Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 28, 2018

Akhirnya Nik Omar muncul tanding di Chempaka


 

Kita sedia terima tanggungjawab - Nik Omar

N Faizal Ghazali  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Sudah sah menjadi calon di DUN Chempaka, Kelantan, Nik Omar Nik Abdul
Aziz menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat kepada rakyat.


"Insya-Allah apabila kita bersedia menjadi calon kita bersedia untuk menerima tanggungjawab.


"Kita berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik asasnya kepada
rakyat di DUN kita dan rakyat Kelantan," katanya ketika ditemui selepas
majlis Penamaan Calon di Pengkalan Chepa, hari ini.


Terdahulu, anak kedua bekas menteri besar Kelantan allahyarham Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mencetuskan spekulasi panjang sama ada akan
menjadi calon ataupun tidak.


Bagaimanapun akhirnya segala teka-teki dan spekulasi berakhir untuk menidakkan desas-desus sebelum ini.


Ditanya apakah beliau mendapat keizinan daripada ibunya, Tuan Sabaruah Tuan Ishak, Nik Omar bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Sebaliknya beliau berserah kepada ketentuan Allah S.W.T.


"Insya-Allah, Insya-Allah, " katanya ringkas.


Nik Omar bakal berdepan calon daripada PAS yang juga penyandang
kerusi tersebut, Ahmad Fathan Mahmood dan wakil BN, Mohamad Fareez Nor
Amran.


Sementara itu, bagi parlimen Pengkalan Chepa menyaksikan calon PAS,
Ahmad Marzuk Shaary berdepan calon BN, Zaluzi Sulaiman dan Mohamad
Ibrahim mewakili HARAPAN.


Di DUN Kijang pula turut melibatkan saingan tiga penjuru antara calon
PAS, Dr Izani Hussin, calon HARAPAN Nik Azmi Nik Osman dan BN diwakili
Wan Shahrul Azwan Abd Aziz.


Bagi DUN Panchor menyaksikan penyandangnyan daripada PAS, Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah bakal berdepan Zulhazmi Hassan mewakili HARAPAN dan
Zarina Eusope calon BN.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...