Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 10, 2018

Tabung Haji langgar dua syarat bayar hibah - Mujahid



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa
berkata Tabung Haji melanggar dua syarat pemembayaran hibah (dividen)
sejak 2014.
Mujahid menjelaskan, terdapat dua syarat tersebut
merupakan sebelum pembayaran hibah dibuat, aset tidak boleh kurang
daripada liabiliti dan perlu terdapat keuntungan yang boleh diagihkan.

"TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti.

"Hibah
hanya boleh dikeluarkan kepada pendeposit bila aset lebih daripada
liabiliti tapi yang terjadi adalah sebaliknya. Tapi mereka masih
keluarkan hibah," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau
berkata, melalui penemuan yang didapati selepas akaun TH diaudit, aset
keseluruhan TH merupakan RM70.3 bilion sedangkan liabiliti tanggungan
adalah RM74.4 bilion.

Letak bawah pengawasan Bank Negara
Akaun yang diaudit itu berdasarkan laporan kewangan TH pada 31 Disember 2017.

Beliau
juga berkata kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah
pengawasan Bank Negara Malaysia untuk masa depan yang lebih terjamin.

"Bagi
memastikan pelan jangka panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan
untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia secara
pentadbiran bermula 1 Januari 2019," katanya.

Katanya lagi, selain itu ahli lembaga pengarah yang baharu turut mencadangkan penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV) bagi memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset TH yang kurang menunjukkan prestasi.

Untuk
rekod, SPV ialah anak syarikat yang dibentuk terpisah tanggungannya
daripada syarikat induk dan dilindungi jika organisasi utama muflis.
"Kabinet
telah berbincang tentang pelan pemulihan ini dengan teliti dan memberi
sokongan penuh terhadap pelan tersebut supaya kedudukan kewangan TH
dapat diperbaharui serta mengembalikan keyakinan rakyat," katanya.

Sebelum ini TH membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi agensi itu yang juga Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...