguan tentang niat sebenar beliau?
Selanjutnya, DS Hadi perlu
ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Hadi 1981 itu
ialah seorang pengikut taksub & bekas ahli seumur hidup PAS.
CN
Al-Afghan bukan calang orang. Beliau pernah duduk dibarisan kepimpinan
Pemuda PAS
Negeri. Malah naqib usrah beliau ialah arwah Ustad Fadil Noor, mantan
Presiden PAS! Beliau juga pejuang mujahiddin Afghanistan & Kashmir.
Malah beliau hingga kini adalah pembela balu dan keluarga syuhada Memali
dan tinggal bersama mereka! Dan
beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua KMM, Kumpulan Mujahidin
Malaysia!
Beliau yang membongkar kesan Amanat Hadi 1981 melalui
bukunya 'Kafirkah Aku'!
Beliau
turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub
dengan Amanat Hadi 1981 sehingga mengkafirkan bapa, abang; ahli
keluarganya sendiri yang
menjadi ahli atau penyokong UMNO! Dan kini beliau berasa berdosa, dan
mahu menebus dosanya. Maka beliau membongkar perkara ini, dan mendesak
DS Hadi supaya menarik balik amanat itu!
Berikutan pendedahan
beliau,
ramai lagi pengikut taksub PAS yang terpengaruh dengan Amanat Hadi
1981 tampil kedepan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang
sangat menyesatkan akibat Amanat Hadi 1981 itu.
Kita dengar
mereka
menceritakan tentang anak mengkafirkan bapa, terpaksa bernikah kali
kedua, sembelihan dari
kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah
umat Islam dari UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak
mehnah akibat Amanat Hadi 1981.
Yang menjadi mangsa, yang terpengaruh, yang mengamal, yang
melaksanakan Amanat Hadi 1981 ialah ahli, penyokong, pendokong dan
penaksub PAS! Bukan umat Melayu-Islam! Bukan rakyat Malaysia!
Umat Melayu-Islam tidak pernah mengkafirkan orang
PAS! Umat Melayu-Islam tidak pernah menikah kali kedua walaupun di
aqad-nikah oleh qadi PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah menjadi
makmum imam PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah makan daging
sembelihan orang PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah solat di
Masjid PAS! Umat Melayu-Islam tidak pernah ceraikan suami-isteri
masing-masing walaupun daripada PAS!
Pendek-kata, umat Melayu Islam tidak pernah
menerima, mengikut, mengamal apatah lagi melaksanakan Amanat Hadi 1981!
Jadi pada teman, DS Hadi tidak perlu beri
penjelasan kepada umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Umat
Melayu-Islam
semua dah faham bahawa Amanat Hadi 1981 itu bercanggah dengan aqidah dan
syariat Islam. Malah para ulama', mufti dan lain-lain telah memberikan
fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Hadi 1981 itu
bercanggah dengan syariat Islam.
Jadi umat Melayu-Islam
serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan diberi penjelasan oleh DS
Hadi
kerana umat Melayu-Islam sudah tahu. Malah umat Melayu-Islam tidak
pernah menerima, menyokong, mengamalkan, mengikut apatah lagi
melaksanakan Amanat Hadi
1981 itu.
Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah
para
pengikut taksub, ahli, penyokong dan pendokong PAS; yang sehingga ke
hari ini masih ada yang terus mengamalkan, melaksanakan dan menghayati
Amanat Hadi 1981 tersebut. Sehingga hari ini ada yang
masih mengkafirkan saudara satu agama & satu aqidah kerana amanat
itu.
Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada
Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status "syahid" Allahyarham
Ust Ibrahim Libya & 13 lain yang mati terbunuh dalam peristiwa
Memali.
Kalau Amanat Hadi 1981 itu tidak betul, bagaimana keadaan
jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan di
perkuburan Parit Panjang dalam
keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat
anggota polis yang satu aqidah turut dibunuh kononnya halal kerana
"Polis UMNO"!
Apa nasib mereka ini semua? Sebab itu mereka mahu
tahu apa status Amanat Hadi 1981 itu?
Kepada mereka
inilah yang DS Hadi wajib berikan penjelasan.
