Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, May 21, 2018

LIVE: Istiadat angkat sumpah Menteri Kabinet di Istana Negara


 

Wan Azizah ketuai upacara angkat sumpah 13 menteri kabinet

Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia
serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V di Istana Negara hari ini.


Istiadat itu yang berlangsung di Singgahsana Kecil turut disaksikan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah
Mohamad Ali.


 

Istiadat
berkenaan bermula pada 5.45 petang dengan penerimaan surat cara
pelantikan oleh Dr Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan
Pembangunan Keluarga.
Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.
Dr Wan Azizah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum
menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua
Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali
Hamsa.
Turut mengangkat sumpah berkenaan ialah Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri
Dalam Negeri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan
dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri
Pertahanan.
Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik pula mengangkat
sumpah sebagai Menteri Pendidikan, Anggota Parlimen Titiwangsa Rina Mohd
Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Timbalan Presiden PKR Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi), Ketua Wanita PKR
Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (Menteri
Pengangkutan).
Turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo
sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Naib Pengerusi DAP M
Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia), Timbalan Presiden Amanah
Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Pengarah
Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).
Mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Raus dan Ali.
Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Pada 10 Mei lepas, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi
Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun
Barisan Nasional.
Dr Mahathir dijangka menamakan anggota Kabinet yang seterusnya secara berperingkat.
Selepas istiadat itu, Dr Mahathir dan anggota Kabinet dijadual
menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama Yang di-Pertuan Agong.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...