Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, December 14, 2018

'Inilah fahaman yang akan bawa celaka pada bangsa itu!'


 
Hariz Mohd dan M Fakhrull Halim  | 
Diterbitkan  | 

 
KONVENSYEN AMANAH | PAS dan Umno
terpaksa menggunakan sentimen agama serta perkauman bagi memastikan
kelangsungan mereka, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurut
Mohamad, kedua-dua parti terbabit kini menunjukkan mereka tidak
keberatan jika amalan salah laku dan rasuah itu dilakukan orang Melayu.

Bagi mereka kata Mohamad individu terbabit perlu disokong kerana sebagai orang Islam mereka juga akhirnya akan ke syurga.

"Akhirnya penyamun pun kita kena sokong asal dia Melayu dan Islam.

"Inilah
pandangan yang akan bawa celaka kepada bangsa," katanya semasa
meyampaikan ucapan dasar di Konvensyen Amanah di Ipoh, Perak hari ini.

Amanah
ialah parti yang ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS
yang disingkirkan perwakilan pada 2015 kerana dianggap cuba merosakkan
parti berkenaan.

Semasa berlaku krisis dalaman PAS pelbagai
tuduhan dan label dikenakan ke atas tokoh seperti Mohamad dan lain-lain,
termasuk "jebon".

Kecam pengkhianat bangsa
PAS
ketika itu juga menegaskan parti itu akan menjadi bertambah kuat jika
memutuskan hubungan kerjasama dengan parti pembangkang lain.

Namun
PRU ke-14 lalu menyaksikan Amanah membentuk kerajaan bersama parti
komponan Pakatan Harapan manakala PAS bekerjasama dengan Umno.

Mohamad
yang juga menteri pertahanan berkata penyokong PAS dan Umno juga
ditanamkan kefahaman bahawa kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan
Islam tidak perlu disokong.

Alasannya: kerana pelaku itu bukan Islam mereka akhirnya akan masuk neraka juga.

Mohamad
juga menegur sikap orang Melayu yang masih berdiam diri apabila
pelbagai agensi yang ditubuhkan untuk membantu kaum itu dikhianati.

"Skandal
kewangan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam institusi-instusi
seperti Felda, Lembaga Tabung Haji, Felcra dan tentunya 1MDB sepatutnya
menjadi agenda besar pejuang-pejuang Melayu dan pemimpin-pemimpin Islam.


"Kita mengharapkan pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang
Melayu tampil ke hadapan, bersuara mengecam pengkhianatan ini dan
bersama-sama dengan kerajaan PH membuat perubahan untuk mengembalikan
hak rakyat dan sebahagian besarnya hak orang Melayu," katanya.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...