Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 27, 2018

Puad: Muafakat Johor Khaled umpama sampah @ Lagi pun saya sudah mengatakan “I will fight until the last drop”.

Puad: Muafakat Johor Khaled umpama sampah: ULASAN | Khaled Nordin sesuka hati ubah senarai calon berasaskan persaingan dalam parti.





Puad Zarkashi  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

ULASAN | Saya tahu ramai yang
akan mengecam saya kerana posting terbaru ini. Saya tidak akan menjawab
komen balas mereka. Yang penting saya mendedahkan apa yang ada dalam
hati nurani saya. Lagi pun saya sudah mengatakan “I will fight until the last drop”.


Orang akan kata saya kecewa dan marah. Katakanlah apa sahaja. Itulah
sahaja tuduhan yang mereka ada sedangkan saya ada keberanian mengkritik
apa yang saya yakini kemungkaran sistem yang rosak.


Saya tidak mengkritik 'Umno Perjuangan'. Sebab itu saya meletak
jawatan sebagai KP JASA kerana saya ada keyakinan diri. Kini saya tidak
terikat dengan apa apa.


Datuk Seri Khaled Nordin menjadikan “Muafakat Johor” juga umpama
sampah. Team Johor sebenarnya adalah Team Khaled. Akhirnya pemilihan
calon lebih menjurus kepada kronisme dan persiapan untuk menghadapi
pemilihan parti akan datang.


Orang yang bersama beliau mengkritik Datuk Seri Najib Razak dalam
grup Whatsapp semuanya kekal sebagai calon. Ada antara mereka berani
menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.


Kenapa saya kata begitu. Kalau betul muafakat, kenapa tidak
dirundingi Umno Bahagian dalam pemilihan calon. Ini yang berlaku di
Parlimen Batu Pahat. Ketua Bahagian tidak dirundingi.


Khaled sesuka hati mengubah senarai calon bukan lagi berasaskan merit
tetapi pertimbangan sokongan politik dan persaingan dalam parti.


Bayangkan Syarifah Azizah Syed Zain dari Bahagian Keluang boleh
bertanding di DUN Penawar Parlimen Penggerang. Apa jasa Syarifah di
sana?


Apa khidmat yang dia telah lakukan untuk mendekati pengundi sebelum menjadi calon.


Kawasan difaraidkan sesama mereka


Kenapa orang yang menghabiskan masanya di kawasannya sendiri dengan begitu mudah diketepikan?


Apakah Khaled mengamalkan muafakat Johor? Apakah Khaled yakin silent protest tidak akan berlaku.


Begitu juga Datuk Onn Hafiz Ghazi iaitu setiausaha politik kepada
Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang merupakan ahli Umno di Bahagian
Sembrong, boleh pula berpindah dan bertanding di DUN Layang Layang dalam
Parlimen Simpang Renggam. Di mana muafakatnya?


Begitu mudah kawasan-kawasan ini difaraidkan sesama mereka semata-mata mengisi keperluan strategi politik masing masing.


Gambar calon atas katil


Begitu juga di DUN Serom, senarai juga berubah di saat akhir kerana
memenuhi amalan kronisme yang tidak terkawal. Ketua Wanita Bahagian pada
mulanya dicalonkan untuk memenuhi kuota Wanita tetapi dimangsakan oleh
mereka yang ada kuasa mengubah.


Sebab itu saya kata sistem kita sudah rosak oleh mereka yang
mengatakan sistem kali ini terbaik. Sehingga ada calon yang gambarnya di
atas katil bersama perempuan bukan mahram juga terpilih sebagai calon.


Seperti yang sebut diawal tadi, jangan marah dengan apa yang saya tulis ini. Kalau tidak anda adalah double standard kerana menuduh saya marah tetapi anda pula marah kerana kritikan saya.


Saya tidak terikat apa-apa. Sebab itu keputusan saya meletak jawatan ketua pengarah JASA adalah tepat.


Saya tetap tabah tetapi semakin berani dengan ujian ini.









DATUK MOHD PUAD ZARKASHI ialah anggota Majlis
Tertinggi Umno dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),
Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


Ulasan ini asalnya hantaran di laman Facebook penulis. Rencana
ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan
pendirian rasmi Malaysiakini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...