Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, June 29, 2018

Siaran Langsung Debat Calon Presiden Umno


Mat Sabu Kantoi Makan Kedai Tepi Jalan


TERBAIK~ MENTERI PERTAHANAN MAT SABU BAGI KHUTBAH JUMAAT


 


TERKINI:TUN MAHATHIR (TUN M)-SIDANG MEDIA BERSAMA PRESIDEN JOKOWI


 
Published on Jun 29, 2018




TERKINI,TERBARU 2018:TUN MAHATHIR (TUN M)-SIDANG MEDIA BERSAMA PRESIDEN JOKOWI

180km/j, sangat laju! kata Jokowi naik bersama Dr M pandu uji Proton


 

2018-06-29 16:01:49

Presiden
Indonesia Joko Widodo ketika sidang media rasmi selepas mengadakan
pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menceritakan
pengalamannya bagaimana ketika pandu uji Proton Mahathir membawa dengan
kelajuan mencapai 180 km/j.

"Sangat cepat sekali tapi saya tak
takut kerana pemandunya bapak Mahathir, kalau orang lain mungkin saya
takut," kata presiden Indonesia yang mesra dipanggil Jokowi.

Read more at https://www.kinitv.com/video/62756O74#yfjpAWTmTIYX1ciK.99

E-mel perbincangan pegawai PetroSaudi \'rancang\' kerugian 1MDB didedah

E-mel perbincangan pegawai PetroSaudi \'rancang\' kerugian 1MDB didedah: Antara lain, e-mel itu dikatakan mengandungi \'apa yang perlu diberitahu Najib.\'



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Pegawai eksekutif PetroSaudi International Tarek Obaid dan Patrick
Mahony dikatakan membincangkan "perkara yang perlu diberitahu Datuk Seri
Najib Razak" berhubung pelaburan 1MDB pada Ogos 2010.


Ketika itu, Najib masih merupakan perdana menteri Malaysia dan 1MDB
melabur AS$1 bilion dalam kerjasama dengan PetroSaudi kira-kira setahun
sebelumnya. Daripada jumlah itu AS$700 juta didakwa diberikan kepada
syarikat Good Star Ltd yang dikatakan dimiliki ahli perniagaan Low Taek
Jho atau Jho Low.


Dalam laporan bertajuk How PetroSaudi executives plotted what to tell Najib (Bagaimana pegawai eksekutif PetroSaudi merancang apa yang perlu diberitahu Najib), The Edge mendakwa telah melihat kandungan e-mel antara dua pegawai eksekutif PetroSaudi.


Mahony dikatakan memberitahu Obaid bahawa Jho Low mengaku 1MDB akan
menanggung AS$500 juta dalam pelaburan itu. Mereka cuba mendapatkan
AS$500 juta lagi daripada 1MDB.


Malaysiakini juga telah melihat kandungan e-mel berkenaan, bertarikh 7 Ogos, 2010, dengan tajuk Malaysia discussion tomorrow (Perbincangan tentang Malaysia esok).


Mahony dikatakan memberitahu Obaid agar tidak mendedahkan kerugian
1MDB daripada Najib dan sebaliknya cuba meyakinkan beliau agar 1MDB
melabur AS$500 juta lagi dengan segera.


Kandungan e-mel itu turut mengandungi saranan agar sekiranya 1MDB
tidak mahu melabur, boleh gunakan wang dari Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) atau Petronas.


"Saya fikir dengan mengatakan penangguhan telah merugikan kita, dapat
membantu kita kerana nanti kita boleh salahkan mereka atas kerugian
itu," kata Mahony kepada Obaid, menurut e-mel itu.





Mahony juga dikatakan memberitahu Obaid agar memaklumkan Najib untuk
melantik sendiri seorang wakil untuk bekerjasama dan orang itu perlulah
lebih dipercayai berbanding Jho Low.


Mahony berkata Najib perlu diberitahu bahawa walaupun "kita sangat
menghargai hubungan, tapi sukar untuk membincangkan lebih banyak perkara
apabila kami tahu individu yang kami perlu jumpa terlalu sibuk dengan
banyak hal lain atau keluar berparti".


1MDB akhirnya melabur AS$1.8 bilion dalam kerjasama dengan Petrosaudi
sebelum ia gagal. Sebanyak AS$1.2 bilion not hutang diguna bagi menjual
ekuiti namun not berkenaan dikatakan tidak laku.


Menurut Jabatan Kehakiman AS (DOJ), lebih AS$1 bilion telah diambil
Good Star dari kerjasama, dan selepas itu kepada pelbagai individu dan
pembelian lain.


Daripada jumlah itu, AS$153 juta sikatakan diambil Obaid, sementara AS$10 juta diberikan untuk menghasilkan filem The Wolf of Wall Street. "Malaysia Official 1 1MDB" pula menerima AS$5 juta. Jhow Low dikatakan menggunakan dana itu membeli pelbagai hartanah.


DOJ sebelum ini telah menyenaraikan Obaid sebagai antara "individu
dan entiti relevan" dalam siri saman sivil bagi menyita hartanah yang
didakwa hasil daripada penyelewengan 1MDB yang disalurkan melalui sistem
kewangan AS.


Jho Low mendakwa tuduhan DOJ ke atasnya bermotif politik.


[Baca berita penuh]


Wartawan - peserta demo bertegang urat


 

Wartawan - peserta demo bertegang urat

2018-06-29 18:28:16

Demo
membantah tindakan Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng mengeluarkan
kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika
membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu sedikit kecoh apabila
perserta demo dan wartawan bertegang urat.

Ia berlaku apabila
wartawan inginkan respon dari penganjur mengenai sikap bekas kerajaan
terdahulu yang turut menggunakan bahasa lain ketika sidang media dan
mengeluarkan kenyataan media.

Namun ia disambut dengan jawapan yang tegas dari kumpulan penganjur supaya harus mengikut undang-undang sedia ada.

Turut kedengaran ialah jeritan dari peserta kepada wartawan terbabit.

Sebelum
itu lebih kurang 20 'pejuang bahasa' diketuai pemimpin dari Majlis
Perundingan Melayu (MPN) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional
Malaysia (Gapena) hari ini berkumpul di pekarangan Masjid Putra,
Putrajaya.

Mereka membantah tindakan menteri kewangan yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina.

Kritikan
terhadap Lim bermula apabila beliau mengeluarkan kenyataan dalam tiga
bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak
Exchange, Khamis lalu.

Lim bagaimanapun mempertahankan tindakan
itu melalui satu kenyataan di Facebook, namun ia hanya dibuat dalam
bahasa Cina yang menambahkan lagi kritikan terhadapnya.

