Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 10, 2018

Pendedahan Mujahid boleh bikin Tabung Haji lumpuh - Asyraf

Pendedahan Mujahid boleh bikin Tabung Haji lumpuh - Asyraf:

Inikah dia cara pemimpin melayu islam yg gegakgempita pada 8 Disember. (Jangan kacau melayu dan islam) bila kesilapan dilakukan oleh pemimpin melayu islam nak salahkan org lain. Apakah pemimpin melayu islam sanggup melihatkan, membisu dan memekakkan telinga bila berlaku salah urus tadbir TH. Menipu konon2nya TH untung besar hingga mampu membayar dividen sedangkan apa yg berlaku TH guna simpanan org Islam di TH utk bayar dividen bukan berdasarkan keuntungan. Jelas, bukan kaum lain yg mengkhianati melayu islam tetapi pemimpin melayu islam yang mengkhianati rakyat.



Diterbitkan  | 


   
Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mendedahkan Tabung Haji mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion dibidas Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf berkata kenyataan umum Mujahid itu boleh "mencetuskan panik" dan boleh melumpuhkan institusi Islam yang besar.

"Jika
benar pengurusan TH terdahulu telah melakukan tindakan salah kerana
membayar dividen secara haram berjumlah RM12.652 bilion sehingga TH
kekurangan RM4.1 bilion pada akhir 2017, saya sarankan agar pengurusan
TH hari ini menyaman mereka berbanding membuat kenyataan awam yang boleh
mencetuskan panik.

"Sejujurnya saya bimbang dengan reaksi pasaran
dan pendeposit yang boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa
lantaran kurang yakin bahawa TH akan memberikan dividen sebagaimana
amalan sebelum ini.

"Jika ini berlaku, TH akan berhadapan dengan krisis besar atau istilah kewangannya ‘bank-run’ yang mampu melumpuhkan sebuah institusi Islam yang besar sumbangannya kepada umat," katanya dalam kenyataan hari ini.

TH langgar dua syarat bayar hibah
Terdahulu
hari ini, Mujahid berkata berdasarkan laporan kewangan TH pada 2017,
jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion, manakala
liabilitinya pula berjumlah RM74.4 bilion.

Menurut menteri agama lagi, TH melanggar dua syarat
pembayaran hibah (dividen) sejak 2014. Kata Mujahid, terdapat dua
syarat tersebut merupakan sebelum pembayaran hibah dibuat, aset tidak
boleh kurang daripada liabiliti dan perlu terdapat keuntungan yang boleh
diagihkan.

Asyraf
yang sebelum ini memegang portfolio timbalan menteri di JPM pada era
pentadbiran BN, berkata tidak pernah mendengar mengenai hal itu,
sebaliknya berkata TH tidak pernah dilaporkan mengalami kerugian.

"Sepanjang
memegang portfolio timbalan menteri di JPM, saya tidak pernah pula
mendengar apa-apa laporan daripada (Jabatan) Audit Negara mahupun audit
luar berkenaan dengan isu pemberian dividen sepanjang 4 tahun terdahulu.

"Apatah lagi kuasa Menteri di JPM hanya boleh mengumumkan pemberian dividen setelah disahkan Audit Negara.

"Sedangkan
TH tidak pernah dilaporkan mengalami kerugian bahkan setiap wang
pendeposit dijamin oleh Kerajaan sebagaimana peruntukan Akta Tabung Haji
1995," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...