Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, April 25, 2018

sistem memilih calon Umno kali ini adalah rosak dan corrupted. @ Tak berbaloi pertahan k'jaan, Puad tinggalkan JASA

Tak berbaloi pertahan k'jaan, Puad tinggalkan JASA: “Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan.'



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Ketua Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi meletak sebagai jawatan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).


“Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan,” katanya.


Dalam kenyataan di Facebook, Puad berkata tindakannya mempertahankan
kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi, selepas mendakwa sistem
pemilihan calon BN telah rosak.


“Walaupun mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik.


“Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan
saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
dedikasi.


“Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. Until I win,” katanya.


Nama Puad tiada dalam senarai yang diumumkan BN bagi mempertahankan kerusi Batu Pahat yang pernah dimenanginya sebelum ini.


Sebaliknya Umno memilih ketua wanita bahagian itu Haliza Abdullah
sebagai peraturan mereka bagi merampas semula kerusi berkenaan yang
dimenangi PKR pada PRU ke-13 lalu.


Sebelum ini timbul spekulasi Puad akan bertanding sebagai calon bebas selepas meninggalkan JASA.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...