Pendedahan demi pendedahan. Jika sebelum ini, pendedahan dibuat mengenai aktiviti perlombongan pasir yang tidak terkawal di Bukit Changgang atau lebih tepat di Kampung Olak Lempit, Dengkil, hari ini sekumpulan wartawan dibawa pula ke satu lagi kawasan perlombongan pasir di Changkat Rasah, Kuala Kubu Bharu.
Situasi sama berlaku ketika kami ke Olak Lempit, tiada sebarang aktiviti kerja-kerja perlombongan dilakukan sebaliknya sepi malah yang lebih mengejutkan, ada jentera pengorek disorokkan di sebalik pokok, seolah-olah cuba disembunyikan dari penglihatan kami.
Sehubungan dengan itu, ADUN Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mon meminta penjelasan dari Kerajaan Negeri, apakah aktivitivi perlombongan di situ dibenarkan atau lebih mudah, aktiviti ini telah mendapat permit dari kerajaan untuk sebarang aktiviti perlombongan pasir.
"Ada `informer' mereka tahu kita nak turun tinjau kawasan ini, dia takut. Kalau kata ada permit kenapa sorok jentera dalam hutan, kenapa henti kerja. Kalau betul ada permit, jalanlah terus kerja, janganlah sorok jentera dalam hutan. Itu tak logik," ujarnya YB Wong ketika mengulas mengenai tiada sebarang aktiviti kerja dilakukan di situ.
Sehubungan dengan itu, Wong berharap agar pihak-pihak berkuasa untuk memantau sebarang aktiviti perlombongan pasir di kawasan tersebut. artikel dari sahabat gunung dan foto dari gap.
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment