Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, July 14, 2018

Detik Sepakan Penalti Malaysia vs Indonesia U19 - Piala AFF U19 12 Julai...


Peguam jelaskan mengapa Malaysia tak usir Dr Zakir Naik

Peguam jelaskan mengapa Malaysia tak usir Dr Zakir Naik: ULASAN l 'Notis merah' India terhadap Dr Zakir Naik telah dibatalkan oleh Suruhanjaya untuk Kawalan Fail Interpol.



Haniff Khatri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



ULASAN l Sejak kebelakangan ini,
banyak pihak yang tidak henti-henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia
berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di negara ini, dan
ketiadaan tindakan pihak berkuasa untuk menghantar beliau kembali ke
negara asalnya di India, kononnya ini adalah kewajipan ekstradisi
menurut undang-undang antarabangsa.


Kebanyakan pendapat itu adalah kononnya berteraskan dakwaan
sesetengah pihak luar, yang diterima bulat-bulat oleh pihak tertentu di
Malaysia bahawa Dr Zakir terlibat sama ada dalam kesalahan keganasan
terorisme serta jenayah gubahan wang haram, mahupun kekacauan harmoni
kemasyarakatan yang melibatkan kutukan terhadap agama selain Islam.


Persoalan yang wajib ditanya oleh rakyat Malaysia yang prihatin
adalah: Adakah dakwaan pihak-pihak terbabit yang dilemparkan itu, satu
dakwaan yang berasas ataupun cuma tohmahan?


Jawapan sebenar undang-undang:


(a)(i) Pada asasnya, mana-mana negara yang diiktiraf sebagai negara
yang sah di sisi antarabangsa, seperti India sememangnya berhak untuk
meminta negara lain yang juga diiktiraf secara sah di sisi antarabangsa,
seperti Malaysia, untuk menghantar pulang mana-mana individu yang
dikehendaki di bawah sistem keadilan jenayah India itu, sekiranya
individu itu berada di negara luar itu, seperti Malaysia.


(a)(ii) Kerjasama bagi tujuan pembanterasan jenayah di tahap
antarabangsa ini adalah melibatkan kedua-dua negara iaitu India dan
Malaysia melalui perjanjian antarabangsa (International Treaty) dan
adalah juga tertakluk di bawah seliaan dan kerjasama organisasi
Interpol, di bawah mana, mana-mana negara pemohon, India, akan meminta
pengeluaran satu "notis merah" (Red Notice) daripada Interpol untuk
membolehkan negara luar itu, Malaysia menghalang pergerakan keluar masuk
individu itu dari Malaysia sehinggalah permohonan rasmi ekstradisi
untuk memohon penghantaran pulang individu itu ke India dapat diproses
oleh pihak berkuasa dan mahkamah di Malaysia, juga menurut prosedur dan
undang-undang yang sedia.


(a)(iii) Namun, prinsip kerjasama penguatkuasaan jenayah antarabangsa
ini adalah tertakluk kepada keperluan untuk mematuhi undang-undang
antarabangsa dan tempatan yang mengikat kedua-dua negara itu, iaitu
India dan Malaysia.


(a)(iv) Dalam isu Dr Zakir Naik ini, walaupun pihak berkuasa India
pernah pohon kepada Interpol untuk pengeluaran "notis merah" terhadap Dr
Zakir Naik, yang mana telah dikeluarkan dan didaftar oleh Interpol
untuk pengetahuan semua negara terbabit, termasuk Malaysia pada 19 Mei
tahun lalu, namun pada hakikatnya Suruhanjaya untuk Kawalan Fail
Interpol (Commission for the Control of Interpol's files) telah dalam
persidangan Sesi 102 yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober tahun lalu,
batalkan akan pengeluaran dan pendaftaran "notis merah yang dipohon
oleh India terhadap Dr Zakir Naik.


(a)(v) Justeru, apabila pihak penguatkuasa jenayah antarabangsa
seperti Interpol sendiri tidak berpuashati berkaitan prosedur dan
sokongan fakta berkaitan permohonan kerjasama pembanterasan jenayah
antarabangsa ini, maka sememangnya adalah tidak adil untuk pengkritik
secara salah menuding jari terhadap kerajaan berhubung ketiadaan
tindakan yang diambil berhubung kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di
Malaysia.


(b)(i) Yang keduanya, pada 9 Januari lalu pula,satu tribunal rayuan
untuk Akta Pencegahan Gubahan Wang Haram di India sendiri, yang diketuai
Hakim Manmohan Singh telah mengeluarkan perintah untuk halang Pejabat
Pengarah Pelaksanaan (Enforcement Directorate) di sana dari mengambil
alih hak ke atas harta-harta Dr Zakir Naik yang telah awalnya dirampas
atas siasata alegasi jenayah gubahan wang haram, atas alasan:


"When the lawyer spoke about “incitement of violence in youth
through Naik’s speeches”, Justice Singh said that the ED did not produce
any prima facie evidence or statements from “such misguided youths” as
to how these speeches pushed them to commit illegal acts.",



“Have you recorded anybody’s statement as to how they were
influenced by these speeches? Your chargesheet does not even mention how
these speeches played any role in a terror attack in Dhaka in 2015,” he
said.



