Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 11, 2018

Azeez Rahim pertikai Mujahid isu Tabung Haji


  

Yasmin Ramlan  | 
Diterbitkan  | 


   
Bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim mempertikaikan
kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa semalam
berkaitan kedudukan kewangan badan berkanun itu.

Katanya, Mujahid tidak menyentuh langsung berkenaan laporan Tabung Haji oleh syarikat Ernst&Young (E&Y).

Menurut anggota Parlimen Baling itu, laporan E&Y tersebut dari tahun 2015 hingga 2017 menunjukkan lebihan aset.

"Apa yang dinyatakan dalam sidang akhbarnya tidak tepat.

"Menteri
tidak mengambil kira laporan E&Y dalam menilai nilai realis aset
keseluruhan melibatkan anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat
usahasama dan hartanah.

“Apa yang diambil kira hanya laporan kewangan semata-mata," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Katanya,
Mujahid sebaliknya hanya menyebut tentang laporan audit pada 31
Disember 2017 dengan RM4.1 bilion defisit yang dijalankan oleh juruaudit
bebas dari syarikat Price Waterhouse Coopers (PwC), iaitu dilantik
selepas pengurusan baharu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...