Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 9, 2018

Dr M ulangi pendirian: Kita tak boleh terima Icerd

Dr M ulangi pendirian: Kita tak boleh terima Icerd

Geraldine Tong  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Selepas berlangsungnya perhimpunan kesyukuran terhadap
keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf konvensyen PBB mengenai
kesetaraan kaum (Icerd) hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
mengulang pendirian untuk tidak memeterai perjanjian tersebut.
Beliau
berkata ini kerana Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Kaum itu tidak membenarkan kerajaan merangka dasar langkah afirmatif
(yang mengutamakan kaum atau kumpulan tertentu yang terpinggir dan
mundur).

"Kalau kita tidak beri peluang kepada orang Melayu
peluang lebih daripada kaum lain, kalau kita percaya kita mesti beri
apapun secara sama, equality, maka yang sudah cekap akan lebih berjaya dan tidak cekap jadi lebih mundur.

"Sebab
itu kita tidak boleh terima Icerd kerana ia tidak beri hak kepada kita
untuk membezakan layanan bagi kaum-kaum di Malaysia.

"Sebab mereka
tidak berada di taraf yang sama… dan kita tidak akan pinda perlembagaan
kita," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan, Kerjaya
dan Usahawan Muda Bumiputera (Putra) 2018 di Universiti Teknologi Mara
(UiTM) di Shah Alam, malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Dr Siti
Hasmah Mohd Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun,
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pengerusi Putra
Mohd Rafiq Naizamohideen dan Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Dr
Hassan Said.

Perlembagaan lindungi bumiputera
Mahathir pertama kali bercakap mengenai pengiktirafan Icerd pada September lalu.

Perdana
menteri ketika berucap pada perhimpunan agung PBB berkata Malaysia akan
memeterai kesemua konvensyen hak asasi manusia yang belum dipersetujui.

Beberapa
pihak membantah usaha kerajaan untuk mengiktiraf Icerd menyebut
kebimbangan pengiktirafan konvensyen PBB itu akan mengancam fasal
perlembagaan yang melindungi bumiputera.

Namun, kenyataan Pejabat
Perdana Menteri (PMO) pada 23 November 2018 berkata perjanjian itu tidak
akan dimeterai bagi melindungi "kontrak sosial yang dipersetujui oleh
wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini."

Perhimpunan hari
ini, anjuran badan-badan NGO Melayu Islam yang disokong PAS dan Umno
pada awalnya bertujuan membantah pengiktirafan Icerd. Bagaimanapun
selepas kenyataan PMO, himpunan itu bertukar majlis kesyukuran kerana
kerajaan tidak mengiktiraf Icerd.

Ribuan
hadir di ibu negara bagi menyertai perhimpunan itu. Menurut anggaran
Malaysiakini, pada waktu kemuncak perhimpunan kira-kira 80,000 orang
membanjiri Dataran Merdeka.

Di bawah Perkara 1 (4) Icerd,
negara-negara yang memeterai perjanjian ini dibenarkan mengamalkan
"langkah-langkah khas" termasuklah dasar tindakan afirmatif dengan
syarat-syarat tertentu.

Malahan, Majlis Peguam, Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (Suhakam) dan NGO Lawyers for Liberty telah menyatakan
konvensyen PBB itu selari dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan.

[Baca berita penuh]


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...