Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, August 2, 2018

Terkejut KJ! Syed Saddiq Dedah Penyelewengan Tender @ Rasuah: Kementerian Belia dan Sukan di tangga ke-8


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berada di tangga kelapan daripada
25 kementerian bagi tahap pelakuan rasuah, kata timbalan menterinya,
Steven Sim Chee Keong.


Beliau berkata kedudukan itu adalah hasil laporan Public Service
Corruption Ranking (PSCR) dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) pada 2016, yang tidak didedahkan kepada umum sebelum
ini.


Justeru, katanya, KBS akan akan memulakan proses rombakan pengurusan
serta-merta selepas mendapati sebahagian besar kontrak di kementerian
itu dianugerahkan tanpa melalui proses tender terbuka ketika di bawah
kerajaan terdahulu.


Kelonggaran proses perolehan dan pembayaran dengan sebahagian besar
kontrak dianugerahkan tanpa melalui proses tender terbuka sebelum ini
telah membuka ruang kepada aktiviti penyelewengan, katanya pada sidang
media di lobi Parlimen hari ini.


Beliau berkata dalam tempoh tiga tahun bermula 2016, sebanyak 46
peratus daripada RM777.14 juta jumlah perolehan atau RM357.8 juta telah
dilaksanakan tanpa melalui proses tender terbuka, sebaliknya melalui
kaedah rundingan terus dan tender terhad.


Namun, katanya, apa yang menghairankan ialah setelah SPRM menahan
seorang pegawai KBS kerana aktiviti penyelewengan kementerian berjumlah
RM100 juta pada 2016, KBS tetap melaksanakan perolehan tanpa melalui
tender terbuka.


Tambahnya, kepincangan yang berlaku dalam kementerian menyebabkan
sumber yang sudahpun terhad ekoran peruntukan paling rendah dalam Bajet
kerajaan persekutuan tidak dapat digunakan dengan maksimum untuk
pembangunan belia dan sukan di negara ini.


Dalam pada itu, Sim berkata kerajaan akan meneruskan semula Pelan
Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bersama SPRM yang dihentikan pada Mei
tahun lalu.


"Kami masih menunggu keputusan SPRM untuk menempatkan pegawai bagi meneruskan CRM yang telah ditamatkan sebelum ini " katanya.


Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin,
ketika ditemui, berkata kes pegawai kementerian tersebut yang ditahan
kerana aktiviti penyelewengan terbabit, menyumbang kepada ranking
dikeluarkan SPRM berkenaan.


Bagaimanapun, Khairy mengakui terdapat beberapa perolehan yang dibuat
tanpa melalui tender terbuka, namun ia masih mengikut peraturan yang
ditetapkan Kementerian Kewangan.


Beliau berkata sebagai contoh, beberapa perolehan di bawah temasya
Sukan SEA tahun lepas dibuat tidak mengikut tender terbuka, tetapi
melalui proses Permintaan Untuk Cadangan yang mana kementerian menjemput
beberapa syarikat untuk memberikan taklimat.


“Misalnya, tender majlis perasmian Sukan SEA 2017, kalau kita buat
tender terbuka dengan dokumen sahaja, kita tidak dapat menilai
kreativiti, aspek kesenian, aspek persembahan dan sebagainya.


“Jadi, kita jemput banyak syarikat untuk membuat cadangan dan dinilai
dari segi kewangan, kreativiti, pengalaman mereka dan sebagainya,”
katanya.


- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...