“Have you read the speeches which form part of your chargesheet? I
have heard many of these speeches and I can tell you that so far I
haven’t come across anything objectionable,” the judge told the ED’s
lawyer.



"The Tribunal also ordered a “status quo” stopping the ED from
taking possession of a Chennai school and a commercial property in
Mumbai" dan



"The ED had attached three properties of Naik, however, the judge
said the agency cannot now proceed with the physical possession."



(b)(ii) Justeru, bagaimanakah kerajaan Malaysia boleh bertindak
terhadap Dr Zakir Naik berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya,
sedangkan pihak berkuasa kehakiman India yang berkenaan sekalipun tidak
puas hati dengan tahap bukti yang ditampilkan oleh pihak siasatan India
terhadap Dr Zakir Naik itu?


(c) Yang ketiganya, Dr Zakir Naik yang memegang taraf penduduk tetap
sejak enam tahun lalu, iaitu sebelum daripada kewujudan mana-mana
alegasi yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak berkuasa India,
sememangnya berhak kepada haknya di bawah taraf itu, untuk dilindungi
oleh kerajaan Malaysia, selagi Dr Zakir Naik, tidak menyalahi mana-mana
syarat taraf kedudukannya dan tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah
di negara ini, Malaysia.


(d)(i) Akhir sekali, sekiranya pihak kerajaan India masih meneruskan
dengan mana-mana permohonan rasmi untuk tujuan perolehan ekstradisi
berhubung Dr Zakir Naik dari kerajaan Malaysia, semestinyalah segala
proses dan keperluan akan wajib dipatuhi oleh kerajaan Malaysia menurut
tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa dan juga tempatan,
yang akan diputuskan oleh mahkamah Malaysia yang sah, di mana semua
pihak, iaitu, kerajaan India sebagai pemohon, kerajaan Malaysia sebagai
negara luar terbabit, dan Dr Zakir Naik sebagai individu terbabit, akan
kesemuanya berhak menampilkan hujah masing-masing di mahkamah kelak,
jika ada.


(d)(ii) Sehingga itu, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak
menuding jari kepada kerajaan Malaysia seolah-olah kerajaan wajib hantar
pulang Dr Zakir Naik ke India, sedangkan pihak-pihak pengkritik
terbabit gagal untuk mengkaji kedudukan sebenar isu ini di sisi
undang-undang dan kedudukan kes ini menurut perkembangan antarabangsa.



HANIFF KHATRI adalah seorang peguam.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


AGC nafi Apandi tentang sebab M'sia kalah kes Pulau batu Putih

AGC nafi Apandi tentang sebab M'sia kalah kes Pulau batu Putih: Rekod menunjukkan bahawa pernyataan Mohamed Apandi adalah tidak benar, kata Jabatan Peguam Negara.



Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berkata bahawa bekas Peguam
Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak bercakap benar mengenai
Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran terhadap keputusan kes
kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


Merujuk kepada artikel bertajuk Malaysia ada bukti kukuh yang telah diterbitkan pada 1 Julai 2018 dalam Mingguan Malaysia,
berdasarkan temu bual dengan Mohamed Apandi, jabatan itu berkata
Mohamed Apandi telah menyatakan bahawa ICJ telah memfokuskan kepada
surat bertarikh tahun 1953 daripada pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri
Johor yang dihantar kepada Singapura.


“Menurut beliau (Mohamed Apandi) surat tersebut menyatakan bahawa
Malaysia tidak berminat terhadap Pedra Branca (Pulau Batu Puteh). Beliau
menyatakan bahawa Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan
kuasa pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor tersebut dan disebabkan
itu Malaysia kalah dalam kes ini.


"Rekod menunjukkan bahawa pernyataan Mohamed Apandi adalah tidak
benar. Malaysia telah menghujahkan berkenaan dengan perkara tersebut
secara terperinci di hadapan ICJ.


"Hujahan Malaysia berkaitan dengan ini semasa pendengaran lisan kes
Pulau Batu Puteh boleh didapati dalam ICJ Document CR 2007/30,” kata
jabatan itu dalam kenyataan media di Kuala Lumpur.