Selepas itu Lim tampil menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Lim
juga berkata beliau tetap akan menggunakan bahasa lain dalam akaun
media sosial dan Bahasa Mandarin dalam komunikasinya bersama akhbar
Cina.

Beberapa tokoh turut menyampaikan ucapan di demonstrasi
itu, termasuk bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar yang juga Lembaga
Penasihat MPM, bekas yang dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar
Ujang, Anggota Lembaga Penasihat MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
dan Ketua Dua Gapena, Amiruddin Md. Ali Hanafiah.

Read more at https://www.kinitv.com/video/62764O74#S3jDvfjpykpZOOjv.99

\'Malaysia Baru\' di mata rakyat Indonesia

\'Malaysia Baru\' di mata rakyat Indonesia: WAWANCARA | Tindakan undang-undang terhadap bekas PM jadi tumpuan di negara jiran.

Aedi Asri & Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




WAWANCARA | Dua puluh tahun
sebelum lahirnya 'Malaysia Baru', Indonesia terlebih dahulu mengalami
perubahan politik apabila Reformasi berjaya meruntuhkan Orde Baru
pimpinan Suharto yang berkuasa sejak 1966.


Sejak itu, Indonesia melalui perkembangan demokrasi yang pesat yang
antara lain menyaksikan kembalinya kebebasan akhbar dan bersuara.


Bagaimanapun sekumpulan ahli politik muda republik itu merasakan ada
satu kekurangan apabila pemerintah selepas itu gagal membawa Suharto -
bekas jeneral yang merampas kuasa daripada presiden pertama, Sukarno -
ke muka pengadilan atas segala dakwaan salah guna kuasa dan korupsi
sepanjang 32 tahun di tampuk kuasa.


Justeru situasi di Malaysia kini menarik perhatian ramai di Indonesia
untuk mengikuti perkembangan selepas jatuhnya BN pada pilihan raya umum
(PRU) ke-14.


"Kita menunggu (pembaharuan politik Malaysia) kerana Indonesia gagal
mengheret Suharto ke muka pengadilan... Dia sakit dan seterusnya
meninggal (pada Januari 2008)," kata Ketua Umum Parti Solidariti
Indonesia (PSI) Grace Natalie dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perubahan
politik di Malaysia berdasarkan pengalaman Indonesia 20 tahun lalu.


Katanya, pengundi Malaysia berjaya melaksanakan misi sukar
menumbangkan BN yang disifatkannya sebagai "regim korup" yang berkuasa
selama enam dekad.


"(Malah) Ia berlaku dengan damai. Di Indonesia berlaku pertumpahan darah, huru-hara di mana-mana (ketika Reformasi). Jadi kita salute dengan Malaysia," kata bekas wartawan dan pembaca berita itu lagi.


Najib tular di Indonesia


Grace menyebut salah satu perkara yang amat menarik perhatian warga
Indonesia ialah tindakan undang-undang terhadap bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak.


Beliau berkongsi kisah betapa berita penggeledahan di hartanah
berkaitan Najib menjadi tular di negara itu dan ramai yang terkejut
dengan barang yang dirampas polis.


"Sehingga ada yang bertanya ia benar atau diedit kerana begitu banyak sekali rampasannya," katanya.


Selepas PRU ke-14, polis mengadakan serbuan di beberapa hartanah
berkaitan Najib antaranya tiga kondominium mewah di Pavilion Residences,
Kuala Lumpur.


Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan nilai barangan yang dirampas berjumlah RM686.37 juta, termasuk wang tunai RM116.7 juta dan barang kemas bernilai RM440 juta.


Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini,
Najib menjelaskan bahawa barang yang dirampas itu kebanyakannya
"hadiah" dan mempertikaikan nilai rampasan yang menurutnya "subjektif
dan tidak realistik."


Sementara itu, mengambil kira kesukaran Indonesia untuk membawa
Suharto ke mahkamah, Grace berkata mereka menantikan perkembangan
selanjutnya - adakah pembaharuan di Malaysia akhirnya akan membawa
dakwaan salah laku kerajaan terdahulu Malaysia ke muka pengadilan.


"Pastinya bukan perkara mudah, sesuatu yang sudah berjalan 60 tahun
pengaruhnya di mana-mana (dan sukar diubah)... Apakah orang yang
bertanggungjawab akan mendapat hukuman?


"Ini pasti akan memberi kesan kepada Indonesia sebagai negara tetangga," katanya lagi.


Menurut laporan, pada Julai 2000 Suharto akan didakwa kerana
menyeleweng wang kerajaan berjumlah AS$571 juta yang ditujukan buat
beberapa yayasan yang dinaunginya. Beliau didakwa menggunakan wang
tersebut untuk pelaburan keluarga.


Dua bulan kemudian, beliau diisytiharkan tidak mampu menjalani perbicaraan di mahkamah berikutan masalah kesihatan.


Pada Mac 2008, mahkamah sivil membebaskannya daripada dakwaan rasuah
tetapi mengarahkan yayasan kebajikannya, Supersemar, untuk membayar
pampasan AS$110 juta.


Melihat kembali Indonesia


Sepanjang lima hari di Malaysia, Grace bersama delegasi PSI
mengadakan pertemuan dengan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN)
antaranya DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta Menteri Besar
Selangor Amirudin Shari.


"Kami takjub dengan politik Malaysia hari ini, begitu ramai anak muda
terlibat dalam politik termasuk menjadi anggota parlimen," katanya.


Grace menambah bahawa kejayaan rakyat Malaysia pelbagai latar
belakang menjatuhkan BN harus membuatkan negaranya berusaha mengukuhkan
demokrasi dan akar kepelbagaian masyarakatnya.


"Indonesia dulu dikatakan demokrasi terbaik di Asia Tenggara tetapi
hari ini kedudukan itu merosot kerana maraknya intolerans," katanya.


Beliau merujuk kepada sentimen agama dalam politik yang dimainkan
terutama dalam kempen menolak Basuki Tjahaja Purnama, atau Ahok, yang
bukan beragama Islam dalam pemilihan gabenor Jakarta pada tahun lalu.


Kempen itu dipelopori Front Pembela Islam (FPI) dengan kemuncaknya
sejumlah 500,000 berhimpun di Monumen Nasional Jakarta bagi mendesak
penahanan Ahok atas dakwaan menghina Islam.


"Semakin banyak orang bersifat radikal. Jika mereka ada dalam
institusi penting untuk membuat undang-undang yang berpihak kepada
golongan tertentu, ia akan menjadi ancaman serius," katanya lagi yang
akan memimpin PSI menempuhi pemilihan umum buat pertama kali sejak
penubuhannya pada 2014.


