Letterhead bukti Malaysia iktiraf Israel??? Bodohnya pemimpin PAS nih... Lebih Teruk Daripada Lembu dan Kambing. Tak Caye tanya Hasan Ali
Katanya, tindakan Mahathir berutus surat kepada bekas Perdana Menteri Israel dan ditulis atas nama rasmi menggunakan jawatan Perdana Menteri sebagai bukti jelas, negara mengiktiraf kedudukan Israel.
“Bagi pihak Malaysia menggunakan surat dan ‘letter head’ rasmi Perdana Menteri Malaysia itu bukti jelas negara berutusan dengan satu pihak yang kita iktiraf kedudukannya. Kalau kita tidak iktiraf tentu kita tidak tulis secara rasmi,” katanya.
Kamarudin berkata, sewajarnya Mahathir menggguna orang ketiga dan sebagainya.
“Ini adalah hubungan langsung Perdana Menteri Malaysia dengan Israel iaitu atas surat rasmi dan jawatan rasmi masing-masing,” katanya
Malah tegasnya, beliau menyokong penuh apa yang dibidaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini bahawa tindakan Mahathir menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel, bukti pengiktirafan kerajaan BN terhadap Israel.
Pada 29 Februari lalu, Bernama dipetik sebagai berkata, Menteri Luar, Dato’ Seri Anifah Aman menyifatkan ketiga-tiga surat itu diterbitkan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.
Ketiga-tiga surat itu yang masing- masing bertarikh 21 Disember 1993, 14 Mac 1997 dan 8 Jun 1999 ditujukan kepada tiga perdana menteri rejim itu.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, jika betul pemimpin BN mahu membantu Palestin bukan dengan mengutus surat sedemikian rupa.
Katanya, jika Mahathir mahu mengiktiraf Palestin, beliau boleh menyampai perasaan dan ke tidakpuasan mereka kepada Setiausaha Agung Pertububuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Suruh dia sampai kepada rejim Tel Aviv bukannya berutus secara langsung.
“Ini menunjukkan betapa erat dan mesranya hu bungan beliau dengan Perdana Menteri Israel itu,” dakwanya.
Kamarudin mengulangi penegasan, pendedahan surat itu bukti kukuh Malaysia mengiktiraf Israel di bawah pemerintahan Umno-BN.
No comments:
Post a Comment