Ia berkata walaupun keputusan ICJ tidak memihak kepada Malaysia dalam
perkara ini, ICJ walau bagaimanapun dalam penghakimannya telah
memutuskan antara lain, bahawa ia tidak menyifatkan surat bertarikh 1953
itu sebagai mempunyai ciri konstitutif dalam erti kata bahawa ia
mempunyai kesan undang-undang yang muktamad terhadap Johor iaitu Pulau
Batu Puteh tetapi sebaliknya ia merupakan maklum balas terhadap suatu
pertanyaan.


Menurut AGC, oleh yang demikian, tidak benar sama sekali bahawa
Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan kuasa pemangku
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu.


Ia berkata berkenaan dengan kenyataan bahawa ICJ tidak membuat
sebarang keputusan berkenaan dengan Tubir Selatan (South Ledge), ICJ
dalam penghakimannya pada tahun 2008 telah membuat keputusan bahawa
kedaulatan terhadap Tubir Selatan sebagai elevasi air surut dimiliki
oleh negara yang dalam laut wilayahnya ia terletak.


“Sehubungan dengan keputusan tersebut, Malaysia dan Singapura telah
menubuhkan suatu Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditugaskan untuk
melaksanakan penghakiman 2008 tersebut,” menurut kenyataan itu.


Ia berkata berikutan penubuhan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)
selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, dan memandangkan Mohamed Apandi (Ejen
bagi Malaysia bagi Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran) telah
diarahkan untuk bercuti, perkara itu telah dibawa kepada perhatian
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk arahan lanjut.


Menurutnya, salah seorang daripada tiga peguam antarabangsa serta dua
peguam tempatan yang telah dilantik oleh Mohamed Apandi untuk
mengendalikan kes itu telah diarahkan untuk memberikan taklimat kepada
Perdana Menteri berkenaan perkara tersebut pada Mei 2018.


Implikasi kos


Ia berkata ketika taklimat tersebut, Dr Brandan Plant, yang mewakili
peguam-peguam antarabangsa, telah mengekalkan dan mengulangi pandangan
bertulis kolektif peguam-peguam antarabangsa bertarikh Januari 2017.


“Dalam hal ini, kedua-dua peguam tempatan yang telah dilantik iaitu
Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohamad Sidek dan Datuk Firoz Hussein Ahmad
Jamaluddin (yang bekerja secara langsung dan rapat dengan Mohamed
Apandi) tidak membantah Dr Plant. Turut hadir semasa taklimat tersebut
ialah wakil daripada AGC serta Wisma Putra,” kata jabatan itu.


Ia berkata selepas mengambil kira pandangan serta kepentingan negara
yang lain, termasuk implikasi kos, Tun Dr Mahathir membuat keputusan
bahawa adalah lebih baik untuk tidak meneruskan prosiding semakan itu.


Ia berkata keputusan itu kemudiannya telah dilaporkan kepada Jemaah
Menteri baharu dalam mesyuarat Kabinet pertama pada 23 Mei lalu dan
telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.


“Keputusan tersebut serta asas-asasnya telah juga disembah maklumkan
kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” kata jabatan itu.


Ia berkata ICJ sebelum ini menetapkan 11 hingga 22 Jun 2018 bagi
pendengaran lisan kedua-dua Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran
itu.


Jabatan itu juga menyatakan bahawa selaras dengan amalan biasa ICJ,
Malaysia tiada halangan untuk pliding bertulis bagi kedua-dua Permohonan
Semakan dan Permintaan Tafsiran boleh diakses oleh umum melalui laman
sesawang ICJ.


- Bernama


Friday, July 13, 2018

Kenyataan Pas dianggap umum

Kenyataan Pas dianggap umum 



 Ahmad Marthada Mohamed
Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kenyataan Pas Pusat mengenai pelantikan tiga serangkai
sektor judisiary sangat membimbangkan umat Islam dianggap sebagai
terlalu umum.



Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata,
kenyataan itu boleh mengundang salah faham dalam masyarakat yang
sebenarnya pelantikan mereka berdasarkan kelayakan dan bukan berdasarkan
pertimbangan.



Menurutnya, Pas perlu lebih profesional di mana mereka boleh
mempertikaikan pelantikan  tetapi tidak boleh membuat satu kenyataan
umum bahawa pelantikan boleh menimbulkan kebimbangan kepada umat Islam.



"Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum sebenarnya paling layak
kerana beliau adalah hakim paling kanan sekali dalam Mahkamah
Persekutuan jika dibandingkan dengan Tun Md Raus Sharif.



"Tidak dinafikan memang ada kegusaran dalam Pas berdasarkan kepada
kes-kes yang diadili sebelum ini seperti kes Lina Joy, kes penggunaan
kalimah ALLAH namun kita perlu melihat bahawa penghakimannya 
berdasarkan undang-undang Persekutuan yang berlandaskan kepada kebebasan
individu untuk beragama," katanya kepada Sinar Harian.



