Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 11, 2018

CEO: Tiada tanda pendeposit Tabung Haji panik

CEO: Tiada tanda pendeposit Tabung Haji panik:

Haspaizi Zain  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Lembaga Tabung Haji (TH) berkata tiada pengeluaran wang besar-besaran
dilakukan pendeposit yang panik susulan pendedahan masalah kewangan
badan pengurusan ibadah haji itu semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan
merangkap Ketua Pegawai eksekutif Tabung Haji Zukri Samat berkata
pendeposit setakat ini masih yakin dan memberi sokongan penuh kepada
Tabung Haji.

"Tidak berlaku pengeluaran secara besar-besaran (oleh pendeposit), orang ramai masih menyokong kita.

"Malah
hari ini kita menerima 170 pembukaan akaun baru," katanya dalam sidang
media di Menara Tabung Haji di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau
berkata demikian ketika ditanya pemberita susulan pendedahan keadaan
kewangan Tabung Haji yang mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion.

Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof semalam juga berkata hibah
(dividen) Tabung Haji menggunakan wang pendeposit sendiri, dan bukannya
daripada keuntungan, sejak 2014.


Baca: TH: Mujahid kata defisit, Azeez kata lebihan? Ini sebabnya


Bagaimanapun
dakwaan itu dinafikan bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul
Rahim yang berkata audit oleh Ernst&Young yang dilantik ketika
pentadbiran BN menunjukkan lembaga itu mempunyai lebihan aset sejak 2015
hingga 2017.
Berhubung dua laporan polis
Tabung Haji terhadap Abdul Azeez dan beberapa bekas pegawai tinggi
lembaga itu, Zukri enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada
pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Saya bukan orang
sesuai untuk memberi komen mengenainya, sebaliknya kita serahkan kepada
pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dan memutuskannya," katanya
lagi.'

Laporan pertama berhubung Program Yayasan Tabung Haji 2017
melibatkan dana lebih RM22 juta manakala laporan kedua berhubung
tindakan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham
Tabung Haji pada 95 peratus.

Abdul Azeez bagaimanapun menafikan
dakwaan wang RM33 juta itu diselewengkan untuk tujuan politik tetapi
digunakan dalam program kebajikan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...