Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, August 3, 2018

Laporan: Polis rampas 27 van Umno Johor

Laporan: Polis rampas 27 van Umno Johor: Kenderaan 'Skuad Sayang' itu disita untuk bantu siasatan pengubahan wang haram, kata polis yang bertindak atas perintah mahkamah.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Pihak polis merampas 27 buah van Skuad Sayang Umno Johor semalam, menurut laporan media tempatan.


Van yang sering digunakan Wanita Umno bagi program masyarakat itu
disita polis untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001, kata
laporan Malay Mail hari ini.


Laporan itu juga menyebut pihak polis bertindak atas perintah
mahkamah dan van yang diedarkan ke 26 bahagian Umno, termasuk ke ibu
pejabat parti negeri diserahkan kepada pihak berkuasa semalam.


Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohamad mengesahkan hal itu, petik laporan itu.


Hasni berkata Umno Johor diberikan notis penyitaan itu semalam untuk
menyerahkan van Skuad Sayang kepada pihak polis di bawah AMLA 2001 dan
setakat ini bekerjasama menyerahkan van berkenaann


Bagaimanapun, Hasni dilaporkan tidak boleh mengesahkan jika rampasan
itu berkaitan dengan siasatan terhadap 1MDB, SRC International atau
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Umno tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan
kejadian itu tidak akan melemahkan semangat parti itu di Johor, kata
Hasni, petik Malay Mail.


Menurut Hasni lagi, beliau berharap rampasan itu bukan satu bentuk pembalasan dendam politik.


Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis untuk mendapatkan pengesahan. Difahamkan operasi tersebut dijalankan pasukan Bukit Aman.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...