[ ARTIKEL BERKAITAN: Richard Malanjum Ketua Hakim Negara baharu ]



[ ARTIKEL BERKAITAN: Ketua hakim, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan ]



Ahmad Marthada yang juga  Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)



berkata, dalam sesuatu kehakiman keputusan adalah berlandaskan majoriti dan bukannya individu.



Mengulas mengenai pelantikan Peguam Negara, Thommy Thomas pula, beliau dilantik berdasarkan kontrak dua tahun.



"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan pelantikan
beliau dibuat khusus untuk memastikan kes 1MDB akan diadili dengan
secepat mungkin. Itu matlamat beliau dilantik.



"Sebenarnya, tiada isupun mengenai pelantikan Thommy Thomas kerana beliau dilantik khusus untuk 1MDB diadili segera," katanya.

1MDB BOHONG TENTANG DANA DIBEKUKAN DI SWITZERLAND


 

AG Swiss: Apandi enggan bekerjasama isu 1MDB

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber mendakwa Tan Sri Mohamed
Apandi Ali enggan bekerjasama dalam siasatan berkaitan 1MDB ketika
mengetuai Pejabat Peguam Negara Malaysia.


Lauber membuat dakwaan itu selepas bertemu pengganti Apandi, Tommy Thomas semalam.


“Sejak 2015, (kami telah) menjalankan siasatan di Switzerland dan
sejak awal, kami cuba bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat,
Singapura, Luxembourg.


“Dan kami juga cuba dengan Malaysia tetapi pada masa itu, pada 2016,
kami disahkan bahawa peguam negara Malaysia ketika itu tidak mahu
bekerjasama dengan kami,” dakwanya.


Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah meminta bantuan
undang-undang bersama daripada Malaysia untuk dua kes tetapi dilaporkan
tidak mendapat maklum balas.


Apandi dilantik sebagai peguam negara pada Julai 2015.



Beliau dilantik selepas Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan sebagai
peguam negara, sejurus sebelum beliau dikatakan mahu mendakwa perdana
menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak di mahkamah.


Apandi telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada Januari 2016.


Pada pilihan raya 9 Mei, BN yang dipimpin Najib tumbang buat kali pertama dalam sejarah pemerintahan 61 tahun, sejak merdeka.


Perdana menteri baru, Tun Dr Mahahir Mohamad, yang kembali menerajui
negara buat kali kedua mendakwa Apandi cuba menutup isu itu dan
mengarahkannya bercuti.


Najib pada 4 Julai lalu didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan
satu pertuduhan salah guna kuasa dalam transaksi bekas anak syarikat
1MDB, SRC International Sdn Bhd.



Ia adalah pertuduhan sama yang dikatakan mahu dikemukakan Gani.


Pertuduhan terhadap Najib secara khusus berkaitan transaksi di negara ini.


Siasatan lebih luas berkaitan 1MDB melibatkan banyak negara juga sedang berlangsung.



Kes 1MDB: Swiss siasat enam suspek

Reuters  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Switzerland sedang menyiasat enam individu kerana disyaki merasuah
pegawai kerajaan asing serta beberapa kesalahan lain sebagai sebahagian
daripada siasatan ke atas dakwaan pengubahan wang haram membabitkan dana
1MDB, kata pejabat peguam negara berkenaan hari ini.


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun bukanlah
seorang daripada "penjawat awam yang dituduh" itu, kata kenyataan yang
dikeluarkan.


Daripada enam yang disiasat, dua ialah bekas pegawai dari 1MDB, dua
bekas pegawai dari syarikat pengurusan dana kerajaan Abu Dhabi serta dua
pegawai syarikat PetroSaudi International.


Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Peguam Negara Switzerland,
Michael Lauber, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya di Kuala
Lumpur, Tommy Thomas.


- Reuters


[Baca berita asal] 









Thursday, July 12, 2018

Asyraf Wajdi pertahan hantar anak ke SJK Cina

Asyraf Wajdi pertahan hantar anak ke SJK Cina: Ketua pemuda Umno kata belajar di SJKC dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dua isu yang berbeza.



Nape nak salahkan PH. Pernah akar umbi
menyarankan agar kerajaan UMNO/BN agar memansuhkan SJK Cina dan SJK
Tamil. Gunakan Sekolah Kebangsaan sahaja. Selama 60 tahun UMNO/BN gagal
mengubah senario ini. Kepimpinan UMNO/BN tetap mempertahankan SJK ini
utk undi kaum cina dan india. Kerajaan UMNO/BN juga pernah berbincang
dgn mca dan kepimpinan masyarakat cina ttg hal ini. Ini bermakna UMNO/BN
telah menggagalkan usaha integrasi nasional dalam membangunkan
generasi Bangsa Malaysia yang menyatu di atas nilai, falsafah
pendidikan. Nape salahkan org lain sedangkan UMNO/BN sdiri gagal dlm
memperkukuhkan sekolah kebangsaan.




Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempertahankan tindakan
menghantar anaknya belajar ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
walaupun beliau mempunyai pendirian berbeza dalam isu Sijil Peperiksaan
Bersama (UEC).


"Memilih SJKC untuk anak sendiri membuktikan saya bukan seorang yang rasis perkauman.


"Hasrat saya untuk mendedahkan anak saya agar mampu bergaul mesra
dengan pelajar berbangsa Cina di SJKC yang masih berpaksikan Sistem
Pendidikan Kebangsaan.


"Saya juga mengharapkan anak saya dapat melalui hari-hari
persekolahan yang menggembirakan bersama rakan-rakannya dari pelbagai
kaum dengan menerapkan perasaan saling memahami, menghormati, menyayangi
dan bantu membantu antara satu sama lain dalam dirinya," katanya dalam
suatu kenyataan malam ini.


Menurut Asyraf, SJKC dinaungi tertakhluk kepada Akta Pendidikan
Kebangsaan 1996, manakala UEC pula di luar sistem dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.


Dasar Pendidikan Kebangsaan


"SKJC dinaungi oleh Sistem Pendidikan Kebangsaan dan seiring dengan
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tertakluk kepada Akta Pendidikan
Kebangsaan 1996.


"Sebaliknya UEC merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang berada di luar Sistem dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.


"Sijil UEC ini dibahagikan kepada tiga tahap yang mana kesemuanya
menggunakan bahasa Mandarin dan sukatan pembelajarannya dicedok daripada
Taiwan..." katanya.


Asyraf sekali lagi mengulangi pendiriannya menolak pengiktirafan UEC.


"Mengiktiraf UEC bermakna negara akan mempunyai dua sistem
peperiksaan dan penilaian yang akhirnya menggagalkan usaha integrasi
nasional dalam membangunkan generasi Bangsa Malaysia yang menyatu di
atas nilai, falsafah pendidikan dan bahasa yang sama," katanya.


Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 8 Julai lalu berkata
kerajaan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru mengenai cadangan
mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi
pengajian tinggi awam (IPTA)


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pula mahu isu
pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum hujung
tahun ini.


Pada 2 Julai lalu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata
pengambilan lulusan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan dilaksanakan
sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri Melaka kerana ia
adalah sebahagian daripada manifesto HARAPAN pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) lepas.


 

Khairy: Walau kena pukulan maut tapi Umno masih 'pekak'

Khairy: Walau kena pukulan maut tapi Umno masih 'pekak': 'Selepas pemilihan, apa parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden,' katanya yang kecewa melihat hala tuju partinya kini.





Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Khairy Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan merebut kerusi presiden
Umno bulan lalu menyatakan keresahannya terhadap hala tuju yang diambil
parti itu kini.


Beliau melihat Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada
PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'.


"Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main
sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib
Razak)...Takkan itu saja 'Umno baru'?


"Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.


"Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu
seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim,
lupakan saja impian menawan semula Putrajaya," katanya di Twitter hari
ini.


Beliau merujuk kepada bantahan Umno terhadap pelantikan Tommy Thomas
sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum
sebagai ketua hakim negara semalam.


Dengan nada yang jelas kecewa, bekas ketua pemuda Umno itu berkata
parti itu kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau
mengambil "jalan tengah".


"Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup
10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar
umbi, tetapi itulah jalan yan ada untuk survive," katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.


Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk
melakukan pembaharuan terhadap Umno termasuk membuka keahlian kepada
bukan Melayu.


Antara kempennya sebagai presiden Umno pula adalah untuk menjadikan
Umno sebagai pembangkang berwibawa terutama bagi menuntut janji 100 hari
Pakatan Harapan (HARAPAN).


Khairy bagaimanapun berkata akan kekal bersama Umno kerana percaya
parti itu masih "khemah besar" untuk orang Melayu dengan prinsip
sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.


"Sebab itu saya masih bersama Umno...Cuma saya nak perbetulkan rumah
saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang eksrem dan rasis
selama-lamanya," katanya lagi.

AG beri ucapan dalam bahasa Melayu

AG beri ucapan dalam bahasa Melayu: Ucapan Peguam Negara Tommy Thomas dalam bahasa Melayu menerima tepukan daripada hadirin yang hadir p...




 

Sejak pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara bulan lalu,
beliau sering menerima kritikan kerana didakwa tidak fasih berbahasa
Melayu.


Ketika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapkan ke
mahkamah minggu lalu, penyokongnya menganggu sidang akhbar Tommy dengan
menjeritkan "Melayu, Melayu" berulang-ulang kali.


Kemudian, mereka berkata Thomas selaku Peguam Negara perlu bercakap dalam bahasa Melayu.


