Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 10, 2018

Audit: Tabung Haji bayar dividen guna simpanan pendeposit @ kenapa pemimpin Melayu Islam menipu??

Audit: Tabung Haji bayar dividen guna simpanan pendeposit



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Tabung Haji (TH) didapati membayar hibah (dividen) menggunakan
simpanan pendeposit, menurut semakan kedudukan kewangannya pada 2017
oleh syarikat audit bebas PriceWaterhouseCoopers (PWC).

Bagaimanapun,
atas kertas, TH memberikan gambaran bahawa hibah dibayar menggunakan
keuntungan syarikat, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat
hari ini.

Dalam langkah pertamanya, TH menjual saham-sahamnya
dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi menunjukkan keuntungan
syarikat.

Bagaimanapun, saham-saham itu kemudian dibeli kembali dengan penambahan kos pembrokeran.

Selain itu, anak-anak syarikat TH juga mengisytiharkan dividen yang tinggi kepada dana itu tetapi jumlahnya tidak dibayar penuh.

“Walaupun
transaksi itu dilihat tindakan komersial, kami faham bahawa niatnya
untuk membolehkan Tabung Haji melaporkan keuntungan lebih tinggi untuk
untuk pengagihan kepada pendeposit.

“Ini hanya membuatkan hibah
didanai oleh wang tunai daripada dana simpanan pendeposit dan bukannya
keuntungan keuntungan,” kata PWC dalam laporan itu.

Dalam urusan pertama, TH menjual 2.551 billion saham BIMB untuk mendapatkan keuntungan RM553 juta.
Bagaimanapun,
pada tahun sama, dana umat Islam untuk mengerjakan haji itu kemudian
membelinya semula dengan harga RM2.688 bilion.

Justeru, kata
laporan itu, penjualan itu tidak memberikan sebarang faedah tunai kepada
TH sebaliknya hanya menaikkan keuntungan untuk untuk tahun kewangan
2017 sebanyak RM553 juta.

PWC juga berkata mereka telah
mewawancara peniaga ekuiti Tabung Haji yang mengakui penjualan dan
pembelian semula saham BIMB itu hanya demi menunjukkan keuntungan
sementara untuk mewajarkan pembayaran dividen.

Peniaga itu juga
berkata, menurut laporan, transaksi itu (penjualan dan pembelian semula
saham) tidak direkodkan dalam kenyataan kewangan TH – amalan yang
menjadi standard laporan kewangan.

Modus operandi sama dikatakan digunakan pada tahun 2016.

Sementara
itu, susulan pengisytiharan dividen anak syarikat TH, dikatakan RM510
juta telah diisytiharkan tetapi sebanyak RM222 juta lagi belum dibayar.

“Kami
tidak dapat mengesahkan sama ada dividen-dividen ini (dari anak
syarikat TB) dapat diselesaikan sebelum 31 Disember 2018,” katanya.

Tahun lepas, TH mengisytiharkan dividen sebanyak 4.5 peratus dan bonus 1.75 peratus.

Terdahulu,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof berkata Tabung Haji
mengalami defisit RM4.1bilion, berdasarkan laporan kewangan TH pada
2017.

[Baca berita asal]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...