Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 9, 2018

Kontrak sosial mesti diterangkan pada bukan Melayu - Rais

Kontrak sosial mesti diterangkan pada bukan Melayu - Rais:



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Anggota Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) perlu konsisten dalam
memperjuangkan hal berkaitan Bumiputera dan Melayu, kata Pengerusi
Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim.

Kata Rais, ini termasuklah
memberikan kefahaman kepada masyarakat bukan Melayu mengenai kontrak
sosial yang dipersetujui sejak sebelum negara merdeka.

“Jangan segan dan malu untuk memperjuangkan hal bangsa Melayu dan bumiputera seperti berkaitan dengan kuasa politik dan ekonomi.

“Kontrak
sosial sebelum merdeka mesti difahami, kena terangkan (kepada kaum
lain) kenapa soal dominan siasah Melayu perlu diperjuangkan dan bukan
untuk menindas kaum lain,” katanya seperti dilapor Bernama.

Kontrak
sosial merujuk persetujuan yang dicapai sebelum merdeka antara pemimpin
Melayu, Cina dan India menerusi parti Perikatan yang memenangi pilihan
raya pada 1955.

Ia merupakan persetujuan mengenai hak keistimewaan
orang Melayu seperti  termaktub dalam perlembagaan sebagai timbal balik
terhadap pemberian kewarganegaraan terhadap orang bukan Melayu.

Bekas
presiden Gerakan Lim King Yaik pernah mengkritik amalan itu sekitar
tahun 2005 kerana menyifatkan ia sudah tidak relevan dan membuatkan kaum
Cina dan India di negara ini 'berkecil hati'.

Sementara itu Rais berkata parti itu akan sentiasa memberi teguran yang sihat kepada menteri-menteri Kabinet.

Beliau
berkata menteri-menteri baru perlu banyak belajar daripada Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di samping sentiasa mendengar rintihan
rakyat.

“Kalau sebahagian menteri Bersatu dipandang sebagai hilang
punca dan tidak ada keutuhan dalam prestasi mereka, langkah-langkah
pembetulan perlu diambil sebelum ‘cacing naik ke mata’.

“Jika
dibiarkan lama-kelamaan imej buruknya akan sampai kepada presiden,
timbalan presiden dan pengerusi Bersatu,” katanya kepada media selepas
Konvensyen Perjuangan Bersatu Negeri Sembilan.

Bersatu N Sembilan 'corot'
Konvensyen tersebut yang dihadiri lebih 500 perwakilan, dirasmikan oleh Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam
perkembangan lain, Rais berkata Menteri Besar Aminuddin Harun akan
mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersatu negeri untuk
membincangkan kedudukan parti itu di dalam pentadbiran negeri.

“Hubungan di dalam Pakatan Harapan negeri, parti kami dicorotkan dalam kedudukan tertentu.

“Menteri besar akan bertemu dengan kami dan menilai semula peranan Bersatu di peringkat pentadbiran daerah-daerah,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...