Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 19, 2013

Ceroboh Sabah: Amirbahar didakwa lancar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR - Adik kepada Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Amirbahar, bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Amirbahar, 49, dari Jolo, Selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, antara 9 Feb dan 23 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam S.S. Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan, dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd. Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan DPP Lahad Datu Shukor Abu Bakar.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Prosedur Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau dan 14 Mei ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...