Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 23, 2018

Pilihan raya yang sukar diramal

Pilihan raya yang sukar diramal: Bagi penganalisis politik Bridget Welsh, PRU kali ini penuh ketidaktentuan, menjadikan tempoh kempen lebih penting berbanding PRU sebelumnya.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Di saat Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BN masing-masing yakin akan
menang, manakala pandangan penganalisis pula berpihak kepada BN, ahli
akademik dan penganalisis politik Malaysia Bridget Welsh berkata PRU
kali ini masih penuh dengan ketidaktentuan.


Pensyarah Universiti John Cabot Italy itu berkata, walaupun dengan
kelebihan struktural seperti persempadanan semula yang memihak kepada
BN, persaingan antara dua gabungan politik itu masih sengit dan terbuka.


Justeru beliau berpandangan tempoh sebelas hari kempen nanti akan menjadi lebih penting berbanding PRU sebelumnya.


"Kempen (PRU ke-14) bersifat cair dan penuh dengan
ketidaktentuan...Tiada siapa yang dapat meramalkan keputusannya dengan
pasti," katanya (gambar) dalam rencana disiarkan Malaysiakini, hari ini.


Beliau memberikan lima faktor bagi menyokong hujahnya. Faktor pertama adalah pertembungan tokoh iaitu antara Mahathir dan Najib.


"Pada 2013, pilihan raya adalah tentang (faktor) Najib. Kali ini juga
serupa, tetapi berbanding sebagai kekuatan, Najib menjadi
beban...Pilihan raya ini kelihatan lebih kepada survivalnya, bukan
kepentingan parti atau negara.


"Mahathir juga tokoh yang membuatkan ramai berbelah bahagi. Walaupun
tahap korupsi tidak seteruk Najib, Mahathir ketika pentadbirannya telah
menjejaskan demokrasi di Malaysia.


"(Tetapi) Pada usia 92 tahun, Mahathir membangkitkan semangat
negarawan dan (penglibatannya) kelihatan bukan untuk kepentingan diri,"
katanya.


Katanya yang pernah menjadi felo di The Habibie Centre Indonesia, dua
tokoh ini membawa legasi masing-masing dalam pertembungan mereka dan
akan memaksa pengundi memilih pihak yang "kurang ditentang".


PAS keluar, BERSATU masuk


Faktor kedua, katanya lagi, berkaitan bertambahnya kerusi yang sengit
serta pertembungan tiga penjuru akibat keluarnya PAS daripada
pembangkang, meningkatkan lagi persaingan di sana.


"Pada 2013, hampir 50 peratus kerusi disaingi dengan sengit, dengan
32 peratus daripadanya dimenangi dengan majoriti kurang 10 peratus. Kali
ini peratusan kerusi itu dijangka meningkat sehingga 65 peratus,"
katanya.


Katanya, ia disebabkan pertembungan tiga penjuru, kewujudan BERSATU dan peningkatan kerjasama parti tempatan di Sabah.


"PAS dilaporkan akan bertanding di 126 kerusi, menjadikan
pertembungan tiga penjuru fenomena seluruh negara. Ia memberi kelebihan
kepada BN...Tetapi ia menyebabkan margin kemenangan berkurang dan ini
boleh memberikan kejutan.


"Politik Sabah pula terus bersifat pelbagai parti, tetapi pembangkang
yang semakin bersifat tempatan menonjolkan lagi politik etnik dan
kesetiaan tokoh. Ditambah pula dengan gelombang semangat Borneo, ia
menjadikan persaingan lebih sengit," katanya lagi.


Di semenanjung pula, pengarang Regime Resilience in Malaysia and Singapore itu berkata politik identiti berteraskan kaum dan agama kali ini melalui istilah 'tsunami Melayu' dan agenda Islam oleh PAS.


"Jika dulu ada 'tsunami Cina' yang dicanang BN, pembangkang kali ini
muncul dengan istilah 'tsunami Melayu' yang menggunakan pembingkaian
etnik yang sama.


"Lebih merumitkan dinamik ini, PAS membawa agenda Islamnya
sendiri...yang disokong dalam diam oleh Umno. Berbanding membina
jambatan, ia lebih kepada perpisahan dan kelebihan satu komuniti
berbanding yang lain."


Atas pagar, tak mahu mengundi


Welsh turut membangkitkan tinjauan yang menunjukkan lebih satu
pertiga pengundi berdaftar masih berada di 'atas pagar', menjadikan
tempoh kempen lebih penting.


Beliau bagaimanapun berkata keputusan lebih penting yang perlu dibuat
bukannya pihak mana yang perlu diundi, tetapi sama ada perlu keluar
mengundi.


"Parti mana yang mampu membawa pengundinya keluar akan mendapat
kelebihan. Jentera BN lebih kuat tetapi dengan mengambil kira rasa tidak
suka pengundi BN sendiri terhadap Najib, ia bukan jaminan.


"Halangan pembangkang (HARAPAN) pula lebih besar selepas kehilangan
PAS yang dahulunya menjadi tulang belakang jentera Pakatan Rakyat,"
katanya.


Pada akhirnya, katanya lagi, segmen pengundi ini yang perlu ditumpukan HARAPAN dan BN.


"Kedua-dua BN dan pembangkang yakin akan menang, tanpa melihat betapa
ramai pengundi yang hanya berada di tepi, memerhati dan memikirkan
pihak mana yang akan dipilih.


"Suasana pada masa ini tidak didominasi harapan dan kegembiraan,
tetapi penuh ketidaktentuan dan ketidakpastian. Tempoh kempen akan
menjadi lebih penting berbanding biasa," katanya lagi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...