Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 12, 2018

Apa makna laungan Hidup Melayu kini? Hidup!Hidup Pemimpin Melayu Islam (UMNO+PAS)

Apa makna laungan Hidup Melayu kini?:

Raja Bahrin Shah  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   



ULASAN | Satu demi satu institusi
yang menjadi harapan besar orang Islam dan Melayu menjadi mangsa salah
guna kuasa serta diseleweng oleh kerajaan lalu.

Dulu Mara,
kemudian Felda, dan kini Tabung Haji. Kalau ada 300 syarikat milik orang
Islam dan Melayu seperti ini, mungkin kesemua 300 itu juga akan
lingkup.

Pengurus serta pengarahnya orang Islam dan Melayu. Namun
orang Islam dan Melayu itulah nampaknya mengkhianati pemegang umat
Islam dan Melayu yang berharap kepada mereka.

Siapa lagi kalau bukan "orang kita" daripada kumpulan perompak sama yang menyamun 1MDB.

Sama
seperti dalam kes hutang negara yang melebihi RM1 trilion yang didedah
kerajaan Pakatan Harapan (PH). Namun apabila ia didedahkan Umno mendakwa
kerajaan menakutkan pelabur asing.

Soalnya: Adakah kita mesti tunggu hutang negara mencecah RM7 trilion baru wajar didedah?

Dalam
kes TH pendedahan dibuat Dr Mujahid Yusof tentang liabititi ditanggung
agensi itu didakwa Ketua Pemuda Umno Asraf Wajdi Dusuki sebagai akan
menakutkan pendeposit dan boleh mencetuskan krisis.

Nampak sikap bersepakat
Soalnya: Kalau tidak didedahkan sekarang Umno dan PAS mungkin - pada kemudian hari - menuduh PH yang bersalah.

Dalam
kes 1MDB pula presiden PAS berkata biarlah Najib menghabiskan penggal
pentadbirannya sebagai perdana menteri sambil berharap dia
memperbetulkan kesilapannya.

Sejarah menunjukkan memang Najib
menghabiskan penggalnya. Dan selepas itu isu 1MDB menjadi lebih parah
dan hutang menjadi berlipat kali ganda.

Nampaknya penyokong PAS
dan Umno yang mendakwa diri mereka pembela agama dan bangsa sepakat
dalam pendekatan mereka dalam isu salah guna kuasa.

Kes Tabung Haji dan 1MDB menunjukkan pola itu.

Gambar fail
Mereka
tidak memandang berat isu tersebut apabila suspek ialah orang yang
dirasakan sama seperti mereka - kononnya pejuang Islam dan Melayu.

Mereka
tidak peduli bahawa pendeposit TH - antaranya - ialah peniaga kecil,
petani dan nelayan miskin. Dan mereka hampir semuanya beragama Islam dan
berbangsa Melayu.

Salah guna kuasa hanya mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dan menjadikan Melayu dan Muslim terbabit lebih merana.

Satu bangsa sama agama
Isu kewangan Mara, Felda, 1MDB - dan sekarang TH - setakat ini tidak pula membawa PAS dan Umno berhimpun serta berarak.

Sedangkan ia adalah kerugian "real" dan diakui sudah parah. Di mana pembela Islam dan Melayu dari PAS dan Umno?

Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diksriminasi Kaum
(Icerd) tidak dilaksanakan pun dan Putrajaya sudah mengesahkan ia tidak
diterima, namun himpunan tetap diadakan.

Isu RUU355 dibentang namun ditangguh tiga kali di parlimen melalui adegan yang nampaknya melibatkan kerjasama PAS dan Umno.

Himpunan RUU355 di Padang Merbok
Selepas itu himpunan diadakan di Padang Merbok kerana kononnya PH menghalang RUU355.

Hari ini selepas PRU ke-14 berlalu, hilang senyap langsung isu RUU355.

Kerugian
Mara, Felda dan TH adalah tragedi ke atas orang Islam dan Melayu akibat
kerakusan dan salah guna kuasa oleh orang yang sebangsa dan seagama
mereka.

Ia bukan kerana salah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau orang Cina atau India.

Ini
adalah tragedi buatan orang Melayu Islam yang mengkhianati orang
Melayu-Islam lain. Dan Melayu-Islam dari Umno dan PAS masih
berdolak-dalih bangkit membela.

Mereka cuma mahu melaungkan: Hidup Melayu!

Tambahan:

Kenyataan
Anggota Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali hari ini yang
mendakwaan isu TH mungkin rekaan PH sangat tidak munasabah.

Beliau
mungkin tidak sedar selain laporan audit syarikat akauntan antarabangsa
PriceWaterhouseCoopers, sebelum pada ini Bank Negara pun sudah
mengeluarkan amaran kepada TH.

Adakah sekarang PAS mahu berkata Bank Negara juga terlibat dengan komplot rekaan PH?

Sebenarnya itu menunjukkan sikap setia kawan PAS mempertahankan sahabat baru mereka iaitu UMNO.


RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...