Tentera merah UMNO sudah bersedia harungi PRU 13 !
Seperti dijangka, suasana di Dewan Merdeka PWTC penuh sesak dengan ahli Wanita UMNO seluruh negara bagi menghadiri Perhimpunan bersama Perdana Menteri. Keadaan dalam dan luar Dewan jelas terpancar sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ini dipamerkan melalui laungan “We want Shahrizat” dan berbagai rupa sepanduk, banting dan plycard.
Suasana lebih gemuruh ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melangkah masuk ke dalam Dewan Merdeka kira-kira jam 3.45 tadi.
Hadir sama Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang kelihatan duduk bersebelah dengan Shahrizat di atas pentas bersama PM.
Dewan yang boleh memuatkan 5000 orang satu-satu masa itu penuh sesak sehingga melimpah ke luar.
Ada media yang melaporkan 8,000 yang hadir, namum pemerhatian Agendadaily ia lebih dari itu.
Perhimpunan tersebut diadakan bertujuan untuk menangkis pelbagai dakwaan pembangkang selain membincangkan persiapan jentera UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan Najib akan menyentuh berbagai isu termasuk soal pengunduran Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April ini. -23/3/2012 AGENDA DAILY
Anwar Ibrahim Patut Malu Pada Shahrizat Jalil
Sungguh hebat sokongan buat Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO Malaysia hari ini di PWTC. Bila Gua sampai tak sangka penuh sesak dewan. Gua terfikir sejenak, masa 901 hari tu kenapa penyokong Anwar Ibrahim tak penuh sesak macam ni ye? Kenapa tak mampu tandingi Shahrizat?
No comments:
Post a Comment