Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, March 12, 2012

DIALOG ANWAR IBRAHIM DI DEWAN DE PALMA, JAWAPAN SESI DIALOG ANWAR MACAM ORANG MABUK SAMSU... LAIN SOALAN LAIN JAWAPANNYA ... SERUPA ORANG TIGA SUKU

RAMAI YANG TERPINGA-PINGA BINGUNG DENGAN JAWAPAN ANWAR IBRAHIM!

Artikel mengenai dialog hambar Anwar Ibrahim dengan orang muda di Hotel De Palma baru-baru ini.

Sila baca : Klik Sini

Di bawah pula adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada Anwar Ibrahim : Seorang belia memulakan soalan dengan bertanyakan sekiranya Anwar tiada lagi, siapa yang akan menggantikannya.

“Siapa pengganti saya akan ikut proses demokratik. Dalam Keadilan, sekarang ini ada presiden, Wan Azizah, naib presiden Nurul Izzah, Fuziah, Surendran, Tian Chua dan sebagainya. Jangan bimbang. Dan .. mungkin, siapa tahu akan muncul tokoh baru pula,” jawab Anwar.

Seorang lagi belia minta pandangan dan pendiriannya terhadap pluralism dan Islam sekular, tetapi sebaliknya Anwar dengan panjang lebar bercerita pasal sejarah Islam, kisah sahabat nabi, khalifah dan sebagainya.

Selepas itu dia bercerita tentang politik di Turki, Tunisia dan Mesir serta kisah-kisah malang dirinya disalaherti selama hampir 10 minit. Sesudahnya, soalan itu tidak terjawab.

Selepas itu Anwar ditanya pendapat peribadinya mengenai hukum Hudud dan bagaimana dia bercadang untuk melaksanakannya supaya sesuai dengan komuniti yang berbilang bangsa.Anwar terus bercerita mengenai prinsip kebebasan, nilai islam, mahkamah syariah, sistem ekonomi dan rasuah.

Selepas itu Anwar cakap berbelit-belit.

Katanya, kalau sokong tapi tak faham konsep negara Islam, payahlah.

“Kalau kita yakin dengan Islam kita tak boleh kata Hudud itu tak ada dalam Quran. Tapi saya sebagai orang Islam, akan pertahankan undang-undang Islam. Soal perlaksanaannya kita putuskan dalam Pakatan Rakyat - orang yang menerangkannya biarlah PAS.

Orang yang rasa nak menentang, seperti DAP boleh berucap dan minta jelaskan.. Orang macam saya boleh tolong selaraskan.

"Jawapan” Anwar itu membuat ramai yang hadir terpinga-pinga kebingungan.

Menyedari taktiknya mengelirukan orang sudah berkesan, Anwar terus mengalihkan topik dengan menyerang kerajaan dan kepimpinan negara. Dia terus “rewind” skrip lama mengenai nasibnya yang kononnya tak habis-habis dicerca dan dimalukan serta haknya bersuara disekat.

Selepas itu Anwar mengungkit mengenai kes liwatnya sebelum, seperti biasa, menuduh Kerajaan Barisan Nasional dan media yang kononnya sering memutarbelitkan kenyataannya mengenai plurasima dan sekularisma.

Soalan paling menarik dilemparkan semasa dialog berkenaan ialah apabila seorang belia mempersoalkan kandungan mukasurat 6-11 Buku Jingga di mana statistik yang dipamerkan tidak disokong oleh rujukan dan bukti.

Tetapi biasalah, Anwar memang bijak menepis soalan seumpama itu. Katanya, Buku Jingga bukan penerbitan akademik. Ia sekadar menerangkan dasar Pakatan.

Menurut Anwar dia meluluskan penerbitan buku itu kerana Pakatan yakin apa yang mereka boleh buat.

“Saya setuju kita sepatutnya mengesahkan laporan itu dengan fakta yang mencukupi. Itulah sebabnya Buku Jingga mesti dibaca bersama cadangan bajet kami,” katanya -

Dialog Anwar Ibrahim di De Palma baru-baru ini mendapat sambutan dingin daripada 'anak muda'. Bertajukkan 'Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim' menyaksikan dewan tersebut gagal di isikan dengan orang ramai terutamanya anak muda.


Kehadiran Nurul Izzah juga dilihat tidak mampu untuk menarik minat anak muda seperti yang berlaku di masa Anwar Ibrahim didapati bersalah menyalahgunakan kuasa tahun 1999.


Tiada lagi x-factor yang dimiliki oleh pemimpin veteran tua itu, lebih-lebih lagi anak muda hari ini lebih kritis dan tidak akan menerima bulat-bulat sandiwara atau cerita yang dihiburkan oleh Anwar.

Anak muda hari tahu kronologi dan penolakan demi penolakan orang-orang kuat Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu merupakan mereka yang sanggup buat apa sahaja demi veteran tua ini.

Semakin orang muda tahu sebab-sebab mereka menolak dan mula menjauhi boss mereka itu. Dan semua tahu apabila bekas orang kuat Anwar Ibrahim ini mendedahkan buruk laku bekas boss beliau itu, Anwar Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau tidak menyaman mereka jika beliau berada di pihak yang benar.


Tetapi Anwar Ibrahim tidak berbuat apa-apa. Terminologi mudah kita, diam itu maksudnya betul.

Dialognya kali ini juga gagal untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai ikon dek kerana Anwar Ibrahim sebagai seorang veteran tua bertaraf datuk yang lebih layak menjaga cucu-cucu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...