Mereka mahu tahu benarkah UMNO
kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan,
undang-undang & peraturan kafir & jahiliyah! Kerana mereka tahu
kalau tuduhan kafir kepada ahli UMNO tidak betul, kekafiran itu kembali
kepada mereka! Mereka sendiri pun takut mati kafir, walaupun diberi
jaminan masuk syurga kalau menjadi ahli dan mengundi PAS!
Kalu
Perlembagaan Malaysia kafir, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Jan 2003
DS Hadi membuat
'Amanat Hadi 2003' yang jelas menyatakan peruntukkan mengenai Islam
cukup saperti
yang ada dalam Perlembagaan! Malah Perlembagaan itu jugalah yang akan
digunakan jika pembangkang menang pilihanraya!
Jadi mereka mahu tahu, kalau Perlembagaan Persekutuan okay, cukup
peruntukkan mengenai Islam; jadi bagaimana dengan Amanat Hadi 1981 yang
menyatakan Perlembagaan, undang-undang & peraturan yang ada adalah
kafir, jahiliyah dan berbaur penjajah!
Itu yang para ahli, pengikut, penyokong dan pendokong PAS dan
pembangkang pening. Mana satu yang betul? Perlembagaan Persekutuan kafir
ke Islamik? Sebagaimana ahli, penyokong dan pendokong PAS pening dengan
Karpal Singh yang pada tahun 1997 mendedahkan Anwar peliwat, tau-tau
sekarang dah jadi loyer kes liwat Anwar pulak dah!
Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan Negara Islam dibuang! Diganti
dengan negara kebajikan!
Mereka
mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam Quran? Kalu benar, mereka
mahu tahu mengapa DS Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun
2004?
Mereka
mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan
Mursyidul Am PAS sendiri Dato' Dr Harun Din? Apakah Dokumen Negara Islam
itu kini bercanggah dengan Quran memandangkan kata DS Hadi sendiri
Negara Islam rupanya
tiada dalam Quran?
Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih
mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden
Mursi
daripada Ikhwanul Muslimin juga negara kafir?
Kalau Mesir masih
kafir, bagaimana status kelulusan DS Hadi & ramai ustad-ustad dalam
PAS yang mendapat
kelulusan & ijazah daripada Mesir? Adakah kelulusan & ijazah
mereka tidak mengikut syariat atau bercanggah dengan Islam kerana
dikeluarkan oleh universiti negara kafir?
Mereka
juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan
undang-undang penjajah, tetapi meneruskan amalan sekularisma yang
dipelopori oleh Mustafa Kamal Attarturk
walaupun kini Turki diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan dari Parti AK!
Mereka
juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia
kafir kerana masih mengekalkan undang-undang dan peraturan penjajah
Belanda &
meletakkan Pancasila sebagai rukun negara Indonesia! Malah amalan
homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia juga
kafir?
Para ahli, penyokong, pendokong dan penaksub PAS mahukan
penjelasan adakah dengan mengambil Amanat Hadi 1981 sebagai kayu
pengukur, Mesir, Turki &
Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih
mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah?
Kalau jawapannya Mesir, Turki & Indonesia tidak kafir, mereka
mahu tahu mengapa pula Malaysia & kerajaan Malaysia kafir?
Dan yang paling penting, saperti juga CN Al-Afghan, para ahli,
pengikut, penyokong dan penaksub PAS mahu tahu kalau Amanat Hadi 1981
tidak betul, mereka mahu sebelum Malaikat maut datang menjemput, mereka
mahu diberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat, memperbetulkan
kesilapan, dan memohon ampun ma'af kepada mereka yang pernah dikafirkan,
diboikot, dimaki hamun dan pelbagai caci-maki dan maki-hamun yang
pernah mereka lakukan dan keluarkan akibat terpengaruh dengan Amanat
Hadi 1981!
Sebenarnya
banyak persoalan dan penjelasan yang pengikut taksub dan ahli serta
penyokong PAS mahu
tahu daripada DS Hadi. Bukan umat Melayu-Islam di Malaysia sebab mereka
dah tahu dan memang telah menolak Amanat Hadi 1981.
