Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 27, 2018

Khaled jawab isu bertanding 2 kerusi



Published on Apr 26, 2018
Menteri Besar sementara Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat penampilan pertama malam tadi di Pasir Gudang selepas secara rasmi dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi parlimen itu, di samping mempertahankan kerusi DUN Permas. Pasir Gudang merupakan kerusi marginal di mana BN hanya berjaya mengekalkannya dengan 935 undi majoriti pada pilihan raya umum lepas. Manakala bagi kerusi DUN Permas, Khaled menang selesa dengan 5,752 undi majoriti. Malam tadi, Khaled memilih untuk mengadakan perhimpunan pertamanya di kawasan dikuasai DAP di Johor Jaya dan bukannya di kawasannya di Permas. Parlimen Pasir Gudang mempunyai dua kerusi DUN - Johor Jaya dan Permas. Khaled Nordin mewakili kerusi Pasir Gudang selama dua penggal sejak 2004. Dia berpindah ke kerusi DUN Permas pada pilihan raya umum 2013 untuk mengambil alih jawatan menteri besar Johor. Mengikut senarai pemilih yang berakhir pada 2017, kerusi campuran Pasir Gudang terdiri daripada 49 peratus pengundi Melayu, 37 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India. Senarai pengundi di DUN Permas pula terdiri daripada 55 peratus Melayu, 27 peratus Cina dan 14 peratus India manakala Johor Jaya mempunyai 47 peratus pengundi Cina, 42 peratus pengundi Melayu dan tujuh peratus pengundi India.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...