Tun Dr Mahathir bertemu rakyat Malaysia di Jakarta


 
Published on Jun 28, 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di hadapan kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri, sempena lawatan rasmi ke republik itu.

Sila layari http://www.astroawani.com 



PM beri gambaran sistem pendidikan ala Sekolah Wawasan

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran kemungkinan
untuk mengetangahkan sistem pendidikan yang membolehkan semua jenis
sekolah dalam negara - kebangsaan, Tamil, dan Cina - diletakkan di dalam
satu kompleks yang sama bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia.


Dr Mahathir dipetik berkata demikian dalam laporan Malay Mail yang mengulas tentang sistem pendidikan negara yang menurut perdana menteri itu masih menggunakan konsep lama dan perlu diubah.


Menurut Dr Mahathir, kerajaan terpaksa meneruskan sistem sekolah yang ada hari ini kerana "itu yang dimahukan rakyat".


"Kita ada tiga jenis sekolah, untuk mencapai perpaduan dan integrasi sukar kerana situasi politik berdasarkan keperluan kaum.


"Kerajaan tak dapat mengubah sistem sekolah ini kecuali rakyat mahukan hal itu," katanya dipetik sebagai berkata.


Mengulas lanjut mengenai cadangan meletakkan ketiga-tiga jenis
sekolah di dalam satu kompleks, Dr Mahathir berkata masing-masing
sekolah itu boleh mengekalkan penggunaan bahasa masing-masing Sebagai
medium utama namun boleh berkongsi aktiviti sukan kokurikulum tambahan.


Konsep berkenaan serupa dengan Sekolah Wawasan yang diketengahkan Dr
Mahathir pada 2000 dan dilaksanakan ketika pertama kali menjadi perdana
menteri.


Konsep itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada segelintir Anggota
masyarakat yang bimbang ia akan meminggirkan hak kumpulan minoriti
menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pendidikan dan memaksa
penggunaan satu bahasa untuk semua.


Dr Mahathir dilapor berkata demikian dalam kunjungan rasmi pertama ke
Indonesia sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14 ketika pertemuan dengan
rakyat Malaysia yang tinggal di republik itu.


Pada majlis itu, Dr Mahathir juga menyorot keperluan mengubah sistem pendidikan agar tidak terlalu bergantung kepada guru.


Ini kerana, menurutnya, guru-guru tidak mempunyai kebolehan yang sama
maka usaha perlu dilakukan agar peranan mereka lebih sebagai
fasilitator.


"Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita ketinggalan zaman dan tidak
sesuai dengan dunia moden. Kita masih terlalu bergantung dengan guru
namun tidak semua guru mempunyai kebolehan yang sama. Jika guru itu
bagus, muridnya juga bagus. Tapi jika guru itu lemah, di situ lah
masalah akan timbul.


"Kita mahukan pakar mengajar anak-anak kita menggunakan cakera keras
(discs) atau thumb drives yang mengandungi bahan pembelajaran. Maka
semua pelajar diajar mengikut piawai yang sama. Guru-guru akan menjadi
fasilitator," katanya dipetik sebagai berkata.


[Baca berita penuh] 



PM kata Najib didakwa tak lama lagi, Altantuya bicara semula

Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.


Dr Mahathir berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan
mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia,
Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006.


"Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,"
katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap
di Jakarta sempena lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.


Dr Mahathir berkata bagi kes Altantuya, satu perbicaraan semula kes itu juga akan diadakan.


Kerosakan pentadbiran sebelum ini


"(Mengenai kes salah guna dana 1MDB) ada rakyat tanya tak ada
tindakan pun (terhadap Najib) (malah) diberi layanan sebagai mantan
Perdana Menteri.


"Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah," katanya.


Beliau berkata barang kemas yang dirampas di kediaman bekas perdana
menteri adalah bernilai RM1 billion dan ia tidak termasuk rampasan wang
tunai.


Katanya, banyak kerosakan telah dilakukan dalam pentadbiran kerajaan
sebelum ini dan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memerlukan masa
tertentu bagi menyelesaikan masalah berkenaan.


- Bernama


Thursday, June 28, 2018

EKSKLUSIF: Najib jawab harta rampasan itu hadiah


 
Menurut Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009, maksud "suapan" merangkumi "wang, derma, pinjaman,
hadiah dan harta".

Bagaimanakah Najib dan isteri
beliau, Rosmah Mansor, mampu menerima dan mengumpul "hadiah" yang
bernilai sekurang-kurangnya RM686 juta tersebut dan mungkin boleh
mencecah nilai RM1.1 bilion seperti diumumkan polis semalam, sekiranya
bukan kerana kedudukannya selaku pimpinan utama negara untuk 36 tahun,
dari seorang menteri besar dari tahun 1982 sehingga berhenti menjawat
jawatan perdana menteri pada tahun 2018?

Sekiranya
kita membahagikan nilai minimum sebanyak RM686 juta tersebut dengan
tahun perkhidmatan Najib, secara puratanya setiap tahun Najib akan
menerima "hadiah " bernilai RM19 juta atau bersamaan dengan RM1.6 juta
koleksi setiap bulan!

Najib Razak cuba untuk
memperbodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa beliau menyimpan
barang-barang kemas yang bernilai sekurang-kurangnya RM686 juta tersebut
untuk tujuan pameran peribadi suatu hari nanti. 


EKSKLUSIF | Bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang
kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak
realistik.


Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana
terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20
tahun.


Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi.


"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila
ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut)
boleh berubah.


"Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.


"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat
kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan
mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib
dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya.


Hadiah pemimpin antarabangsa


Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak
polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang
dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi.


Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari
ini, Najib berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu
secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barang kemas serta barangan lain
yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang
barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta
serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur
pada bulan lalu.


Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang
tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan
yang dirampas.





"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua
kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin
antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.


"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah.
Sebagai contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku
beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara
terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak
menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah," ujarnya.


Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian beliau memegang portfolio sebagai menteri.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama
lima tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun.


Rosmah terkejut


Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya
berhubung pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib
berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah yang diumumkan.


"Saya fikir penilaian itu... dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya
seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia
mempunyai rekod bahawa ia dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti
barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” kata Najib.


Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik Rosmah.


Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.


Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan
tersebut kepada pihaknya untuk tujuan tontonan- kini membuat tuntutan
supaya barang tersebut dipulangkan semula.





“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu," kata Najib lagi.


Beliau turut menambah, selepas senarai barangan disita itu diperiksa, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.


Perkara itu, antaranya seperti tarikh pembelian serta harga sesebuah batu yang perlu dinilai terlebih dahulu, kata Najib.


"Kita perlu tahu tarikh pembelian, seperti barangan kemas.


"Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia
diperolehi atau yang dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah
daripada harga yang dibayar kerana harga batu meningkat dengan begitu
ketara bergantung kepada penilaiannya," katanya.


'Saya tidak guna hadiah yang mahal'


Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang
yang mempunyai jawatan menerima hadiah yang berharga, Najib memberitahu
isteri bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Michelle turut
menerima hadiah berjumlah berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab
Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.


Bekas perdana menteri ke-enam itu juga berkongsi bahawa memberi
hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di
negara tertentu.


"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau
juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta. Sesetengah daripada raja di
negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk
memberi barangan yang sangat berharga.


"Sebagai contoh, barangan yang diberi oleh raja-raja ini kepada saya, saya tidak gunakan.


"Saya simpan kerana saya tidak menggunakan barangan yang mahal, dan
rakan-rakan saya pun tahu mengenainya. Saya tidak menggunakan jam tangan
yang ada batu," jelas Najib.


'Hubungan erat keluarga diraja Arab Saudi'


Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi
seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib
berkata:


"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain,
seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak
mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang.


“Mahathir juga, dengan rekod, telah memberitahu beliau menerima 40
ekor kuda daripada rakannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau
terima sepanjang kariernya,” kata Najib lagi.


Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan
mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara
timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru.


Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan
almarhum Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi
Arab Saudi.


Pameran di galeri Najib


Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab
Saudi. Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia
Vladimir Putin pernah menerima penghormatan berkenaan.


Ekoran menerima pelbagai hadiah, Najib turut memberitahu beliau
bercadang untuk meletakkan hadiah-hadiah berkenaan di galerinya pada
suatu hari nanti.


"Itu niat saya. Letak barang tersebut di sebuah pameran kerana saya tidak pernah menggunakannya.


"Saya tahu ada cincin yang mahal diberikan tetapi saya tidak
gunakannya sebab saya tahu harganya mahal dan saya tahu sebagai
pemimpin, saya tak patut menggunakannya.


"Ia tidak akan digunakan dan akan menjadi sebahagian daripada galeri.
Pada suatu hari nanti ia akan dipamerkan," ujar anak lelaki sulung
kepada Tun Abdul Razak itu lagi.





Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa.


Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.


Sehubungan itu, ketika ditanya tentang penemuan wang tersebut selepas pilihan raya umum 9 Mei, Najib berkata:


“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya)
sebenarnya. Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan
memberi sumbangan kepada anda.


“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda
bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum,
semasa dan selepas pilihan raya.


“Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen.


'Dr M serah RM1.4 bilion pada Pak Lah'


“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti
Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir
meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada (Tun)
Abdullah (Ahmad) Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.


“Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.


Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4
bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:


“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak
melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan
segera oleh parti,” jelas Najib.


Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu memberitahu, terdapat duit
miliknya dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam
26 mata wang yang berbeza itu.





“Ada beberapa (wang) milik saya sendiri kerana saya telah ke luar
negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata
wang asing.


“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing,” ujar ketua Umno bahagian Pekan itu.


Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib
menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan
pilihan raya umum ke-14.


“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa
mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dalam masa dua jam dan Seri
Perdana.


“Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh
pemimpin saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik
kebal yang direka.


'Bertanding pilihan raya perlu tunai'


“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan
raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu.
Mereka juga ada tunai.


“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.


“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah
undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia
tetap akan berlaku,” tambahnya.


Najib juga turut mendakwa, salah seorang “orang” Mahathir pernah
mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya
umum ke-13.


Menggambarkan “orang” itu sebagai seorang “pembantu” yang sangat
dipercayai Mahathir, Najib berkata duit berkenaan diambil di kediamannya
di Jalan Duta.


Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan- yang merupakan bekas perenang negara- namun Malaysiakini tidak menamakannya sehingga beliau dapat dihubungi.


Malaysiakini turut menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan maklum balas.


‘Pembangkang tolak ketelusan pembiayaan dana pilihan raya’


Dalam wawancara berkenaan, Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya.


Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan
mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah
mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihan raya lebih telus
tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu.


“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).


“Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada…
apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus
dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.


“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan.





“Mereka menolaknya, saya syak mereka tidak mahu dikenali kerana jika
orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui,
maka ia akan merugikan smereka.


“Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan
saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua
pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan),
Datuk Seri Idris Jala.


“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu
dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak
oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.


“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di
negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika
saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan
merugikan kita.


Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion


“Jadi cadangan itu secara keseluruhannya… yang ada dalam rekod, kami
sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan
bertanggungjawab bagi sumbangan politik,” ujar Najib lagi.


Pada sidang akhbar pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, barangan yang
dirampas di hartanah yang dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta.


Bagaimanapun, nilai dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910
juga sehingga RM1.1 bilion. Antara barang yang dirampas ialah barangan
kemas yang bernilai RM440 juta.


Pada bulan lalu kediaman Najib serta rumah yang dikaitkan dengannya
diserbu ekoran dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus
juta dolar Amerika daripada dana 1MBD.


Malaysiakini akan menerbitkan wawancara bersama Najib secara berperingkat.

Suhaizan Kayat dilantik Speaker DUN Johor





Suhaizan Kayat dilantik Speaker DUN Johor: Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kayat hari ini dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (...



2018-06-28 14:09:26

Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kayat hari ini dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baru.

Beliau
dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan disokong oleh
ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang juga pengerusi hal ehwal agama
Islam dan pendidikan negeri.

Suhaizan, 45 adalah bekas ketua
pemuda PAS yang memulakan kerjaya politiknya di Johor. Selepas pemilihan
muktamar PAS pada tahun 2015, beliau meninggalkan PAS dan ikut serta
menubuhkan AMANAH serta dilantik sebagai setiausaha organisasi
kebangsaan AMANAH.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-4 (PRU14), Suhaizan
bertanding di kerusi DUN Kukup tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Md
Othman Yusoff dengan majoriti 862 undi.

Suhaizan memperoleh 10,251 undi, Md Othman mendapat 11,113 undi manakala calon PAS, Karim Deraman memperoleh 1,040 undi.

Dengan pelantikan itu, Suhaizan menjadi speaker DUN yang bukan ahli dewan.


