Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, May 21, 2018

Pertemuan PM bersama warga Jabatan Perdan Menteri


 

Dr M ikrar kembalikan kegemilangan pentadbiran negara

Kow Gah Chie  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar
mengembalikan kegemilangan pentadbiran negara, yang menurutnya suatu
ketika dulu pernah dianggap yang terbaik di kalangan negara Komanwel.
Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau
menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara "tidak lagi
dipandang tinggi" negara lain.
"Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai
terbaik dalam (negara) Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan
baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi
dihormati dan dipandang tinggi.
"(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya
kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya,"
katanya.
Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.
Seperti yang diumumkan Mahathir sebelum ini, hadirin tidak lagi disambut dengan slogan "salam 1Malaysia" yang menjadi kelaziman pentadbiran BN.
Lagu tema 1Malaysia yang sering dimainkan ketika perhimpunan bulanan
itu turut digantikan dengan "Keranamu Malaysia" dan "Malaysia Tanah
Airku".
Larangan untuk media tertentu daripada membuat liputan di JPM juga ditarik balik. Malaysiakini dan KiniTV dibenarkan memasuki bangunan JPM.
Mahathir turut membangkitkan kepentingan membersihkan salah laku pentadbiran terdahulu menurut undang-undang.
"Saya bersyukur kerana tiada banyak masalah berhubung kerjasama
daripada pegawai sedia ada, tetapi kita harus ingat yang salah tetap
salah.
"Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang," katanya lagi.
Sebagai sebuah negara demokrasi, katanya lagi, aspek pemisahan kuasa
antara eksekutif, legislatif dan kehakiman amat penting bagi memastikan
salah urus tadbir tidak berlaku.
"Ini kita mesti ingat, pentadbir menjadi tangan yang kuat dalam
melaksanakan urusan dan bangunkan negara. Pentadbiran mesti terdiri
daripada mereka yang baik dan tidak terpesong.
"Tanpa pemisahan (kuasa), satu pihak akan menguasai ketiga-tiga (aspek)," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.
"Bagaimana untuk menyelesaikan hutang ini bergantung kepada usaha dan
daya kerja kita mengatasi cabaran. Untuk itu kita perlu berkerjasama,"
katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...