Jadi DS Hadi
tidak perlu risau untuk memberi penjelasan kepada umat Melayu-Islam
mengenai Amanat Hadi 1981! DS Hadi tidak perlu memberi penjelasan
melalui media utama RTM, TV3 atau Utusan Malaysia.
Cukop
sekadar DS Hadi memberi penjelasan melalui Harakah & media
pembangkang, juga melalui Youtube dan lain-lain media alternatif. Dan DS
Hadi boleh kerahkan semua ahli, penyokong, pendokong & pengikut
taksub PAS
mengadakan perhimpunan besar untuk tujuan memberi penjelasan
itu.
Dan jika DS Hadi perlukan bantuan, beliau boleh meminta bantuan Ambiga
Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Kan Ambiga
mempunyai kepakaran untuk membuat perhimpunan, malah parti DS Hadi pun
pernah angkat Ambiga sebagai kalipah untuk perhimpunan haram dema.
Boleh
begitu DS Hadi?
Oh ya, teman dengar ramai guru-guru sekolah rendah kecewa dengan
jawapan dan respon DS Hadi bila ditanya komennya mengenai pendedahan
oleh Cikgu Non @ CN Al-Afghan, DS Hadi sekadar memperlekehkan Cikgu Non
sebagai "cikgu sekolah rendah yang hanya ajar A, B, C!!".
Adakah cikgu sekolah rendah tidak layak memberi pendapat? Adakah cikgu
sekolah rendah tidak layak memberi teguran? Adakah cikgu sekolah rendah
hanya layak menjadi tukang tampal poster PAS? Adakah cikgu sekolah
rendah hanya layak pacak bendera PAS? Adakah cikgu sekolah rendah hanya
layak jadi tukang kutip derma jihat PAS? Begitu hinakah cikgu sekolah
rendah pada pandangan Presiden PAS ini?
Sedangkan Saidina 'Umar ra sendiri pernah ditegur oleh seorang wanita
secara terbuka diatas mimbar! Tidak pulak dengar Saidina 'Umar ra
memperlekeh wanita tersebut! Malah Saidina 'Umar dengan jelas menjawab, "wanita
itu betul kerana bersandarkan kepada Al Quran, 'Umar yang silap kerana
bercanggah dengan Al Quran".
Nah, itulah jiwa seorang ulama'! Itulah peribadi seorang 'ilmuan! Itulah
sikap sebenar seorang pemimpin Islam!
Kita ambil contoh DS Najib sendiri! Beliau sanggup meminta ma'af secara
terbuka jika UMNO atau BN pernah membuat kesilapan; walaupun itu bukan
kesilapan peribadinya; walaupun kesilapan itu mungkin dilakukan oleh
pemimpin UMNO/BN yang lain! Tetapi DS Najib berjiwa besar sanggup
memohon ma'af secara terbuka bukan sahaja kepada umat Melayu-Islam,
malahan kepada seluruh rakyat Malaysia!
Sebaliknya jawapan Presiden parti yang berlabel Islam ini jelas
memperlekeh CN Al-Afghan; kenyataan yang jelas berbaur dengan keangkuhan
dan kesombongan! DS Hadi perlu ingat, iblis dilaknat ALLAH akibat
penyakit takburnya! Takkan itupun DS Hadi dah lupa?
Teman nak tutup dengan dengan satu persoalan besar kepada DS Hadi; kalau
dia merasakan Amanat Hadi 1981 tu betul, teman cabar DS Hadi supaya
mengulangi Amanat itu dihadapan Karpal Singh!
Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa Perlembagaan Malaysia itu kafir!
Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa undang-undang Malaysia adalah
undang-undang penjajah! Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa ahli PAS
akan berjihad menentang Perlembagaan! Bagitahu depan muka Karpal Singh
bahawa mati menentang Perlembagaan itu adalah mati syahid; tak payah
dimandikan, tak payah dikafankan!
Bagitahulah semua itu dihadapan muka Karpal Singh! Kita tengok apa
reaksi dan respon Karpal Singh!
Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri!
Teman berdoa semoga ALLAH menjaga aqidah dan iman kita semua, dan
memberikan hidayah serta petunjukNya! Ameen!
Aamantu billah summastaqeem!
Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 Safar 1434
02 Jan 2013