Bagaimanapun, kelihatan tiada rekod beliau bercakap dalam bahasa Melayu di depan umum sehinggalah hari ini.


Pengguna Facebook Shamsul Sulaiman membuat hantaran video Thomas
membacakan ucapan pada majlis Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya
hari ini.


Video itu telah dikongsikan sebanyak 130 kali setakat jam 4.40 petang
tadi dan ramai memberikan komen menyokong usaha Thomas bercakap dalam
bahasa Melayu.


Thomas berkata beliau akan memperbaiki penguasaan bahasa kebangsaan
yang kurang digunakan beliau sepanjang 42 tahun perkhidmatan sebagai
peguam korporat.

ZAHARIN MOHD YASIN-TRANSFORMASI SEKOLAH TAHFIZ & ISU SEKOLAH TAHFIZ USTA...


 


Published on Jul 11, 2018
ZAHARIN MOHD YASIN-TRANSFORMASI
SEKOLAH TAHFIZ & ISU SEKOLAH TAHFIZ USTAZ KAZIM ELIAS
Category
License
Standard YouTube License

Kronologi kes 1MDB

Kronologi kes 1MDB 

Kronologi kes 1MDB

Kerajaan mahu DBP setaraf British Council


 

Published on Jul 11, 2018

Kerajaan mahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi setaraf dengan British Council di United Kingdom bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dalam negara.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata dekad bahasa kebangsaan akan dilancar bagi melakar pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pilihan utama di Malaysia sehingga menembusi peringkat global.

Wednesday, July 11, 2018

'Umno tetap parti haram'


 

Rais Yatim: Umno tetap parti haram

Anne Muhammad  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
WAWANCARA l Tan Sri Rais Yatim mengulangi pendiriannya bahawa Umno tetap parti haram meskipun sudah mengadakan pemilihan baru-baru ini.


Bekas veteran Umno itu berpendapat surat penangguhan daripada
Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap tidak boleh dikira sehinggalah mahkamah
memberi suatu penghakiman yang sahih.


Menurut Rais ini kerana surat ROS itu dianggap tidak sah, kecuali
dibuat pindaan pada Seksyen 14, Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarkan
perkara itu.


“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa
pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya
yang sahih," katanya.


Seksyen 14 Akta ROS merujuk kepada maklumat yang perlu diberikan oleh
pertubuhan-pertubuhan, perintah pendaftar (ROS) supaya maklumat diberi,
pendaftar (ROS) meluluskan audit dan perintah sementara (ROS) untuk
pembubaran.


Pertikai surat ROS


“Jika diiktiraf kuasa ROS, maka pindaan kepada Seksyen 14 Akta
Pertubuhan sekurang-kurangnya harus dipinda iaitu mengatakan apa-apa
pemanjangan yang dibenarkan ROS bersabit parti politik atau pertubuhan
adalah sah.


“Jika itu tidak ada, surat ROS itu saya pertikaikan tidak sah sebab
kuasa perlembagaan parti lebih besar daripada surat (penangguhan ROS).


“Jika begitu buat apa kita ada perlembagaan, habis satu fasa sambung
lagi, habis satu fasa sambung lagi, jika ini berlaku maka jahanamlah
parti politik itu di bawah telunjuk seseorang pegawai yang mengepalai
persatuan iaitu ROS,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, Khamis lalu.


Menjelang PRU14, Rais berkata Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, pada 19 April 2018.


Rais juga menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.


Sebelum pemilihan parti 30 Jun lalu, kali terakhir Umno mengadakan pemilihannya adalah pada 19 Oktober 2013.


Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah
dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan
di bawah Fasal 10.16.


Justeru katanya, sekiranya Fasal 10.16 itu dicabul, maka pemilihan
tersebut juga tidak sah dan ia perlu dibawa ke mahkamah tinggi bagi
mendapatkan keputusan berkaitan status Umno.


Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan
ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum.


Bagaimanapun, Umno menangguhkan lagi pemilihan parti itu untuk kali kedua dari 19 April 2018 ke 30 Jun 2018.


Pemilihan Umno minggu lalu menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
dipilih sebagai Presiden baru manakala Timbalannya ialah Datuk Seri
Mohamad Hasan.


Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan kekalahan BN, susulan
daripada itu Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan presiden Umno dan
juga pengerusi BN.


'Akar umbi Umno tak mahu perubahan'


Sementara itu, Rais berkata pemilihan Umno kali ini menunjukkan akar
umbi parti itu tidak mahu perubahan sebaliknya hanya sambungan kepada
pemerintahan Najib.


Namun sekiranya Khairy Jamaluddin atau Tengku Razaleigh Hamzah dipilih, sudah tentu memperlihatkan perubahan dalam Umno.


“Saya fikir bahagian tak nak berubah sebab mereka fikir dalam zon
selesa jadi mereka tak nak keluar kepompong itu. Mereka nak setiap bulan
dapat duit, ada duit ada kerja. Tak ada duit diam dulu.