Read more at https://www.kinitv.com/video/62712O74#w2I0CsqWLW0bkTDD.99

Wednesday, June 27, 2018

Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif

 Kepada tuan/puan yang menurut Rosmah bahawa barangan yang dirampas oleh pihak berkuasa merupakan hadiah atau pemberian atau didermakan atau apa2 yang sewaktu dengannya drp tuan/puan yang dermawan, budiman dan amat pemurah agar dapat membantu DS Najib dgn segera. Rakyat akan yakin jika tuan/puan membuat pengakuan tentang hadiah atau pemberian atau didermakan atau apa2 yang sewaktu dengannya kepada Rosmah dan DS Najib agar dpt membuktikan kebenarannya. Begitu juga bagi wang UMNO yang dirampas dalam simpanan oleh DS Najib kemudiannya disahkan oleh Zahid Hamidi bahawa wang tersebut memang benar wang UMNO agar setiausaha agung UMNO dan Bendahari UMNO agar dapat menyediakan dokumen sebagai bukti. Kalau Zahid tak dapat buktikan wang tersebut UMNO punya, beliau tak layak jadi presiden UMNO.



Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif: EKSKLUSIF | Bekas perdana menteri jelaskan harta rampasan RM1 bilion yang dinilai polis, berkongsi butiran wang tunai RM116 juta.



Wartawan Malaysiakini  |
Diterbitkan  |
Dikemaskini

 

EKSKLUSIF | Bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang
kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak
realistik.


Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana
terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20
tahun.


Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi.


"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila
ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut)
boleh berubah.


"Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.


"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat
kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan
mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib
dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya.


Hadiah pemimpin antarabangsa


Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak
polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang
dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi.


Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari
ini, Najib berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu
secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barangan kemas serta barangan
lain yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang
barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta
serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur
pada bulan lalu.


Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang
tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan
yang dirampas.





"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua
kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin
antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.


"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah.
Sebagai contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku
beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara
terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak
menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah," ujarnya.


Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian beliau memegang portfolio sebagai menteri.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama
lima tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun.


Rosmah terkejut


Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya
berhubung pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib
berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah yang diumumkan.


"Saya fikir penilaian itu... dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya
seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia
mempunyai rekod bahawa ia dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti
barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” kata Najib.


Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik Rosmah.


Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.


Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan
tersebut kepada pihaknya untuk tujuan tontonan- kini membuat tuntutan
supaya barang tersebut dipulangkan semula.





“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu," kata Najib lagi.


Beliau turut menambah, selepas senarai barangan yang disita itu
diperiksa, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.


Perkara itu, antaranya seperti tarikh pembelian serta harga sesebuah batu yang perlu dinilai terlebih dahulu, kata Najib.


"Kita perlu tahu tarikh pembelian, seperti barangan kemas.


"Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia
diperolehi atau yang dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah
daripada harga yang dibayar kerana harga batu meningkat dengan begitu
ketara bergantung kepada penilaiannya," katanya.


'Saya tidak guna hadiah yang mahal'


Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang
yang mempunyai jawatan menerima hadiah yang berharga, Najib memberitahu
isteri bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Michelle turut
menerima hadiah berjumlah berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab
Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.


Bekas perdana menteri ke-enam itu juga berkongsi bahawa memberi
hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di
negara tertentu.


"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau
juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta. Sesetengah daripada raja di
negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk
memberi barangan yang sangat berharga.


"Sebagai contoh, barangan yang diberi oleh raja-raja ini kepada saya, saya tidak gunakan.


"Saya simpan kerana saya tidak menggunakan barangan yang mahal, dan
rakan-rakan saya pun tahu mengenainya. Saya tidak menggunakan jam tangan
yang ada batu," jelas Najib.


'Tak salah terima hadiah mahal'


Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi
seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib
berkata:


"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain,
seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak
mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang.


“Mahathir juga, dengan rekod, telah memberitahu beliau menerima 40
ekor kuda daripada rakannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau
terima sepanjang kariernya,” kata Najib lagi.


Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan
mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara
timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru.


Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan
almarhum Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi
Arab Saudi.


Pameran di galeri Najib


Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab
Saudi. Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia
Vladimir Putin pernah menerima penghormatan berkenaan.


Ekoran menerima pelbagai hadiah, Najib turut memberitahu beliau
bercadang untuk meletakkan hadiah-hadiah berkenaan di galerinya pada
suatu hari nanti.


"Itu niat saya. Letak barang tersebut di sebuah pameran kerana saya tidak pernah menggunakannya.


"Saya tahu ada cincin yang mahal diberikan tetapi saya tidak
menggunakannya sebab saya tahu harganya mahal dan saya tahu sebagai
pemimpin, saya tak patut menggunakannya.


"Ia tidak akan digunakan dan akan menjadi sebahagian daripada galeri.
Pada suatu hari nanti ia akan dipamerkan," ujar anak lelaki sulung
kepada Tun Abdul Razak itu lagi.





Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa.


Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.


Sehubungan itu, ketika ditanya tentang penemuan wang tersebut selepas pilihan raya umum 9 Mei, Najib berkata:


“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya)
sebenarnya. Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan
memberi sumbangan kepada anda.


“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda
bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum,
semasa dan selepas pilihan raya.


“Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen.


'Dr M serah RM1.4 bilion pada Pak Lah'


“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti
Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir
meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada (Tun)
Abdullah (Ahmad) Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.


“Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.


Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4
bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:


“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak
melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan
segera oleh parti,” jelas Najib.


Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu memberitahu, terdapat duit
miliknya dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam
26 mata wang yang berbeza itu.





“Ada beberapa (wang) milik saya sendiri kerana saya telah ke luar
negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata
wang asing.


“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing,” ujar ketua Umno bahagian Pekan itu.


Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib
menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan
pilihan raya umum ke-14.


“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa
mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dalam masa dua jam dan Seri
Perdana.


“Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh
pemimpin saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik
kebal yang direka.


'Bertanding pilihan raya perlu tunai'


“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan
raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu.
Mereka juga ada tunai.


“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.


“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah
undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia
tetap akan berlaku,” tambahnya.


Najib juga turut mendakwa, salah seorang “orang” Mahathir pernah
mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya
umum ke-13.


Menggambarkan bahawa “orang” itu sebagai seorang “pembantu” yang
sangat dipercayai Mahathir, Najib berkata duit berkenaan diambil di
kediamannya di Jalan Duta.


Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan- yang merupakan bekas perenang negara- namun Malaysiakini tidak menamakannya sehingga beliau dapat dihubungi.


Malaysiakini turut menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan maklum balas.


‘Pembangkang tolak ketelusan pembiayaan dana pilihan raya’


Dalam wawancara berkenaan, Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya.


Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan
mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah
mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihan raya lebih telus
tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu.


“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).


“Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada…
apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus
dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.


“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini telah menjadi kerajaan.





“Mereka menolaknya, saya syak kerana mereka tidak mahu dikenali
kerana jika orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya
diketahui, maka ia akan memberi kekurangan kepada mereka.


“Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan
saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua
pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan),
Datuk Seri Idris Jala.


