Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 10, 2018

Dewan rakyat kecoh! Bung, Tajuddin dihalau, MP BN protes keluar dewan


 
Kow Gah Chie  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •   
PARLIMEN | Anggota
parlimen BN keluar beramai-ramai daripada sidang Dewan Rakyat bagi
membantah keputusan Timbalan Yang DiPertua Mohd Rashid Hasnon menghalau
dua wakil rakyat gabungan pembangkang hari ini.
Bung Moktar Radin
(BN-Kinabatangan) dan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dihalang
masuk ke Dewan Rakyat selama satu hari kerana menganggu sidang dewan.

"Saya lihat Pasir Salak dan Kinabatangan terus menganggu, saya minta bentara halau mereka keluar," kata Rashid.

"Tak payah halau kami. Kami akan keluar sendiri, Dewan ini tidak adil (kepada kami)," kata seorang MP BN.

Kemudiannya,
Chan Ming Kai (Harapan-Alor Setar) memohon dewan untuk bertindak
terhadap mereka yang mengganggu beliau daripada membahaskan Rang
Undang-Undang Kewangan 2018.

'Bodoh' dan 'kurang ajar'
Terdahulu,
Bung Moktar mengemukakan usul memaksa RSN Rayer (Harapan-Jelutong)
meminta maaf kerana menyebabkan Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff
Mohd Yusof membuat keputusan untuk menghalang C Sivaraajh (BN-Cameron
Highlands) daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat sejak 5 Disember
lalu.

"Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada speaker kerana mengetahui dia (Rayer) telah membuat
kesilapan," kata Sivaraajh.

Beberapa anggota parlimen Harapan
melompat dan membantah kenyataan Sivaraajh, mengatakan Ariff tidak
membuat apa-apa kesilapan sama sekali.

Tajuddin dan MP BN yang lain terus bertegas Rashid telah meluluskan usul mereka walaupun dewan sebenarnya mengabaikan mereka.

"Ini adalah perkara maruah dan prinsip," kata Tajuddin.

Wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak mula bertelagah, dengan sebahagian MP menjeritkan perkataan 'bodoh' dan 'kurang ajar'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...