Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, March 12, 2012

PEMIMPIN BARISAN NASIONAL YANG BERFIKIRAN DANGKAL... KALAU BAB BERSATU KEPIMPINAN MEMANG PAKATAN RAKYAT HEBAT ... BEZA DENGAN BERSATUNYA PEMIMPIN UMNO

Bung Kata Kak Jat Terlambat


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini telah dua kali meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan ekoran kontroversi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hari ini menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebagai terbaik walaupun sudah "terlambat."

"Saya lihat ini keputusan yang baik walaupun lewat diambil, diumumkan oleh beliau hari ini. Bagi saya, ia sepatutnya sudah lama diputuskan," kata beliau sambil bertanya "mengapa harus mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini?"

"Jangan tunggu lama-lama. Buat apa hendak tunggu lama-lama," kata beliau merujuk kepada pengumuman Shahizat akan berundur pada 8 April ini.
Bung Moktar berkata, sepatutnya Shahrizat mengumumkan keputusan ini dengan segera supaya tidak membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan.
Ketika diminta menjelaskan beban di pihak Najib membuat keputusan, Bung Moktar berkata, sekiranya Shahrizat tidak berundur, sudah pasti Perdana Menteri terpaksa mengambil tindakan meminta menteri itu meletakkan jawatan.

"Ini yang saya maksudkan beban di pihak Perdana Menteri membuat keputusan," kata beliau lagi.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) ini berkata, beliau yakin keputusan Shahrizat ini akan membantu meningkatkan keyakinan ke atas kerajaan.
Disember lalu, Bung Moktar mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan atas alasan isu NFC menjadi liabiliti kepada parti.

Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita awal Disember lalu.
Bung Moktar berkata, menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.

Pada pengumuman petang semalam, Shahrizat mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita BN selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.
Katanya, surat berhubung perkara itu yang berkuat kuasa pada 8 April telah disiapkan untuk diserahkan kepada Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Ekoran perkembangan hari ini, Bung Moktar berkata, beliau berharap pembangkang tidak lagi menggunakan isu NFC dan Shahrizat sebagai modal politik.
"Selepas Shahrizat memutuskan untuk berundur, saya anggap kes ini sudah selesai. Jadi, jangan jadikan ini sebagai isu, tak perlu bangkitkan lagi," katanya lagi.

Shahrizat Jalil Makcik Bollywood - Syed Ali Syed Abas Ketua UMNO Cheras.


Apa masaalahnya dengan Ketua UMNO Cheras Syed Ali Syed Abas Alhabhee?

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO sudah menyambut baik kenyataan Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatan tetapi Syed Abas masih mahu menjadi populis yang memualkan?

Anda baca di bawah :


Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...