Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 11, 2018

Tajuddin gelar dirinya 'ultra India'


 
Diterbitkan  | 


   
PARLIMEN | Tajuddin Abdul Rahman
(Umno-Pasir Salak) hari ini menampilkan dirinya sebagai pejuang
masyarakat India, malah menggelarkan dirinya sebagai seorang "ultra
India".

Tajuddin berkata demikian ketika mencelah Menteri
Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika sesi soal jawab lisan, untuk bertanya
sama ada kerajaan akan menimbang untuk membina sebuah sekolah rendah
Tamil di kawasan parlimennya.

Soalan itu mengundang ketawa anggota parlimen Pakatan Harapan (PH). "Kenapa anda ketawa?" balasnya.

Beliau kemudian menambah: "Saya sayang orang India (I love Indians, you know," dan ketawa.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian bangun dan bertanya sama ada Tajuddin berpura-pura.

Tajuddin
kemudian berkata: "Anda tahu saya beri cucu kepada orang India? Saya
bantu pembedahan orang India agar boleh melihat semula".

"Anda tak tahu, Jelutong. Saya sayang orang India. Saya ultra India (I'm ultra Indian, you know)," katanya lagi.

Kenyatan
itu menarik perhatian Maszlee yang sebelum itu menjawab soalan M
Karupaiya (PH-Padang Serai) berhubung isu sekolah Tamil.

"Terima
kasih Pasir Salak (kerana bertanya). Saya tak sangka (untuk mengetahui)
yang dia sangat sayangkan orang India atau dia seorang ultra India.

"Jadi benarlah kata-kata, 'don't judge a book by its cover'," katanya.

Tajuddin kemudian berkata: "Jangan nilai berdasarkan songkok saya".


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...