GAMBAR ANWAR DAN SHAMSIDAR TAHARIN MASUK KE TRIVOLI VILLA
Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa beliau sudah dapat tutup mulut Senator Datuk S Nallakarupan yang dakwanya biseksual dengan menghantar notis 48 jam tuntutan RM100juta Khamis lalu…nampaknya beliau silap besar.
Pagi Sabtu bekas rakan tenis Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu,tampil adakan sidang akhbar bersama rakan-rakannya Senator Ezam Mohd Nor,Ummi Hafilda dan Anuar Shaari.
mereka dapat bePada sidang akhbar di Kuala Lumpur yang dihadiri ramai wartawan dan jurugambar itu Nalla menegaskan beliau TAK AKAN LAYAN notis tuntutan itu dan kini tertunggu-tunggu surat saman segera dari Anwar agar rsemuka di mahkamah.Serentak dengan itu beliau mendakwa notis tuntutan itu hanya gempak ‘cover line’ Anwar untuk tunjuk kepada rakyat beliau sudah ambil proses undang-undang terhadap dakwaan itu semata-mata kerana pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.
Katanya Anwar pernah menghantar satu notis seumpama itu pada satu dakwaannya yang lain tidak lama dulu tetapi beliau tidak ambil langkah followup untuk samannya.Isnin lalu,dalam sidang akhbar Nalla secara terbuka dakwa Anwar biseksual dan mahu beliau menyamannya jika itu fitnah.Esoknya, Naib Presiden PKR yang juga seorang peguam, N Surendran buat kenyataan kata Anwar akan hantar notis tuntutan RM100 juta kepada Nalla.
Turut kena notis berkenaan ialah akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan Nalla.Nalla kata beliau terima notis 48 jam itu Khamis.Ezam pula memberitahu selain notis yang tidak ada followup pada Nalla tidak lama dulu …perkara sama juga berlaku pada notis Anwar pada Dr Chandra Muzaffar.
Bekas Setiausaha politik Anwar itu yang turut dakwa Anwar biseksual kata bekas bosnnya itu hingga ke hari ini tidak ambil langkah membatalkan perkara dalam keputusan bertulis tiga hakim ke liwat pertama dulu yang kata kejadian liwat berlaku.
Katanya jika tidak betul dakwaan itu,Anwar sepatutnya sudah mengarahkan peguamnya meminta mahkamah membatalkan perkara itu dalam keputusan bertulis berkenaan.Ummi Hafilda yang menyifatkan sidang akhbar bersama mereka itu sebagai tanda bermulanya ‘ perang nuklear’ terhadap Anwar…secara terbuka mendakwa beliau mempunyai bukti gambar yang diambilnya sendiri menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama isteri Azmin Ali yakni Shamsidar Taharin.
Dakwaanya Anwar yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri pergi ke situ menaiki kereta Nalla.Nalla,Ezam,Ummi dan Anuar pada sidang akhbar itu juga secara bersama berikrar untuk terus berperang membuat pendedahan selanjutnya hingga menjelang PRU13 agar rakyat tahu perangai sebenar Anwar.
-Agendaily
"Saman saya kalau Anwar anak jantan" - Nalla
Anwar, sila saman dan bawa kami ke mahkamah dengan segera
Satu Ledakan 'Hiroshima' Akan Berlaku Di Mahkamah
No comments:
Post a Comment