Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, December 14, 2018

Isa berdepan 10 pertuduhan

Isa berdepan 10 pertuduhan

Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri
Mohd Isa Abdul Samad hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur
atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima
rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel
di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn
Bhd.

Bagaimanapun, Mohd Isa, 69, mengaku tidak bersalah selepas
kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa
mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama,
Mohd Isa didakwa sebagai Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation
Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana syarikat itu telah melakukan pecah
amanah ke atas dana tersebut dengan meluluskan cadangan pembelian
Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak dengan harga RM160
juta tanpa kelulusan Anggota Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan
itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah
Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan
pelaksanaan amanah itu yang mana Anggota Lembaga Pengarah Felda memberi
mandat kepada Anggota Lembaga Pengarah Syarikat FIC Sdn Bhd dalam
membuat keputusan pelaburan melibatkan projek bernilai RM100 juta ke
bawah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara
Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini pada 29 April
2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika
sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga ke-10, Mohd Isa
didakwa telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu
wang tunai, yang kesemunya berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan
Zaidel iaitu Anggota Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties
Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu
meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching oleh
pihak Syarikat FIC Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Dia
dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda,
Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini antara 21 Julai 2014
dan 11 Dis 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau
nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit
kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar
Saifuddin Jaafar manakala Mohd Isa diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran
dan peguam Ridha Abdah Subri.

-- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...