Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 27, 2018

Mungkin Puad 'terluka', kata calon Batu Pahat


 

Published on Apr 27, 2018

Ketua Wanita Umno Batu Pahat Haliza Abdullah hari ini tampil menjawab serangan ketua bahagiannya Datuk Dr Puad Zarkashi, yang mendakwa beliau tidak sesuai menjadi calon kerana mempunyai "masalah moral".

Dalam temubual dengan Malaysiakini, Haliza mengingatkan Puad agar tidak mengambil kira soal maruah dirinya saja, sebaliknya memikirkan maruahnya terutama sebagai ibu dan isteri.

BN Johor memutuskan untuk menggugurkan Puad dan mencalonkan Haliza di kerusi Parlimen Batu Pahat.

Sejak itu, bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu melancarkan serangan terhadapnya walaupun tidak merujuk namanya secara langsung.

Pada 2011, Haliza terpalit dengan skandal berkaitan laporan polis mendakwa seorang imam bersama-sama anggota polis menyerbu sebuah rumah di Johor dan kemudiannya menahan seorang lelaki dan dua perempuan.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci tentang insiden itu, Haliza berkata isu itu sudah selesai.

Beliau berkata skandal itu pernah digunakan untuk menyerangnya pada 2013, ketika mempertahankan kedudukan ketua Wanita Umno Batu Pahat.

Ketika itu beliau berjaya mempertahankan kedudukan itu dan kini yakin dapat sekali lagi berdepan dengannya.

Haliza turut menyatakan simpatinya terhadap Puad, dan berkata beliau faham perasaannya yang digugurkan di saat akhir.

Beliau mengimbas kembali pengalamannya pada 2008, apabila beliau dijangka bertanding di DUN Senggarang tetapi digugurkan sehari sebelum pengumuman calon BN.

Berkenaan dakwaan Puad calon BN Johor dipilih berdasarkan kronisme, Haliza berkata ia bukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan.

Bagaimanapun beliau berkata sebarang keputusan berkenaan calon pilihan raya pastinya dibuat melalui keputusan bersama, bukan oleh satu pihak sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...