Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, April 18, 2013

DUA BEKAS KETUA UMNO RANTAU PANJANG TIDAK PERNAH MENSABOTAJ PARTI TAPI DIFITNAH PADA PRU12

Pengkhianat UMNO Calon Transformasi Najib!
Tarikh : Tuesday, April 16 @ 20:26:57 MYT
Topik : Berita


Oleh H'daily



Jika mana-mana pemimpin Umno yang berminat untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, sabotajlah calon BN dalam pilihan raya ini.

Ini terbukti dengan apa yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan.

Dua individu yang pernah digantung keahlian selama tiga tahun oleh Umno kerana mensabotaj parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, kini dipilih Datuk Seri Najib Razak menjadi calon untuk PRU13 kali ini.

Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail (gambar kiri) bersama bekas Bendahari, Ghazali Ismail (gambar kanan).

Nama mereka diumumkan Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed dalam majlis pengumuman calon BN Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Mohd Zain akan bertanding bagi Dun Bukit Tuku yang pernah diwakilinya sebelum ini manakala Ghazali buat kali pertama akan bertanding di parlimen Rantau Panjang.

Bagi Parlimen Rantau Panjang, Ghazali dijangka akan berdepan penyandangnya Siti Zailah Mohamad Yusof manakala Dun Bukit Tuku, Mohd Zain dijangka berdepan Rasul Mohamad.

Pada 2008, kedua-dua inidividu ini pernah diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan melakukan sabotaj terhadap parti pada PRU12 lalu.

Pemilihan kedua-dua individu tersebut sekaligus menepikan ketua bahagian itu, Abdullah Mat Yassin (gambar kiri) yang sebelum ini juga disebut-sebut bertanding di parlimen itu.

Keputusan terbaru itu juga dijangka menguatkan lagi pergeseran antara kem yang diketuai Mohd Zain dengan kem yang diketuai Abdullah yang sejak sekian lama tidak pernah selesai.

Pergeseran kedua-dua kem ini sudah menjadi rahsia umum bagi masyarakat di Rantau Panjang ini.

Tindakan pulau-memulau, cantas mencantas sering berlaku antara kedua-dua kem ini.

Mac lalu, Harakahdaily menyiarkan satu laporan seramai 67 ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS dalam satu majlis di Taman Nering Jaya.

Kumpulan tersebut diketuai Mohd Rasepi Mat Zain, 35, menyerah borang menyertai PAS kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Difahamkan tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS itu kerana sudah muak dengan pergeseran kedua-dua kem itu yang lebih mementingkan kuasa politik kumpulan masing-masing sehingga nasib rakyat di sini terabai.


P/ S Pada PRU12 , WL@M tidak mengundi di Johor kerana balik ke kelantan menemani isteri untuk mengundi di kelantan. WL@M memang kenal dengan calon Bukit Tuku, Datuk Mohd Zain Ismail. WL@M sampai tiga hari sebelum PRU12 diadakan. Kami telah bekerja keras untuk memartabatkan UMNO semula di Rantau Panjang. Dalam keghairahan membantu perjalanan PRU12 terutamanya Dun Bukit Tuku dan berusaha untuk kemenangan calon, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kemerosotan sokongan yang amat ketara sehari sebelum PRU12... katanya berlaku sabotaj Calon Bukit Tuku oleh ahli UMNO yang berjaya dihasut oleh pihak yang melemparkan fitnah. Ahli UMNO dikehendaki pilih Parlimen dan pangkah pembangkang bagi calon DUN terutamanya calon Dun Bukit Tuku. Pada WL@M , Datuk Mohd Zain Ismail adalah calon yang sesuai untuk Dun Bukit Tuku kerana berjiwa rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...