“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu
dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak
oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.


“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di
negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika
saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan
merugikan kita.


Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion


“Jadi cadangan itu secara keseluruhannya… yang ada dalam rekod, kami
sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan
bertanggungjawab bagi sumbangan politik,” ujar Najib lagi.


Pada sidang akhbar pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, barangan yang
dirampas di hartanah yang dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta.


Bagaimanapun, nilai dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910
juga sehingga RM1.1 bilion. Antara barang yang dirampas ialah barangan
kemas yang bernilai RM440 juta.


Pada bulan lalu kediaman Najib serta rumah yang dikaitkan dengannya
diserbu ekoran dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus
juta dolar Amerika daripada dana 1MBD.


Malaysiakini akan menerbitkan wawancara bersama Najib secara berperingkat.


Gurauan Bijan dieja Najib

Gurauan Bijan dieja Najib

















Gurauan Bijan dieja Najib

Gurauan Bijan dieja Najib
Netizen memberikan pelbagai reaksi di paparan Twitter, hari ini.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Netizen hari ini menjadikan jenama beg tangan Bijan sebagai
bahan gurauan dengan mengeja nama jenama itu secara terbalik.



Jika dieja secara terbalik, Bijan akan disebut sebagai Najib, individu
dikaitkan sebagai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



“Bijan? Apa itu? Jenama Najib kalau dieja terbalik haha?,” tulis @eLmiE_92 di Twitternya.



“Bijan, diterbalikkan adalah Najib. Apa yang peliknya. #bijan #worldsmostexpensivestore,” kongsi pengguna Twitter @Vijandren.



“Ada beg tangan yang berharga RM1.6 juta. Ada juga beg tangan yang
ditempah khas iaitu daripada jenama Bijan,” kata Amar Singh. Bijan ???
Najib ??? Bijan???,” @paH1m pula menulis.



Sarawak Report, portal luar negara yang sentiasa mendedahkan salah laku
pemerintahan BN sebelum ini terutamanya skandal 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) turut sama berjenaka.



“Bijan? Kedai paling mahal di dunia yang membuat beg tangan dirampas
dari Najib. Menariknya Bijan jika dieja terbalik adalah Najib,” tulis
Sarawak Report.



Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman,
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang medianya mendedahkan 567
beg tangan membabitkan lebih 37 jenama seperti Prada, Bijan dan Chanel
telah dirampas.



Daripada jumlah itu, sebanyak 272 beg berjenama Hermes dianggar
bernilai RM51.3 juta dan proses penilaian harga beg berkenaan mengambil
masa selama lapan hari.



Bijan merupakan beg tangan paling mahal yang dianggarkan berjumlah RM1.6 juta dan ia merupakan beg tangan buatan tangan.



[ARTIKEL BERKAITAN: Rantai emas bernilai RM6.4j antara paling mahal dirampas]

Barangan rampasan - 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,400 rantai






Barangan rampasan - 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,400 rantai: Polis hari ini mendedahkan barangan rampasan di hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri...





Barangan rampasan - 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,400 rantai

2018-06-27 12:39:08

Polis hari
ini mendedahkan barangan rampasan di hartanah yang dikaitkan dengan
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lepas.

Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata
rampasan bernilai RM686.37 juta, tetapi nilainya dalam pasaran semasa
boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion.

Barangan-barangan rampasan itu seperti berikut:

Wang tunai RM116.7 juta
12,000 barang kemas bernilai RM440 juta
567 beg tangan bernilai RM51.3 juta
423 jam tangan bernilai RM78 juta
234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000
Antara barang kemas dirampas pula termasuk:

Rantai leher – 1,400 unit
Cincin – 2,200 unit
Gelang – 2,100 unit
Subang – 2,800 unit
Kerongsang – 1,600 unit
Tiara – 14 unit

Read more at https://www.kinitv.com/video/62676O74#rhPUcDLQRffyhmA6.99

Nilai rampasan berkait 1MBD bernilai 900 juta hingga 1.1 billion


 

Polis belum sahkan wang rampasan milik Umno

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Polis berkata mereka belum mengesahkan sama ada wang tunai yang
dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak adalah milik Umno,
seperti dakwaan sesetengah pihak.


"Kami tidak tahu. Tiada perkataan 'Umno' dicetak pada wang itu," kata
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar
Singh dalam sidang media hari ini.


Amar berkata, jika ada pihak yang mendakwa wang tersebut milik Umno,
polis mahu mengambil keterangan mereka dan menyiasat dakwaan itu.


"Tetapi setakat ini tiada yang tampil ke depan," katanya lagi.


Dalam sidang media itu polis turut menyenaraikan pelbagai barangan
yang dirampas ketika serbuan bulan lalu di hartanah yang dikaitkan
dengan bekas perdana menteri itu.


Nilai keseluruhan berangan itu mencecah RM686.37 juta termasuk 12,000 barang kemas.


Susulan serbuan di tiga unit kondominium Pavilion Residence di Kuala
Lumpur pada 18 Mei lalu, beberapa pihak mendakwa wang tunai yang
dirampas adalah milik Umno - bukannya milik individu - dan untuk
digunakan dalam PRU ke-14.


Antara yang membuat dakwaan itu adalah Najib sendiri, ibu pejabat Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Datuk Bung Moktar Radin.


Sementara itu, Amar berkata polis akan memanggil Najib dan isterinya
Datuk Seri Rosmah Mansor tidak lama lagi untuk mengambil keterangan
mereka berhubung skandal 1MDB.


"Kami akan memanggil mereka berdua tak lama lagi dan menyiasat sama ada Rosmah terlibat dalam skandal 1MDB," katanya lagi.



Barangan rampasan - 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,400 rantai

Diterbitkan  | 
Dikemaskini




Polis hari ini mendedahkan barangan rampasan di hartanah yang
dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bulan
lepas.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh
berkata rampasan bernilai RM686.37 juta, tetapi nilainya dalam pasaran
semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion.


Barangan-barangan rampasan itu seperti berikut:


  • Wang tunai RM116.7 juta
  • 12,000 barang kemas bernilai RM440 juta
  • 272 daripada 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta (Baki 295 masih belum dinilai)
  • 423 jam tangan bernilai RM78 juta
  • 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000
Antara barang kemas dirampas pula termasuk:


  • Rantai leher – 1,400 unit
  • Cincin – 2,200 unit
  • Gelang – 2,100 unit
  • Subang – 2,800 unit
  • Kerongsang – 1,600 unit
  • Tiara – 14 unit






Tuesday, June 26, 2018

Ikrar Umno ke Putrajaya sebelum PRU15 dapat sokongan

Ikrar Umno ke Putrajaya sebelum PRU15 dapat sokongan: Abd Latiff berkata ikrar Zahid itu sebenarnya adalah suara dan akar umbi yang ingin melihat Umno memiliki kuasa di Putrajaya.

