Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, August 1, 2018

Air mata Dr M tumpah di depan ulama

Air mata Dr M tumpah di depan ulama: Mufti Perlis, yang turut hadir, berkata perdana menteri menangis ketika menyuarakan kepentingan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran.





Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika
pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh
ulama dan cendekiawan Islam hari ini, yang membuatkannya "merasa sebak".


Ia adalah ketika Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.


"Semasa Tun Mahathir mengucapkan 'kita sudah tiada jalan lain untuk
menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran', beliau
menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.


"Saya juga rasa sebak. Semoga Allah merahmati Tun (Mahathir)," katanya di Instagram.


Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.


Menurut Bernama, sejumlah 37 tokoh ulama dan cendekiawan
Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di
Jabatan Perdana Menteri hari ini.


Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad
Awang, pensyarah Universiti Oxford United Kingdom Datuk Dr Muhammad
Afifi Al-Akiti, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
(Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr
Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan
Mohd Noor.


Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh.


Menurut Bernama lagi, Mujahid berkata Mahathir dalam
pertemuan itu antaranya meminta golongan agama untuk memaparkan Islam
yang lebih "berbelas kasihan".


"Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi.


"Dalam soal ini Tun Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam
menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk
memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan," katanya seperti dipetik.


Katanya lagi, Mahathir turut mahu institusi Islam agar tidak fokus
terhadap soal ibadat sahaja, tetapi juga bidang sains dan ekonomi.

 https://instagram.com/p/Bl5VsXjAXTu/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_loading_state_control


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...