Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, March 15, 2012

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!! . SUARA PAKATAN RAKYAT TAK MEMBUTUHKAN RAFIZI???

Kantoiiii!!! Rafizi bangkit isu pertunangan anak PM... PKR panas punggung! Baca sini...

Kali ini puak-puak PKR serta blogger pro PKR nampak begitu beserabut serta hangin dengan tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011.

Rafizi Ramli di anggap kurang ajar, dan ramai rakan penulis dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang jelas tidak senang dengan banyak tindakan Rafizi kebelakangan ini. Rafizi dikatakan menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mengatasi peranan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, termasuk mendapatkan jawatan di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan macam-macam lagi lah...

Kalau tak caye, klik tajuk dibawah:

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!!

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!!

PENULIS benar-benar berang dengan tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011.

Apa tujuan Rafizi menjadikan kes Anwar tersebut sebagai contoh bila mana tidak ada seorang pun dari kami yang telah lama berjuang dalam PKR ini yang percaya Anwar pernah melakukan kesalahan tersebut. Pada kami, kes itu adalah sebahagian daripada konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang beliau ketika itu.

Kalau sudah terkantoi menipu, tanggung sendiri sajalah, kenapa pula hendak membabitkan Datuk Seri?

Apakah Rafizi cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa Anwar juga pernah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Adakah ini niatnya?

Penulis minta Rafizi jelaskan kepada laman ini dan seluruh penyokong PKR serta Pakatan Rakyat yang jelas terluka dengan kenyataan ini, adakah dia berniat untuk memalukan Anwar dalam menyokong dakwaannya bahawa Najib menyalahgunakan kuasa dalam soal penganjuran majlis pertunangan tersebut?

Sudahlah tuduhan salah guna kuasa ke atas Najib ini hanya akan memakan diri sendiri kerana umum mengetahui bahawa tugas Rafizi sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang diterajui Anwar, turut sama menguruskan hal peribadi Anwar juga. Apa kata Rafizi nanti kalau penyokong UMNO membangkitkan hal itu nanti?

Ini masalahnya bila bercakap tak guna otak.

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!!

Kenyataan Rafizi Dalam Mkini Yang Menaikkan Kemarahan Penulis & Ramai Penyokong PKR

Secara peribadi, penulis pun tidak pasti dengan gaji lumayan yang diterimanya sekarang, berapa banyak masa dihabiskan Rafizi membantu Anwar menguruskan strategi ekonomi yang betul untuk negeri Selangor kerana kelihatan masanya banyak dihabiskan untuk mencanang dirinya sebagai Pengarah Strategi PKR yang paling baik di antara pemegang-pemegang jawatan tersebut sebelumnya.

Tidak hairan kenapa penyokong UMNO merujuk penubuhan pejabat tersebut sebagai pembaziran wang rakyat Selangor. Mana tidaknya, CEO yang dilantik lebih banyak berpolitik dari membantu Penasihat Ekonomi yang mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mengemudi PKR dan Pakatan Rakyat.

Rafizi (jika punya intergriti), sepatutnya menumpukan lebih banyak usaha membuktikan dakwaan bahawa wang rakyat digunakan dalam membiayai perbelanjaan Majlis tersebut, bukannya membangkitkan isu baru dan membandingkan pula dengan kes yang pernah dihadapi Anwar.

Itu namanya kurang ajar.

Sekarang penulis faham, kenapa ramai rakan penulis dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang jelas tidak senang dengan banyak tindakan Rafizi kebelakangan ini. Rafizi dikatakan menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mengatasi peranan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, termasuk mendapatkan jawatan di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Semua ini begitu ketara sekali selepas Rafizi tewas dalam pencalonan untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan Nasional 2010.

Rafizi juga berjaya menggunakan NGO parti, Jingga 13 untuk menjayakan kepentingannya sedangkan semua dalam Biro Politik PKR tahu bahawa Jingga 13 ditubuhkan untuk menyokong agenda parti, bukan agenda Rafizi.

Penulis tidak mahu mengatakannya tapi kelihatan Rafizi menggunakan PKR untuk kelebihan peribadi dirinya dan mencemarkan imej pemimpin tertinggi kita dalam masa yang sama.

http://suarapakatanrakyat.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...