Ikrar Umno ke Putrajaya sebelum PRU15 dapat sokongan

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Ikrar calon presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berusaha sebaik mungkin supaya parti berkenaan dapat membentuk kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang bukan kenyataan 'terhegeh-hegeh' atau menggadai maruah parti.


Sebaliknya, menurut anggota Parlimen Mersing, Datuk Abd Latiff Ahmad,
cadangan Zahid termasuk kemungkinan Umno membentuk kerajaan dengan
sesiapa saja termasuk apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana
menteri, mengandungi makna terselindung.


“Ia sebenarnya adalah suara dan akar umbi yang ingin melihat Umno memiliki kuasa di Putrajaya.


“Tidak timbul soal melukut di tepi gantang dalam isu ini kerana Umno
perlu berkongsi kuasa dengan pentadbiran yang ada memandangkan suaranya
yang kuat di Parlimen tidak memungkinkan Pakatan Harapan dapat bertakhta
dengan aman,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.


Menurut Abd Latiff yang juga adalah anggota Majlis Tertinggi Umno,
sebagai parti terbesar dan parti Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan,
adalah janggal bagi negara majoriti Melayu duduk di Dewan Rakyat
sebagai pembangkang.


Pada pilihan raya umum pada 9 Mei lalu, Umno memenangi 54 kerusi parlimen dan hanya kekal berkuasa di dua negeri.


Mengulas lanjut, Abd Latiff berkata, Umno kekal sebagai parti yang
mempunyai paling banyak kerusi dan walaupun sebagai pembangkang, Umno
masih dilihat mewakili suara majoriti rakyat, khasnya orang Melayu.


“Jadi, bukanlah mudah bagi HARAPAN menafikan suara Umno di Parlimen, terutama dalam mencari undi bagi meluluskan sesuatu usul.


“Oleh itu, daripada menjadi penghalang, lebih baik Umno ditarik
mengganggotai kerajaan menerusi satu formula khas penyatuan kerajaan.


“Lagipun, Umno ada pengalaman luas mentadbir negara dari segenap sudut,” katanya.


Semalam, Ahmad Zahid mendakwa HARAPAN - yang berjaya menumbangkan BN pada PRU14 - kini bermasalah.


Kata anggota parlimen Bagan Datuk itu, jika dipilih menjadi presiden
Umno nanti beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga parti
berkenaan supaya dapat membentuk kerajaan semula.


"Pembentukan kerajaan ini bukan saja kita kena tunggu sampai PRU ke-15.


"InsyaAllah, kita tahu sebelah sana (HARAPAN) ada goyang sana ada goyang sini, retak sana retak sini.


"Siapa yang retak pun sedang cari Umno (sebab) kita parti tunggal yang besar, yang ramai (di Dewan Rakyat)," katanya.


WSJ gambarkan Rosmah kuasa sebenar di belakang Najib

WSJ gambarkan Rosmah kuasa sebenar di belakang Najib: Laporan itu juga dakwa Rosmah cuba menghalang siasatan pihak berkuasa ke atas 1MDB pada 2015.



WSJ gambarkan Rosmah kuasa sebenar di belakang Najib

Diterbitkan  | 
Dikemaskini




Sebuah laporan terbaru Wall Street Journal (WSJ)
mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai pengaruh besar terhadap
keputusan yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Najib Razak ketika
beliau menjadi perdana menteri.


Laporan itu memaparkannya sebagai "wanita pertama yang kuat" yang
mana pendapatnya sering menguasai "Najib yang kurang tegas" dan mereka
kekal sebagai "pasangan setia".


"Sewaktu pengasas Singapura, Lee Kuan Yew bertemu dengan Najib pada
tahun 2009, Lee meminta Rosmah untuk ikut hadir, mengulas kepada media
Singapura berkata beliau telah mendengar pasangan itu bekerja sebagai
satu pasukan," petik laporan itu.


Laporan itu mendakwa Najib kelihatan "hanya menjadi satu bahagian"
daripada urus niaga 1MDB, yang menjadi subjek penyiasatan Jabtan
Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).


"Si isteri mempunyai lebih banyak gambar berbanding suami," kata WSJ,
memetik seseorang yang dianggap oleh penyiasat Amerika Syarikat (AS)
sebagai memainkan peranan utama dalam dakwaan penipuan 1MDB.


Dakwaan halang siasatan 1MDB


Laporan itu mendakwa Najib mahu meletak jawatan pada 2016 berhubung
siasatan terhadap 1MDB tetapi Rosmah tidak bersetuju dan sebaliknya cuba
menghalang siasatan.


Pada masa itu, Jabatan Keadilan AS telah mendedahkan ia sedang
menjejaki aset berkaitan dengan 1MDB yang didakwa dibeli dengan wang
yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara itu.


"Satu (sumber) berkata Rosmah menggesa beliau (Najib) untuk tetap
teguh, menyifatkan perkara itu sebagai 'ujian daripada Allah' dan beliau
membantunya dengan mengetuai ikhtiar untuk menghalang siasatan di
Malaysia.



Adik PM prihatin isu harta pusaka Tun Razak

Diterbitkan  | 
Dikemaskini




Empat orang adik perdana menteri hari ini menimbulkan kebimbangan ke
atas laporan media berhubung harta pusaka bapa mereka, perdana menteri
kedua, Tun Abdul Razak Hussein.




Spekulasi itu timbul selepas Pejabat Perdana Menteri memberitahu akhbar

New York Times

bahawa gaya hidup abang mereka, Najib tidak menghairankan "untuk seorang
individu dengan kedudukan dan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan
juga warisan harta pusaka (yang diperolehinya)".




"Kami sangat bimbang kerana beberapa laporan berita terkini dan tulisan
(di Internet) menimbulkan spekulasi berhubung bentuk dan tahap warisan
yang ditinggalkan arwah bapa kami, Abdul Razak.




"Kami ingin menyatakan bahawa Abdul Razak merupakan orang yang sangat
berprinsip dan hal ini diketahui semua yang mengenali sikap berhemah dan
integritinya.




"Apa jua kenyataan atau kaitan yang bertentangan dengan itu sama sekali
tidak benar dan mengelabui ingatan padanya dan khidmat serta
pengorbanannya pada negara," kenyataan ringkas empat beradik itu petik.





Akhbar berpengaruh itu memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri sewaktu menjelaskan sumber kekayaan tokoh berkenaan.





