Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, May 22, 2018

Bos SPRM bongkar cerita - Sekilas Fakta 22 Mei 2018


 

Shukri: NYPD lindung saya daripada ‘gangguan’

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 
Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan

bahawa beliau menjadi mangsa ‘gangguan’ ketika menyiasat jejak wang 1MDB pada tahun 2015.


Menurutnya, pada 31 Mei 2015 beliau berlepas ke Washington bagi
mendapatkan perlindungan bagaimanapun memaklumkan kononnya beliau akan
ke Arab Saudi.


"Saya ubah haluan dan ditularkan yang (kononnya) saya akan ke Arab
Saudi menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah kepada saya
di Jeddah dan dimaklumkan saya akan ditangkap di sana.


"Di Washington pula ada orang ikut saya, pasukan saya ambil gambar
dan hantarkan pada saya kemudian saya hantarkan kepada bekas Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan memaklumkan untuk cari pegawai yang
lebih bijak untuk ikut saya...


“Bukan dia ikut saya tetapi saya ikut dia," katanya pada satu sidang akhbar hari ini.


Shukri, sebelum ini adalah timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM.


"Secara kebetulan, saya berkawan dengan Jabatan Polis New York (NYPD). Mereka lindungi saya selama seminggu.


"Mereka bekalkan saya dengan tiga pengawal peribadi," katanya.


Namun, menurut Shukri beliau bukan satu-satunya pegawai SPRM yang ditekan ketika itu.


Di tanah air, katanya, dua pegawai SPRM ditangkap oleh polis, manakala beberapa pegawai tinggi lain disoal-siasat.


"Di Washington, saya menangis seperti kanak-kanak ... Saya rasa
bersalah, anak buah saya ditangkap, sedangkan saya berada di Amerika
Syarikat," kata Shukri dengan penuh emosi.


Beliau kemudian membuat beberapa panggilan telefon kepada
menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri
Shahidan Kassim dan Datuk Paul Low untuk meminta anak buahnya itu
dilepaskan.


Shukri berkata walaupun diberi jaminan oleh Shahidan melalui mesej
bahawa pegawainya akan dikembalikan dan dilepaskan, namun beliau tidak
mempercayai janji menteri berkenaan.


Shukri membalas mesej itu, “Saya tidak percayakan janji anda, janji politik, I nak you
buat segera, jika tidak saya akan kembali dan menggunakan kuasa saya
untuk menahan pegawai yang mengeluarkan surat pertukaran kepada
pegawai-pegawai”.


Shukri berkata beliau tahu kesannya amat besar jika beliau berbuat
demikian tetapi semua itu dilupakan kerana tindakan itu dibuat demi
negara.


Shukri berkata sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau berjumpa
dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beliau bersetuju
untuk mengembalikan pegawai-pegawainya.


Shukri berkata usaha untuk mendedahkan kes ini tidak terhenti
walaupun menerima ugutan demi ugutan malah beliau dan Abu Kassim
berpecah untuk berjumpa dengan beberapa menteri bagi meyakinkan mereka
bahawa RM42 juta dan RM2.6 bilion adalah kes yang benar.


“Jika sayangkan negara gantikan Najib dengan orang lain, namun hanya tiga menteri yang berani mendedahkan perkara itu,” katanya.


Shukri berkata pada peringkat akhir perkhidmatannya di SPRM pada 2016
beliau ada mendengar desas-desus mengenai pelantikan bekas Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang akan mengambil alih
tampuk kepimpinan SPRM.


Beliau berkata pada ketika itu, Abu Kassim tiada pilihan dan terpaksa
mengundurkan diri dan terdapat cadangan timbalannya, Datuk Seri
Mustafar Ali menggantikan tempatnya namun ditolak.


Shukri berkata Dzulkifli, yang kemudiannya dilantik menerajui SPRM
sepatutnya membuat kajian menjadikan kes 1MDB lebih kuat (untuk
pendakwaan) dan bukannya melindungi pesalah.


"Ini merupakan satu pengkhianatan yang besar dan saya tidak akan
bekerja di bawah pengkhianat. Jadi saya mohon untuk berhenti awal dan
saya hanya ambil kursus Bahasa Arab sebagai alasan untuk keluar daripada
SPRM,” katanya.


Selain itu, Shukri juga mendedahkan bahawa ganguan terhadapnya, tidak berhenti setakat itu.


Malah katanya, peluru juga dihantar ke rumahnya.


"Ada peluru yang dihantar ke rumah saya, saya tidak beritahu sesiapa, termasuk isteri saya kerana tidak mahu mereka takut.


"Saya tidak membuat laporan polis kerana saya tidak mahu ia menjadi tular," katanya.


Shukri, bagaimanapun, enggan mendedahkan siapa yang membuat ancaman
terhadapnya, beliau sekadar berkata dirinya tahu siapa mereka.


Dalam pada itu, Shukri mendakwa terdapat seorang anggota Parlimen
dari utara yang mengganggu siasatan 1MDB dan mengajak beliau untuk
berunding berhubung perkara itu.


Anggota Parlimen: “You nak apa?, balas Mohd Shukri, “I nak
satu sahaja, jangan campur tangan dalam siasatan saya (1MDB), biar
saya selesaikan, Peguam Negara akan buat keputusan (berhubung perkara
ini).


“Sekali lagi awak datang (ganggu siasatan 1MDB), saya akan
tahan awak,” kata Shukri yang
menggelarkan anggota Parlimen berkenaan ‘raja wang tunai’.


Tanpa menamakannya,
Shukri berkata anggota Parlimen berkenaan merupakan orang suruhan yang
diarahkan untuk mengganggu siasatan kes itu.


Katanya selama setahun enam bulan kebelakangan ini Shukri
berkata beliau hanya menceritakan kepada rakyat secara kelompok
kecil-kecilan dan tidak membuat ceramah terbuka.


“Saya simpan perkara ini (tidak dedah kes sebenar 1MDB), sampai satu
masa Allah beri saya peluang pada hari ini untuk menceritakan perkara
sebenar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...