Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, July 31, 2018

Pemuda PAS Kota Raja persoal seruan sokong Lokman





Pemuda PAS Kota Raja persoal seruan sokong Lokman: PRK SG KANDIS | Timbalan ketuanya berpendapat keputusan meminta penyokong PAS memberikan undi kepada calon Umno mesti dibuat di muktamar atau majlis syura.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   


PRK SG KANDIS | Pemuda PAS Kota
Raja hari ini mempersoalkan perjalanan program parti itu pada Sabtu lalu
yang dijadikan sebagai platform untuk pemimpinnya menyeru pengundi
parti terbabit memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai
Kandis Sabtu ini.

 


Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata inti pati ucapan
secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor
dan pusat itu dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha
Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalui.

Kata Mohd Najib pihaknya juga berasakan seruan tersebut menyalahi
semangat Fasal 82 (g) Perlembagaan PAS yang menyatakan semua anggota
parti itu - termasuk pimpinan - perlu mengawal diri supaya tidak
melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan
parti.

“Pemuda PAS Kota Raja berpandangan keputusan (seruan) tersebut
bersifat dasar, sekali gus membelakangkan kuasa majlis syura dan kuasa
muktamar.

"Sepatutnya cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat
persetujuan muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan
seperti malam tersebut.

“Kami turut berasakan tindakan itu akan mematikan peranan Gagasan
Sejahtera yang menjadi terma bagi PAS dalam langkah pilihan raya umum
ke-14 (PRU14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis itu, anggota Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr
Khairuddin Aman Razali dilaporkan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis
memilih Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan
Pakatan Harapan tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.

Buat ahli celaru

Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota
PAS supaya mengundi demi kepentingan Islam, Melayu serta masa depan
negara.

Beliau juga meminta mereka membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK
Sungai Kandis menjadi platform untuk ‘menghalalkan’ penyatuan PAS dan
Umno/BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan
diputuskan di dalam muktamar PAS Pusat.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda PAS Kota Raja menghantar surat
rasmi kepada setiausaha agung parti bagi memohon penjelasan selain
menyerahkan kepada kebijaksanaan PAS Pusat untuk mengambil tindakan
sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat.

“Kami menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering
membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulkan
kecelaruan di kalangan ahli.

“Pemuda PAS Kota Raja sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan
kepimpinan PAS Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan
pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon PAS dalam PRK di Sungai
Kandis,” katanya.

Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga
pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni,
selain calon bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14
berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Shuhaimi Shafiei pada 2
Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal
ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk
Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan
calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...