“Ini bukan yang kita maksudkan ketua bahagian masa depan kita tak
payah bayar duit. Dia kerja sukarelawan tapi ini tak ada. Dan parti
politik yang tak ada ini akan hancur masa depannya,” katanya.


Rais turut menyarankan, jika Umno ingin berubah, parti itu perlu
terbuka menerima teguran serta jawatan presiden, ketua bahagian dan
cawangan parti itu haruslah diganti setiap dua penggal.


TERKINI:USTAZ KAZIM ELIAS (UKE)-SIDANG MEDIA SITUASI TERKINI PUSAT TAHFI...


'Rakyat gusar harga barang tak turun, sama seperti dulu'


Tuesday, July 10, 2018

AMARAN ABE LI KEPADA LOKMAN ADAN


 

AMARAN ABE LI KEPADA LOKMAN ADAN & PEMIMPIN KANAN UMNO ~ HORMATI PILIHAN RAKYAT PADA PRU KE 14

Kompleks Al Barakah untuk dijual? @ Dermawan UMNO diperlukan untuk membantu Ustaz Kazim @ Boleh kumpul wang untuk jamin DS Najib

Kompleks Al Barakah untuk dijual?



 Kepada dermawan UMNO yg sanggup mengeluarkan wang dan emas untuk wang
jamin DS Najib. Jika benar UMNO memperjuangan Agama Islam , jom kita
bantu pula Ustaz Kazim dan keluarga untuk membantu Kompleks Darul
Barakah daripada dijual. Di situ kan semua anak-anak org Islam bernaung
dan menuntut ilmu. Ayuh, dermawan2 UMNO kita bantu pula Ustaz Kazim.



 Kompleks Al Barakah untuk dijual?


IPOH - Keputusan tokoh pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias
menjual sebahagian Kompleks Al Barakah atas masalah kewangan adalah
sesuatu perkara amat menyedihkan untuk masa hadapan umat Islam.



Pandangan itu diutarakan abang kepada tokoh penceramah agama itu, Datuk
Mohd Najmuddin Elias susulan mendapat tahu hasrat adiknya itu melalui
laman Facebook peribadi baru-baru ini.



Menurutnya, Mohd Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim belum lagi
memaklumkan cadangan menjual sebahagian Kompleks Al Barakah atau
dikenali sebagai Bangunan Tahfiz Darul Barakah di Manjoi, Ipoh kepadanya
secara peribadi sehingga kini.



“Cuma, saya cuma dapat tahu mengenai perkara itu melalui laman Facebook
beliau. Saya cuba hubungi beliau (Ustaz Kazim) tetapi tidak dapat.



“Sekiranya berita ini sahih, saya menganggap keputusan beliau adalah
sesuatu perkara  amat menyedihkan untuk masa hadapan umat Islam di
Perak,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.



Mohd Najmuddin yang juga bekas Adun Batu Kurau berkata, sebelum ini,
Ustaz Kazim ada memaklumkan kepadanya mengenai masalah kewangan
dihadapinya bagi menguruskan Kompleks Al Barakah.



Menurutnya, masalah itu dihadapi Ustaz Kazim susulan kurang menerima
jemputan berceramah agama oleh pihak masjid dan surau di seluruh negara
sejak berakhirnya PRU14.



“Masalah itu semakin kritikal selepas perayaan Aidilfitri dan saya
tidak menolak kemungkinan faktor beliau kurang dijemput berceramah
disebabkan perbezaan politik,” katanya.



Mohd Najmuddin berkata, selaku individu pernah terlibat dalam
pengurusan Kompleks Al Barakah sebelum ini, beliau menegaskan sejumlah
peruntukan RM180,000 sebulan diperlukan Ustaz Kazim bagi membiayai kos
pengurusan Pusat Tahfiz Darul Barakah itu.



Menurutnya, pusat tahfiz yang beroperasi sejak enam tahun lalu kini
menempatkan sejumlah 130 pelajar di mana sebahagian besar yuran
pengajian mereka ditanggung Ustaz Kazim sendiri.



“Daripada jumlah itu, sebahagian besar mereka berasal dari keluarga
miskin dan meskipun terdapat yuran pengajian dikenakan, hanya sebahagian
kecil yang mampu sahaja membayarnya.



“Saya teramat sedih melihat senario ini dan berharap kerajaan negeri
Perak baharu dapat mengenepikan perbezaan politik seterusnya mengambil
perhatian nasib Kompleks Al Barakah yang diusahakan Ustaz Kazim bagi
tujuan murni,” katanya.



Mohd Najmuddin sekali lagi menegaskan objektif Ustaz Kazim menubuhkan
Kompleks Al Barakah hanya semata-mata bagi melahirkan generasi al-Quran
pada masa hadapan dan bukan atas kepentingan peribadi serta politik.



