Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, July 14, 2018

Peguam jelaskan mengapa Malaysia tak usir Dr Zakir Naik

Peguam jelaskan mengapa Malaysia tak usir Dr Zakir Naik: ULASAN l 'Notis merah' India terhadap Dr Zakir Naik telah dibatalkan oleh Suruhanjaya untuk Kawalan Fail Interpol.



Haniff Khatri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



ULASAN l Sejak kebelakangan ini,
banyak pihak yang tidak henti-henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia
berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di negara ini, dan
ketiadaan tindakan pihak berkuasa untuk menghantar beliau kembali ke
negara asalnya di India, kononnya ini adalah kewajipan ekstradisi
menurut undang-undang antarabangsa.


Kebanyakan pendapat itu adalah kononnya berteraskan dakwaan
sesetengah pihak luar, yang diterima bulat-bulat oleh pihak tertentu di
Malaysia bahawa Dr Zakir terlibat sama ada dalam kesalahan keganasan
terorisme serta jenayah gubahan wang haram, mahupun kekacauan harmoni
kemasyarakatan yang melibatkan kutukan terhadap agama selain Islam.


Persoalan yang wajib ditanya oleh rakyat Malaysia yang prihatin
adalah: Adakah dakwaan pihak-pihak terbabit yang dilemparkan itu, satu
dakwaan yang berasas ataupun cuma tohmahan?


Jawapan sebenar undang-undang:


(a)(i) Pada asasnya, mana-mana negara yang diiktiraf sebagai negara
yang sah di sisi antarabangsa, seperti India sememangnya berhak untuk
meminta negara lain yang juga diiktiraf secara sah di sisi antarabangsa,
seperti Malaysia, untuk menghantar pulang mana-mana individu yang
dikehendaki di bawah sistem keadilan jenayah India itu, sekiranya
individu itu berada di negara luar itu, seperti Malaysia.


(a)(ii) Kerjasama bagi tujuan pembanterasan jenayah di tahap
antarabangsa ini adalah melibatkan kedua-dua negara iaitu India dan
Malaysia melalui perjanjian antarabangsa (International Treaty) dan
adalah juga tertakluk di bawah seliaan dan kerjasama organisasi
Interpol, di bawah mana, mana-mana negara pemohon, India, akan meminta
pengeluaran satu "notis merah" (Red Notice) daripada Interpol untuk
membolehkan negara luar itu, Malaysia menghalang pergerakan keluar masuk
individu itu dari Malaysia sehinggalah permohonan rasmi ekstradisi
untuk memohon penghantaran pulang individu itu ke India dapat diproses
oleh pihak berkuasa dan mahkamah di Malaysia, juga menurut prosedur dan
undang-undang yang sedia.


(a)(iii) Namun, prinsip kerjasama penguatkuasaan jenayah antarabangsa
ini adalah tertakluk kepada keperluan untuk mematuhi undang-undang
antarabangsa dan tempatan yang mengikat kedua-dua negara itu, iaitu
India dan Malaysia.


(a)(iv) Dalam isu Dr Zakir Naik ini, walaupun pihak berkuasa India
pernah pohon kepada Interpol untuk pengeluaran "notis merah" terhadap Dr
Zakir Naik, yang mana telah dikeluarkan dan didaftar oleh Interpol
untuk pengetahuan semua negara terbabit, termasuk Malaysia pada 19 Mei
tahun lalu, namun pada hakikatnya Suruhanjaya untuk Kawalan Fail
Interpol (Commission for the Control of Interpol's files) telah dalam
persidangan Sesi 102 yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober tahun lalu,
batalkan akan pengeluaran dan pendaftaran "notis merah yang dipohon
oleh India terhadap Dr Zakir Naik.


(a)(v) Justeru, apabila pihak penguatkuasa jenayah antarabangsa
seperti Interpol sendiri tidak berpuashati berkaitan prosedur dan
sokongan fakta berkaitan permohonan kerjasama pembanterasan jenayah
antarabangsa ini, maka sememangnya adalah tidak adil untuk pengkritik
secara salah menuding jari terhadap kerajaan berhubung ketiadaan
tindakan yang diambil berhubung kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di
Malaysia.


(b)(i) Yang keduanya, pada 9 Januari lalu pula,satu tribunal rayuan
untuk Akta Pencegahan Gubahan Wang Haram di India sendiri, yang diketuai
Hakim Manmohan Singh telah mengeluarkan perintah untuk halang Pejabat
Pengarah Pelaksanaan (Enforcement Directorate) di sana dari mengambil
alih hak ke atas harta-harta Dr Zakir Naik yang telah awalnya dirampas
atas siasata alegasi jenayah gubahan wang haram, atas alasan:


"When the lawyer spoke about “incitement of violence in youth
through Naik’s speeches”, Justice Singh said that the ED did not produce
any prima facie evidence or statements from “such misguided youths” as
to how these speeches pushed them to commit illegal acts.",



“Have you recorded anybody’s statement as to how they were
influenced by these speeches? Your chargesheet does not even mention how
these speeches played any role in a terror attack in Dhaka in 2015,” he
said.



“Have you read the speeches which form part of your chargesheet? I
have heard many of these speeches and I can tell you that so far I
haven’t come across anything objectionable,” the judge told the ED’s
lawyer.



"The Tribunal also ordered a “status quo” stopping the ED from
taking possession of a Chennai school and a commercial property in
Mumbai" dan



"The ED had attached three properties of Naik, however, the judge
said the agency cannot now proceed with the physical possession."



(b)(ii) Justeru, bagaimanakah kerajaan Malaysia boleh bertindak
terhadap Dr Zakir Naik berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya,
sedangkan pihak berkuasa kehakiman India yang berkenaan sekalipun tidak
puas hati dengan tahap bukti yang ditampilkan oleh pihak siasatan India
terhadap Dr Zakir Naik itu?


(c) Yang ketiganya, Dr Zakir Naik yang memegang taraf penduduk tetap
sejak enam tahun lalu, iaitu sebelum daripada kewujudan mana-mana
alegasi yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak berkuasa India,
sememangnya berhak kepada haknya di bawah taraf itu, untuk dilindungi
oleh kerajaan Malaysia, selagi Dr Zakir Naik, tidak menyalahi mana-mana
syarat taraf kedudukannya dan tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah
di negara ini, Malaysia.


(d)(i) Akhir sekali, sekiranya pihak kerajaan India masih meneruskan
dengan mana-mana permohonan rasmi untuk tujuan perolehan ekstradisi
berhubung Dr Zakir Naik dari kerajaan Malaysia, semestinyalah segala
proses dan keperluan akan wajib dipatuhi oleh kerajaan Malaysia menurut
tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa dan juga tempatan,
yang akan diputuskan oleh mahkamah Malaysia yang sah, di mana semua
pihak, iaitu, kerajaan India sebagai pemohon, kerajaan Malaysia sebagai
negara luar terbabit, dan Dr Zakir Naik sebagai individu terbabit, akan
kesemuanya berhak menampilkan hujah masing-masing di mahkamah kelak,
jika ada.


(d)(ii) Sehingga itu, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak
menuding jari kepada kerajaan Malaysia seolah-olah kerajaan wajib hantar
pulang Dr Zakir Naik ke India, sedangkan pihak-pihak pengkritik
terbabit gagal untuk mengkaji kedudukan sebenar isu ini di sisi
undang-undang dan kedudukan kes ini menurut perkembangan antarabangsa.



HANIFF KHATRI adalah seorang peguam.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...