Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 11, 2018

Nik Omar: Hormati wasiat Nik Aziz mengenai Maahad Darul Anuar

Nik Omar: Hormati wasiat Nik Aziz mengenai Maahad Darul Anuar

Diterbitkan  | 


   
Rentetan kemelut yang melanda Maahad Darul Anuar, Pulau
Melaka, Kota Bharu, peninggalan bekas menteri besar Kelantan Allahyarham
Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak lelaki sulungnya Nik Omar menggesa semua
pihak menghormati wasiat ayahnya.
Menjelaskan kedudukan sekolah
itu katanya, asas sekolah tersebut ditubuhkan oleh datuknya Tok Ku Nik
Mat Alim, pada 1963 selepas kepulangan Nik Aziz dari luar negara.

Katanya,
Maahad Darul Anuar dibina atas sebidang tanah yang dihadiahkan ibu
saudara Nik Aziz dan beliau mencadangkan status tanah ini ditukar
daripada hadiah kepada waqaf.

"Ertinya, semua hak tanah berkaitan
sekolah Darul Anuar berstatus waqaf. Justeru, jelas bahawa apa saja
yang berkaitan Maahad Darul Anuar adalah diamanahkan kepada Nik Aziz
secara peribadi dan tiada kaitan dengan keluarga.

"Oleh itu,
tanah, bangunan sekolah dan masjid adalah dibawah pemegang amanah Tok
Guru (Nik Aziz)," katanya dalam kenyataan media hari ini sebagai respon
berhubung isu terkini mengenai pendaftaran pelajar baru oleh pihak tidak
bertanggungjawab di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, semalam.

Pengurusan Keluarga Besar Nikmatilah
Terdahulu,
isu Maahad Darul Anuar berlaku selepas Yayasan Islam Kelantan (YIK)
meluluskan permohonan oleh Keluarga Besar Nikmatillah supaya menguruskan
sekolah berkenaan bermula sesi pengajian 2019.

Bagaimanapun Nik
Omar sebagai pengetua yang mendakwa mewarisi wasiat ayahnya tetap
bertegas untuk mempertahankan Maahad Darul Anuar di bawah pengurusannya
yang mengambil alih sejak 2008.

Sebagai rekod, perkara itu terjadi
selepas Nik Omar muncul dalam kancah politik negara apabila menjadi
calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu.

Sementara
itu, Nik Omar berkata, pada Mei 2008, ayahnya menyerahkan mandat atau
wasiat pemegang amanah Maahad Darul Anuar kepadanya selaku anak lelaki
sulung.

Katanya,
selepas penyerahan oleh Nik Aziz, Maahad Darul Anuar mewujudkan lembaga
pengarah dipengerusikan olehnya dengan persetujuan Nik Aziz sendiri.

"Lembaga ini adalah badan tertinggi dalam menguruskan pentadbiran dan polisi Maahad Darul Anuar.

"Lembaga pengarah tidak pernah pada bila-bila masa berniat menyerahkan pentadbiran Maahad Darul Anuar kepada YIK.

"Sewajarnya
semua pihak menghormati wasiat Almarhum Nik Aziz dan tidak secara
sewenang-wenangnya cuba mengambil alih atau mengganggu Maahad Darul
Anuar," jelasnya.

Justeru katanya, amat dikesali apabila ada
pihak tidak bertanggungjawab (bertindak) menguruskan pendaftaran terbuka
pelajar baharu di dalam kawasan Maahad Darul Anuar tanpa izin lembaga
pengarah.

Ceroboh bertentangan syarak
Malah pihaknya beranggapan tindakan itu satu pencerobohan yang bertentangan dengan syarak dan moral.

"Sebagai
pewaris wasiat, lembaga pengarah akan mempertahankan hak sebagai
pemegang amanah ke atas Maahad Darul Anuar sebagai legasi pendidikan Nik
Aziz.

"Lembaga
pengarah komited untuk meneruskan amanah itu sebagai satu tanggungjawab
dan akan kekal berpegang pada amanah dan motivasi Nik Aziz dalam
mentadbir Maahad Darul Anuar," katanya.

Sehubungan itu tambah beliau, lembaga pengarah akan terus beroperasi dan mengendalikan pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2019.

"Setakat
ini, pihak lembaga pengarah berpandangan masih mempunyai kuasa
sepenuhnya terhadap Maahad Darul Anuar dan jika sekiranya terdapat
mana-mana pihak yang berpandangan sebaliknya, pihak tersebut
dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada pihak berotoriti.

"Dan
jika sekiranya masih tidak berpuashati dengan dapatan yang diperolehi,
pihak tersebut dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada pihak
Mahkamah di dalam menentusahkan ketuanpunyaan atau pemilikan Maahad
Darul Anuar ini," ujarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...