Menurutnya, bagi menyahut seruan ‘Malaysia Baharu’, seharusnya sebarang
perbezaan fahaman politik diketepikan, sebaliknya usaha kesinambungan
dakwah Islam dalam kalangan umat di negara ini perlu disokong semua
pihak.



“ Saya menggesa kerajaan baharu Harapan tidak mengenakan  sebarang
tekanan politik dengan tindakan ‘gam’ kepada mana-mana tokoh agama untuk
menyampaikan dakwah meskipun berlainan fahaman politik.



“Kalau dakwah disekat, saya bimbang kejahilan akan terus berleluasa,
seterusnya keberkatan diterima pentadbir dan rakyat di negara ini akan
berkurangan,” katanya.



Mohd Najmuddin tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pertemuan
dengan Ustaz Kazim dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan
terperinci tokoh agama terkemuka negara itu.



Sementara itu, seorang lagi abang kepada Ustaz Kazim, Ahmad Hasbullah
Elias sewaktu dihubungi mengakui ada dimaklumkan mengenai berita
penjualan sebahagian Kompleks Al Barakah oleh tokoh agama itu melalui
kiriman media sosial.



“Saya tidak tahu perkara lanjut, cuma saya mengesahkan Ustaz Kazim kini
berdepan kekangan kewangan sehingga menyebabkan keputusan berat itu
terpaksa dibuat,” katanya.

Sunday, July 8, 2018

Aktres Taiwan dilarang periksa FB selepas dilihat keluar bersama anak Najib


 


Published on Jul 7, 2018
Aktres Taiwan dilarang periksa FB
selepas dilihat keluar bersama anak Najib: . Terima kasih kerana menonton,
langgan lebih banyak video: https://www.youtube.com/channel/UCwK1... 
 PETALING JAYA: Pengurus pelakon Taiwan, Celia Zhang, telah
menghalangnya daripada memeriksa laman Facebooknya buat sementara waktu selepas
dia dilihat keluar bersama anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.  ARTIKEL BERKAITAN: Anak Najib dilihat keluar dengan
aktres Taiwan selepas bapa didakwa  Portal berita memberitahu bahawa
pengurus Zhang tidak akan membiarkan pelakon itu membaca komen-komen di halaman
Facebooknya kerana bimbang dia akan terganggu.  Zhang bagaimanapun belum
lagi mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.  Pada Jumaat, portal berita
Taiwan, melaporkan Datuk Mohd Nazifuddin Najib dilihat menghabiskan
masa lebih tiga jam menikmati makanan bersama Zhang di sebuah restoran di
kawasan Xinyi dekat bangunan Taipei 101.  Dilaporkan Mohd
Nazifuddin keluar bersama Zhang selepas Najib dibebaskan dengan ikat jamin
susulan penahanannya pada 3 Julai lalu atas dakwaan skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).  Artikel itu melaporkan bahawa Zhang mendakwa
dia mengambil teksi pulang ke rumah dan tidak bermalam bersama Mohd
Nazifuddin selepas kedua-dua mereka dilihat minum bersama di hotel di mana anak
Najib menginap.  Walaupun tidak menafikan mereka berpegangan tangan,
tetapi aktres itu memberitahu ia hanya selama seminit.  Dia turut
menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia dan Mohd Nazifuddin berciuman secara
romantis, dengan menjelaskan ia sekadar cara untuk mengucapkan selama tinggal.
 Artikel itu menyebut bahawa pertemuan itu sebenarnya untuk kerja
sampingan Zhang kerana dia lebih berminat untuk mencuba dalam pelaburan.
 Dia memiliki kepentingan perniagaan di salon kuku dan hotel haiwan
perliharaan, dengan pendapatan bulanan melebihi TWD100,000 (RM13,270).
 Dikatakan bahawa Mohd Nazifuddin diperkenalkan kepada Zhang melalui
seorang rakan mereka warga Singapura.  Menurut rakannya yang dipetik oleh
, Mohd Nazifuddin mula memikatnya sejak setahun lalu, walaupun aktres itu telah
menjalinkan hubungan.  Mohd Nazifuddin kemudian bersungguh-sungguh
mengenali Zhang lebih dekat selepas wanita itu berpisah dengan teman lelaki.
 Bagaimanapun, status hubungan mereka masih menjadi tanda-tanya kerana
tidak dapat disahkan sama ada kedua-duanya sedang menjalinkan hubungan.
 Semakan pada halaman Facebook Zhang menunjukkan bahawa status terakhirnya
adlaah Sabtu lalu (30 Jun). #AktresTaiwan, #dilarang, #periksaFB, #selepas, #dilihat, #keluar, #bersama, #anakNajib
Category
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...