Akhbar itu juga menyebut, beberapa keping gambar isteri perdana menteri
Rosmah Mansor dengan pelbagai jenis beg tangan mahal tersebar meluas di
media sosial.




Laporan itu juga mendakwa memperolehi salinan invois bernilai
berjuta-juta dolar pesanan barangan kemas Rosmah di Hong Kong pada 2008
dan 2009.





The


New York Times

menyiarkan kenyataan PMO itu dalam laporannya berkaitan ahli perniagaan Jho Low

(kiri)

yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.




Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli
kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood
yang dilakukan Riza.




Menariknya, akhbar tersebut turut menyiarkan berita yang sama di dalam

bahasa Melayu

.






"Tahun lepas, Rosmah membayar pelobi Amerika untuk mendesak Jabatan
Keadilan Amerika Syarikat untuk menggugurkan siasatan terhadap 1MDB,
kata seseorang yang biasa dengan perkara itu.


"Orang ini (sumber) berkata Rosmah mengatur satu pertemuan antara
pelobi dan duta Malaysia ke Amerika Syarikat," kata laporan itu.


Menurut WSJ, Rosmah tidak menjawab permintaan mereka untuk temubual, manakala peguamnya enggan mengulas mengenai artikel itu.


WSJ, sekali lagi memetik sumber-sumber, berkata ketika
penyiasatan mengenai 1MDB di Malaysia sedang berjalan pada tahun 2015,
Rosmah telah mendesak pejabat perdana menteri untuk menyatakan gaya
hidup mewah Najib tidak menghairankan "untuk seorang individu dengan
kedudukan dan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga warisan harta pusaka (yang diperolehinya)".


Susulan itu, empat orang adik-beradik Najib mengeluarkan kenyataan
mengenai 'warisan harta pusaka itu' berkata ia menimbulkan kebimbangan.


"Kami ingin menyatakan bahawa Abdul Razak merupakan orang yang sangat
berprinsip dan hal ini diketahui semua yang mengenali sikap berhemah
dan integritinya.


"Apa jua kenyataan atau kaitan yang bertentangan dengan itu sama
sekali tidak benar dan mengelabui ingatan padanya dan khidmat serta
pengorbanannya pada negara," petik kenyataan ringkas empat beradik.


WSJ memetik seorang ahli keluarga Najib berkata Rosmah
sangat marah dengan kenyataan itu mendakwa empat beradik suaminya itu
akan menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.



Jho Low, Well Connected in Malaysia, Has an Appetite for New York



Towers of Secrecy

Urusan pelaburan di AS oleh seorang rakyat Malaysia yang rapat dengan ramai orang ternama menimbulkan tanda tanya

Image
Time
Warner Center, dua menara bercahaya di sebelah kanan, menjadi tumpuan
utama banyak urusan pelaburan asing dalam industri hartanah mewah yang
dirahsiakan di Manhattan.
CreditTodd Heisler/The New York Times



  • Taek
    Jho Low mulai mendapat perhatian umum semasa beliau masih lagi dalam
    usia 20-an, apabila beliau mulai menghabiskan ribuan dollar bersama
    rakan-rakannya di kelab-kelab malam sekitar Manhattan. “Spekulasi mulai
    timbul tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang,” lapor The New
    York Post.
    Namun, sejak itu,
    persoalan yang berlegar-legar tidak lagi hanya tertumpu kepada kehidupan
    malam beliau. Low memperlihatkan dirinya kepada umum sebagai seorang
    pelabur yang besar dalam bidang perniagaan dan hartanah di Amerika
    Syarikat. (Read in English.)
    Image
    Jho LowCreditIllustration by Michael Hoeweler
    Walaupun
    Low mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang kenamaan, namun
    begitu, terdapat sebuah keluarga yang terus-terusan dikaitkan dengan
    Low, iaitu keluarga perdana menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib
    Razak. Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih
    belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota
    London. Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit
    kondo mewah bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh
    anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan
    syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem “The Wolf of Wall
    Street” dan “Dumb and Dumber To.” (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)
    Unit
    kondo mewah dan syarikat perfileman tersebut kini dipaparkan di dalam
    sebuah siri projek siasatan global oleh New York Times yang meneliti
    aliran wang asing yang masuk ke Amerika Syarikat, dengan menjadikan
    unit-unit kondominium di dalam bangunan “Time Warner Center” sebagai
    titik fokus.
    New York Times mendapati
    bahawa walaupun sebahagian besar wang asing ini datangnya daripada
    sumber kekayaan yang sah, namun beberapa rakyat asing yang memiliki unit
    kondo di Time Warner Center telah menjadi subjek dalam beberapa
    penyiasatan kerajaan. (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)
    Projek ini turut memaparkan artikel-artikel tentang ahli-ahli politik dari Mexico (teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggerisa) dan Rusia (teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris), dan juga tentang seorang ahli perniagaan kontroversi dari India (teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)
    New York Times juga mendapati bahawa kini, lebih setengah daripada
    pembeli-pembeli unit kediaman mewah di bandar New York memilih untuk
    melakukan pembelian secara rahsia dengan menggunakan tabung amanah atau
    jenis syarikat yang lain, daripada memilih untuk menggunakan nama mereka
    sendiri.
    Pada tahun 2011, Low telah
    membeli sebuah penthouse di Time Warner Center bernilai RM 109 juta
    dengan menggunakan sebuah syarikat yang rahsia. Pada masa yang sama
    juga, Low mulai dikritik oleh umum di Malaysia. Kritikan tersebut
    mempersoalkan peranan Low dalam pembentukan 1MDB, yang merupakan
    syarikat pembangunan strategik milik kerajaan. Sejak itu, parti
    pembangkang dan juga beberapa ahli UMNO terus mempersoalkan 1MDB, di
    mana lembaga penasihatnya juga dipengerusikan oleh Najib sendiri.
    Menurut
    Low, Riza Aziz merupakan sahabatnya, dan hartanah yang dijualnya kepada
    Riza telah dilakukan sebagai dua individu persendirian dan telah
    mengikut kadar pasaran semasa.
    Pada
    masa yang sama, Riza mengatakan dirinya seorang yang kaya secara
    peribadinya. Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa Najib juga tidak
    memeriksa berapa banyakkah pendapatan anak tirinya itu.
    Malaysia
    merupakan salah satu negara dengan aliran wang keluar tertinggi di
    dunia. Keadaan ini telah menempatkan Malaysia, sebuah negara dengan
    hanya 30 juta penduduk, bersama-sama dengan negara seperti China, Rusia,
    India, dan Mexico – negara-negara di mana aliran wang keluar yang
    tinggi lebih biasa dilihat.
    Sepanjang tempoh pemerintahan beliau, Najib juga telah berusaha untuk membina hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...